Buffet Ramadan Vantage Bay 2023 Di Restaurant Pretty Event Hall Stulang Laut Jb
Buffet Ramadan Vantage Bay 2023 di Restaurant Pretty Event & Hall, Stulang Laut, JB || Hi semua! Haritu kan Nona cerita tentang Nona pergi perasmian pembukaan Restoran Pretty Event & Hall kat Stulang Laut, JB kan? 🤩 Mereka bukan sahaja buat perasmian restoran malah turut mengadakan preview buffet iftar ramadan sempena Ramadan yang bakal tiba minggu depan! 😍 Yang menariknya ialah untuk budak budak berusia 12 tahun dan ke bawah, makan FREE jer! Jarang jumpa ni! Selalunya bawah umur 5 tahun baru FREE. Huhu!
Terdapat 70 menu untuk dinikmati bersama yang tersayang! Sedap ker?? Hehe.. Betullah kata orang yang diinterview kat sana, chef tak kedekut bahan! Maksudnya apa? Secukup rasa Dan Memuaskan hati SI pemakan ler 👍 Bukan je sedap semata, harganya pulak betul betul berbaloi dengan tempatnya yang selesa! 🤩
Satu gambar kenangan bukti pernah hadir ✅
Hai abang kambing golek! Hehe.. Kambing golek ada di mat saleh station 😃 Datang bersama sauce serta sayurannya yang istimewa 😍
Roti Telur
First time nengok roti telur camni, selalu dibalut telur.. Haha.. Yang penting, lembut kedua duanya, ngam!!!
Lagi ada apa? Haaa, kat sini ada berjenis jenis lauk pauk yang boleh dimakan bersama sama nasi putih, nasi beringin dan nasi briyani 🤩 Lauk bukan setakat tiga empat lauk jer malah banyak lagi! Ada sambal udang, beef stick, kupang, daging rendang, ayam masak lemak cili padi, ayam sambal, ikan, telur goreng, telur sambal dan banyak lagi termasuk sayur. Cuci mata sikit tengok gambar lauk pauk kat bawah ni:
Ehhhh.. terliur kita!!! Ikan keli sambal ijo pun sedap betul bak kata adik!
Lempeng bersama sambal hijau. Padu! Aku dahlah lama tak makan lempeng, so haruslah melempeng haritu!! Makan bersama sama dengan lauk lain jugak 😃 Membangkitkan selera betullah! Lepas melempeng, makan pulak roti Jala 😬 Terasa nak Mee goreng, pun ada! Mee rebus, laksa, atau bubur Lambuk? Ehhh, ada jugak!
Kat station Bakar bakar, ada ikan bako, Pepes ayam, dan otak otak! 🤩 Lepastu di bahagian ulam ulaman, ada jugak bahan untuk gado gado ❤️
Dessert seperti aiskrim, brownies, kuih muih dan buah buahan semestinya kena ada. Mana boleh takda kan 😃 Cream puff lembut dan sangat menyelerakan! Rasa nak bawak balik sepinggan tu 😂Kemudahan lain yang disediakan pada Ramadan nanti:
⏩ Surau tapi tempat Mengambil wudhu tiada dalamtu, kena ambil wudhu kat toilet.
⏩ Parking yang luas
Special:
Tempat bersih, beraircond Dan ada jugak dining hall kat luar ✅
🌹 Buffet Iftar Ramadan Vantage Bay
Lokasi: Pretty Event Hall, Stulang Laut. (Sebelah Mekdi Stulang 657
Harga Dewasa: RM89
Kanak kanak di bawah usia 12 tahun Dan ke bawah tu FREE je!
Harga Kanak kanak or remaja (Umur 13-17 tahun): RM45
Harga Warga Emas (Usia 60 tahun ke atas) : RM65
⏩ 10 PEMBELIAN TEMPAHAN akan Diberi 1 Tempahan Percuma ❤️
Nak ke Nak for berbuka puasa Ramadan Nanti??
0167581307 (Liza)
ATAU 01173394317 (Kak Sha)
More pictures dalam album Facebook... 😁
#buffetiftarramadanjb #buffetramadanjb2023 #buffettamadanjb #vantagebaystulang
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2023/03/buffet-ramadan-vantage-bay-2023-di.html