Buffet Ramadan Selera Desa Thistle Jb Ada Durian
Buffet Ramadan Selera Desa Thistle, JB Ada Durian! || Orang Johor? Kalian yang berada di sekitar Johor Bahru? Nak tak berbuka puasa nanti dengan makanan yang pasti mengingatkan kita dengan desa atau kampung? Ya, di sinilah tempatnya. Nona nak ajak korang berbuka puasa dengan Buffet Ramadan Selera Desa Thistle, Johor Bahru pada bulan Ramadan 2024 kalini. Siap ada durian dan lauk pauk yang enak lagi menggiurkan! Harga pulak berbaloi baloi dengan menu yang disediakan.
Selain itu, Thistle hotel juga bekerjsama dengan brand Wahdini Muslim wear untuk Ramadan 2024 nanti. Wahdini Muslim wear merupakan the latest Uptrend men's wear yang telah dilancarkan pada 2016. Dan mereka sponsor official attire untuk para pekerja, staff dan band performances dan semua yang terlibat dalam aktiviti buffet Ramadan tahun ni.
Selera Desa Thistle
Thanks sis Lin tolong snap gambo yang lawo ni ✅
Kambing bersama-sama Otak-Otak dan Satah! Menyelerakan bila dimakan time berbuka puasa soon
Durian! Durian! Durian! Menu daripada durian seperti Bubur Serawa Durian dan Durian Goreng pun tersedia kat sini tau! Yes, sambil berbuka puasa lauk lain, makan pulak durian as penutup pun ngam
Selera Utama Desa
Berselera mak aku tengok lauk pauk dalam kawah kawah kat sini antaranya Ayam Opor Maharaja, Gulai Daging Salai & Pisang Muda, Assam pedas Ikan Pari, Kepah & Nenas Lemak Cili Api, dan Kari Kambing Dalcha. Bertambah selera bila ada lauk pauk yang lain seperti Ikan Siakap Tiga Rasa, Sambal Paru dan Limpa, Itik Pong Teh dan macam macam lagi! Nyummyy
Pasti menyelerakan
Sup Gear Box sedap yang disediakan bersama-sama mee, roti benggali, sambal cili dan sambal kicap. Selain daripada sup Gear Box, ada jugak Laksa Johor, Mee Rebus, Sate Tradisional, Nasi Ayam, Stall Kuali Pasar Malam, dan ketupat bersama lemang! Kalau ketupat, memang first thing mak aku sambar dulu. Her favourite
Smoked Nasi Briyani atau Nasi Arab ni ada di stall 5. bersama sama kari tulang kambing
Pasembur Kampung Johor, segala ulam-ulaman, jeruk, keropok, ikan masin dan banyak lagi menu ada kat sini! Nona tertarik jugak dengan makanan bakar-bakar seperti ikan cencaru, ikan pari, otak-otak dan sebagainya
LIVE Band setiap hari sepanjang Ramadan. Bolehlah korang berbuka puasa sambil mendengar kemerduan alunan suara mereka menyanyikan lagu sempena Ramadan dan raya nanti! Ok, jom sambung makan
Pelbagai dessert, kuih muih, puding roti, buah-buahan dan air minuman tersedia kat sini ye! Aiskrim pun ada, barulah lebih syok sebab ada menu manis-manis gitu... Hehe..
Info tambahanSurau DisediakanParking FREEHalal CertifiedMenu akan dirotate (Bertukar-tukar)
Bakal bermula pada 13 Mac- sehingga 8 April 2024 soon 😍 Dari jam 6.30PM sehingga 10PM
Harga Voucher🔥Beli 10 PERCUMA 1 (Untuk dewasa sahaja) ✅ RM138nett Dewasa✅ RM88nett Kanak² (6-12 tahun)
EARLY BIRD PROMOTION💥Pembelian Voucher sehingga 8 March 2024:✅ RM118nett Dewasa✅ RM78nett Kanak² (6-12 tahun)
➡️ LIVE BAND setiap hari oleh Morning Glory Band ➡️ Jualan Bazar Raya➡️ Ada Games & Giveaway dianjurkan ➡️ Emcee by Emcee Rashid
Untuk sebarang pertanyaan/ tempahan :☎️ +607 267 8999 | +6012 789 2092
ATAU Email
[email protected] #thistlehotel #thistlejb #buffetramadanhalaljb #buffetramadanjb
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2024/03/buffet-ramadan-selera-desa-thistle-jb.html