Bufet Ramadan 2025 Sinar Ramadan Di I Dahlia Corner


Bufet Ramadan 2025 : Sinar Ramadan Di I'Dahlia Corner | Assalamualaikum semua.. Biasanya kalau di tengah-tengah Kuala Lumpur agak susah nak cari Bufet Ramadan di bawah RM100 kan. Ha, kali ni sis nak share satu lokasi untuk berbuka puasa yang berdekatan dengan Menara Berkembar Petronas (KLCC). Jadi bagi warga kota Kuala Lumpur yang bekerja dan tidak sempat balik berbuka puasa di rumah, boleh la datang berbuka puasa di sini dahulu


Bagi yang belum tahu mengenai I'Dahlia Corner, restoran ini terletak di Persiaran Stonor, Kuala Lumpur. I'Dahlia Corner ditubuhkan pada tahun 2013 setelah pelbagai liku-liku bidang perniagaan ditempuhi oleh pemiliknya Dahlia Aliruddin seperti bidang kecantikan (1997), produk kecantikan (2003) dan jualan pakaian (2015). Restoran ini beroperasi bermula 8 pagi hingga 2 pagi setiap hari kecuali Ahad dan terkenal dengan menu Sup Tulang Meletops. Persembahan busking turut diadakan setiap tengahari dan orang ramai boleh menikmati persembahan sambil menjamu selera.

Pada tanggal 20 Februari 2025, Majlis Pelancaran Sinar Ramadan I-Dahlia Corner telah diadakan dan pihak I'Dahlia Corner telah mengundang seramai 50 anak-anak yatim dari rumah amal asnaf, Al; Barakh, Keramat, Kuala Lumpur untuk sama-sama memeriahkan majlis. Sumbangan duit raya juga telah diberi kepada anak-anak yatim ini


Untuk sepanjang bulan Ramadan, Restoran I'Dahlia Corner akan membuat bufet ramadan dengan bertemakan Sinar Ramadan bermula 2 Mac hingga 29 Mac 2025. Restoran yang berkonsepkan alam taman bunga menawarkan sehingga 50 menu setiap hari berasaskan juadah tradisional dan pastinya Sup Tulang Meletops, Rendang Minang Dahlia Meletops dan Masak Lemak Siput Sedut Meletops ingin diwar-warkan.


Menurut pemilik I'Dahlia Corner iaitu Dahlia Aliruddin, ketiga-tiga menu tersebut menjadi '3 tops ranking' pilihan pengunjung untuk berbuka puasa pada setiap tahun dan dia memastikan sajian terbabit memenuhi kualiti ditetapkan bagi memenuhi permintaan pelanggan

"Rempah ratus yang digunakan berasaskan bahan-bahan segar seperti serai, kunyit hidup, lengkuas, halia dan pelbagai lagi, saya akan memastikan bahan-bahan mentah yang digunakan memenuhi kehendak dan memastikan proses masakan mengikut standard yang ditetapkan,"~ Dahlia Aliruddin ~






Selain dari 3 menu yang disebut, ada banyak lagi menu-menu lain yang menambat selera seperti ayam percik, ayam masak merah, masak lemak, nasi minyak, pecal, begedil, pelbagai kuih manisan menyelerakan dan pilihan air menghilangkan dahaga.

Apa yang menarik, setiap hari, pengunjung bertuah akan berpeluang memenangi hadiah misteri yang akan diumumkan sebelum Bufet Ramadan tamat pada jam 10 malam

Restoran ini mampu memuatkan lebih 200 pengunjung pada satu masa-satu masa dan kemudahan ruang solat turut disediakan, pengunjung juga akan dihiburkan oleh penghibur yang menyanyikan lagu-lagu ketuhanan bermula jam 6 petang hingsa 10 malam.
Harga Bufet Sinar Ramadan I'Dahlia CornerRM59+ (dewasa) danRM39 (7 tahun - 12 tahun / warga emas /OKU)

Tempahan awal adalah dialu-alukan bagi memastikan kelancaran tempat duduk dan sebarang booking boleh dibuat melalui no telefon 012-3526397, 017-9913907 atau 03-67367641. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dikbee.com/2025/02/bufet-ramadan-2025-sinar-ramadan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sinar Ramadan I Dahlia Corner Memikat Selera Berbuka Puasa Dengan Hidangan Rasa Tradisi Asli

Sinar Ramadan I Dahlia Corner Memikat Selera Berbuka Puasa Dengan Hidangan Rasa Tradisi Asli

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 186 hits
SINAR RAMADAN I DAHLIA CORNER MEMIKAT SELERA BERBUKA PUASA DENGAN HIDANGAN RASA TRADISI ASLI Assalammualaikum semua Lagi beberapa hari kita akan berpuasa di bulan Ramadan Dah ada lokasi untuk berbuka puasa Jom Ruby bawa anda semua ke I Dahl...
Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 256 hits
Hi Everyone Four Points by Sheraton Puchong is excited to announce the return of the highly anticipated Tradisi Warisan Buffet this Ramadan running from 2 to 29 March 2025 Led by Executive Chef Aris and his talented culinary team this year ...
Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 242 hits
Hi Korang Royale Chulan Hotels Resorts menjemput korang untuk memulakan perjalanan kulinari yang menarik pada Ramadan ini dengan hidangan bufet yang indah menampilkan pilihan lauk pauk tradisional yang mewah dan pelbagai jenis masakan yang ...
Berbuka Puasa 2025 Dengan Bufet Syoknya Ramadan Di New York Hotel Jb

Berbuka Puasa 2025 Dengan Bufet Syoknya Ramadan Di New York Hotel Jb

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 223 hits
Berbuka Puasa 2025 dengan Bufet Syoknya Ramadan di New York Hotel JB Ramadan lagi beberapa hari je Ready tak ready tetaplah ianya muncul Dalam sebulan tu apa kata try berbuka puasa kat luar rumah dengan bufet Ramadan Jom korang nikmati juad...
Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 224 hits
Bulan Ramadan semakin tiba sekejap je masa berlalu kan tapi qaseh eksited untuk bertemu kembali bulan yang mulia ini selain untuk beribadah tidak sabar juga untuk berbuka puasa bersama keluarga dan orang tersayang Disebabkan itu qaseh ingin...
Ppim Gesa Peniaga Pengusaha Hotel Urus Lebihan Makanan Ketika Ramadan Sinar Harian 28 02 2025

Ppim Gesa Peniaga Pengusaha Hotel Urus Lebihan Makanan Ketika Ramadan Sinar Harian 28 02 2025

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 143 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa peniaga termasuk pihak hotel agar melaksanakan dasar pengurusan lebihan makanan untuk mengelakkan pembaziran khususnya pada Ramadan ini Ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata anta...
Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 221 hits
Hi Everyone This Ramadan Palm Garden Hotel Putrajaya a Tribute Portfolio Hotel invites you to experience the Bazar Citarasa Kita a grand iftar buffet set in the hotel s Ballroom from 2 30 March 2025 Step into a vibrant bazaar inspired setti...
Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 254 hits
Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru Agak lama rasanya Ummi tak menjamu selera menu di Holiday In Express Suites Johor Bahru ni tau The post appeared first on
Ramadan 2025 Malaysia

Ramadan 2025 Malaysia

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 288 hits
Menjelang beberapa hari sahaja lagi Ramadan akan datang kepada kita Berdoalah agar kita dipanjangkan umur untuk menyambut kedatangan bulan mulia ini InsyaAllah Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi mengisytiharkan hari permulaan puasa bagi...
7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Jamal Harap Sri Pahang Fc Terus Kekal Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia Pada Musim Depan

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban

Pimpinku Ke Jannah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pulangnya Ayahanda Ke Rahmatullah

Tips Menjadikan Kotak Perfume Anda Lebih Premium Elegan

Panduan Memilih Kotak Air Freshener Yang Sesuai Untuk Produk Anda

Mangsa Banjir Terasa Berat Terima Tetamu

Holiday Stress

Bolehkah Gabungkan Puasa Qada Dengan Puasa Enam Syawal