Buffet Ramadan 2019 Seronok Berbuka Dalam Taman Di Goat2go Farm Maeps Serdang
Assalamulaikum semua..
Ada tak kawan-kawan BBL yang suka makan daging kambing? Time bulan puasa ni tahap craving tu makin menjadi-jadi je. Nak beli kat bazaar ramadan risau tak puas sebab mungkin kuantiti sikit. Apa kata kalu BBL suggest datang berbuka di Goat2Go Farm yang terletak dalam MAEPS Serdang ni.
Kebetulan hari tu ada kawan ajak datang sini untuk majlis preview buffet ramadan. Fuh tempat ni memang lain dari yang lain. Siap ada pelita buluh, rasa kat kampung gituh walaupun tengah bandar. Suasana sini agak tenang dan kedudukan G2G dalam kawasan MAEPS membuatkan anda terasa berada dalam suasana desa.
100 Jenis Menu
Off course menu wajib kat sini ialah kambing golek. Incase anda nak tahu, kambing yang digunakan sangat fresh sebab sembelih hari sama ia di masak. Tempoh hari, staff G2G inform kambing golek tu baru je sembelih lepas zohor. No wonder ramai orang suka datang sini.
Sajian barbeque lain - ayam bbq, daging bbq, sosej turut ada. Sesuai juga untuk anak-anak mungkin tak biasa makan daging. Cicah je dengan sos lada hitam confirm sedap.
Selain tu ada lagi beberapa menu berasakan daging seperti sup daging, lauk daging dan banyak lagi. Boleh makan bersama nasi minyak. Lauk pauk popular ikan keli cili padi pun ada.
Tak cukup tu saja, G2G menyediakan tawaran hidangan western iaitu spaghetti, bolognese, mushroom sup, garlic bread dan salad. Sajian mee goreng & keow teow kerang pun ada.
Pencuci mulut kuih muih tradisional sedia terhidang untuk tetamu. Roti jala boleh cicah kuah kari daging. Sedap sungguh makan time panas-panas. High commanded cuba tea tarik halia lepas berbuka. Terus ringan badan lepas teguk segelas.
- Air Batu Campur (ABC) pun ada -
- aneka bubur -
- kiosk cowboy saloon -
Harga Buffet Ramadan @ Goat2Go Farm MAEPS SerdangDewasa RM 59.90Kanak-kanak RM 39.90 - 5 tahun ke bawah PERCUMA
Tempahan boleh whatsapp > 011-65593877 Afrina atau 017-2739051 YunKini terdapat Pakej Iftar Ramadhan KORPORAT. Khas utk 100 ke 300 orang.
8 Sebab Utama kenapa anda wajib untuk jadikan Goat2Go Farm - MAEPS sebagai lokasi untuk anda berbuka puasa
1 - Buffet hampir 100 menu hanya RM 59.90 Dewasa, RM39. 90 untuk kanak-kanak 6 - 12 tahun manakala bawah 6 tahun PERCUMA2 - Surau yang besar, boleh muatkan lebih kurang 50 jemaah dalam satu masa. Senang nak maghrib dan terawikh bersama-sama.
3 - Hanya KAMBING SEGAR DARI LADANG yang terletak di bawah Teknokcafe (lokasi buffet ini). KAMBING GOLEK DI SEDIAKAN dalam menu buffet
4 - Boleh muatkan 500 orang dalam satu masa. Ada juga ruang khas untuk 50 orang, 30 orang, 20 orang.
5 - Ada Petting Zoo G2G Animal Garden - MAEPS, ibubapa yang bawa anak, boleh bermain dengan garden pet di sini. Banyak binatang jinak yang buatkan anak anda teruja sementara tunggu berbuka. Tiket hari biasa RM20 dan RM15 tapi untuk yang ambil pakej Iftar di sini kami offer RM5 sahaja dari jam 5 petang hingga 9 malam.
6 - Parking yang luas, kawasan jauh dari persekitaran luar kerana terletak di dalam MAEPS. Ada persembahan live dari kumpulan ghazal
7 - Malah juga ada Pakej Iftar Ramadhan KORPORAT khas utk kumpulan antara 100 ke 300 max di G2G Garden Hall untuk anda membuat Majlis bersama dengan harga RM99. 90 per pax8 - Boleh terus dapatkan info dan call no ni --> +601165593877
Maklumat lanjut boleh klik Facebook Goat2Go Farm ya - Facebook.com/Goat2Go
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://budakbandunglaici.blogspot.com/2019/05/buffet-ramadan-2019-seronok-berbuka.html