Buffet Ramadan 2023 Iftar Dalam Taman Di I Dahlia Corner Persiaran Stonor Kl
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Baiklah, pastinya ramai yang mula mencari lokasi untuk berbuka puasa. Setahun sekali kan bulan Ramadan tiba, jadi di bulan Ramadan ini banyak buffet ramadan yang tersedia untuk anda pilih mengikut harga dan juga lokasi.
Kali ini aku nak kongsikan dengan anda satu lokasi yang aku sendiri pernah pergi tahun lepas dan makanannya memang betul-betul sedap dan menyelerakan pada harga yang sangat berpatutan. Jom baca sehingga ke akhir ya
BUFFET RAMADAN 2023: IFTAR DALAM TAMAN DI I'DAHLIA CORNER
I'dahlia Corner sekali lagi menganjurkan buffet ramadan berkonsepkan dalam taman setelah mendapat sambutan yang menggalakan pada tahun lepas. Terletak di lokasi yang strategik, I'dahlia corner berada dalam kawasan tiga segi emas atau 'golden triangle' dan tidak jauh daripada kawasan kejiranan KLCC
Menurut pemilik I'dahlia Corner, Dahliati binti Aliruddin memberitahu restoran ini mula bertapak di Persiaran Stonor sejak tujuh tahun yang lalu secara kecil-kecilan. Menu istimewa yang terkenal ialah Sup Tulang Meletop di awal perniagaannya, kini I'dahlia Corner merupakan satu-satunya usahawan yang masih bertapak di kawasan tersebut.
60 JUADAH BERBUKA PUASA PADA HARGA BERPATUTANDalam menyambut ketibaan bulan ramadan, I'dahlia Corner tidak ketinggalan untuk turut sama memeriahkan suasana ramadan tahun ini dengan mengadakan buffet ramadan dalam taman di I'dahlia Corner dengan menyediakan aneka juadah kuih-muih dan lauk-pauk ala kampung dan moden yang boleh membawa rakyat Malaysia mengimbau suasana kampung ketika menikmatinya melalui 60 juadah ala-kampung dan moden setiap hari pada harga yang sangat berpatutan.
Antara juadah yang menanti pengunjung ialah Sup Tulang Meletop yang sentiasa mendapat permintaan, gulai kawah, ayam percik, ikan bakar, sambal jering, siput sedut masak lemak cili api, asam pedas, rendang minang, nasi ayam I’dahlia, nasi lemak daun pisang dan bermacam lagi hidangan kampung yang enak
Tidak disitu sahaja, terdapat 10 jenis pemanis mulut yang disediakan seperti pengat pisang, pengat ubi, kuih muih melayu, goreng-gorengan seperti pisang goreng, ubi goreng dan bermacam-macam lagi. Selain itu, pengunjung boleh memilih untuk mencuba ‘add-on’ (ala-carte) jus alpukat, jus Romantika Dahlia dan fruit cocktail
LOKASI STRATEGIK, SANTAI & SELESA
Buat kali kedua buffet ramadan ini dianjurkan pada tahun ini, I'dahlia Corner memberi peluang bagi mereka yang ingin berbuka puasa di luar bersama rakan dan sanak saudara. Selain dari lokasi I'dahlia Corner yang strategik iaitu di dalam kawasan tiga segi emas, keunikan buffet ramadan dalam taman di I'dahlia Corner adalah pengunjung dapat menikmati buka puasa dalam suasana yang santai dan selesa sambil diserikan dgn persembahan kebudayaan pada setiap hujung minggu. Bagi yang ingin menunaikan ibadah di bulan ramadan, kemudahan surau turut disediakan
HARGA BUFFET RAMADAN 2023 DI I'DAHLIA CORNER
Buffet Ramadan di I’dahlia Corner akan bermula dari 25hb Mac 2023 sehingga 22hb April 2023 dari jam 6:30 petang hingga 10 malam. Buffet Ramadan dalam taman ini hanya berharga RM69 (Dewasa), RM49 (Warga Emas) dan RM39 (Kanak-kanak 6-12 tahun). Pengunjung juga digalakkan untuk membuat tempahan awal dan parking turut disediakan.
Sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 0179913907 atau 0123526397
Lokasi : 5, Persiaran Stonor, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Idahlia-Corner/1669724423259793Instagram : https://www.instagram.com/idahliacorner/
SEKIAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2023/03/buffet-ramadan-idahlia-corner.html