Berbuka Puasa 2025 Dengan Bufet Syoknya Ramadan Di New York Hotel Jb
Berbuka Puasa 2025 dengan Bufet 'Syoknya Ramadan' di New York Hotel, JB|| Ramadan lagi beberapa hari je! Ready tak ready tetaplah ianya muncul. Dalam sebulan tu, apa kata try berbuka puasa kat luar rumah dengan bufet Ramadan. Jom korang, nikmati juadah berbuka puasa yang enak dan menyelerakan kat New York Hotel! Pelbagai lauk pauk dan menu special disediakan khusus buat para tetamu. Apa yang ada untuk berbuka puasa nantil? Haaa.. Kena lah baca sampai habis!
Menu Pertama, Kambing Golek. Ianya salah satu menu istimewa apabila beriftar di sini. Seterusnya nikmati pelbagai lauk pauk, Steamboat, Ramen, Laksa Johor dan lain lain kat sini. Nona paling suka menu Kacang Pool laa! Rotinya lembut, kuahnya pun sedap! Bertambah tambah makan. Okay, selain Kacang Pool, beberapa menu lain yang ada seperti Asam Pedas Ikan Merah, Kambing Peratal, Stir Fried Black Pepper Prawn, Terung Goreng Berlada Ikan Bilis dan banyak lagi lauk! Memang sedap!

My favourite kat sini! Kacang Pool. Jangan dilupakan Durian Goreng serta Sate. Ada sate ayam, lembu dan kambing. Bersama sama dengan sate, ada otak otak di bahagian luar beranda hotel.

Aneka salad dan ulam ulaman juga dihidangkan. Barulah lebih berselera makan bila ada sayur sayuran hijau tu.
Seterusnya, terdapat nasi Briyani berserta lauk pauknya. Lemang dan ketupat turut sama dihidangkan. Hehe.. Ada jugak stall stall seperti stall Makanan Korea, dan lain lain. Ops, nak mulakan buka puasa dengan murtabak ke? Atau nak mulakan berbuka puasa dengan bubur lambuk? Pun ada! Sedap ya bubur lambuk kat sini.. Senang cakap, mostly juadah kat sini memenuhi citarasa tekak saya ❤️
Nona tak sangka ada ruangan makan steamboat tu tau! And then aneka kuih muih, buah buahan, desserts, dan minuman pun banyak ye. Bukan sejenis dua aje. Sesuai bawak pelbagai generasi sama ada kanak kanak atau warga emas, sebab Nona rasa, dorang pun akan suka datang berbuka sini bila tengok pelbagai juadah menarik 🤩 Kecurr!





Kuih Melayu


Lebih meriah ada persembahan nyanyian kat pentas. Vibes Ramadan Dan Raya tu lebih terasa Nanti! Suka, suka! Jomlah korang berbuka puasa di sini! Korang kalau nak try pakej staycation berpuasa, bersahur dan berbuka kat sini pun ada tau! Gambar lain kat Facebook Nona
'SYOKNYA RAMADAN' BUFFET Tarikh: 2 March - 29 March 2025Time 6:30 PM - 9:30 PM📍 Palm Garden Coffee House, New York Hotel JB
💰 NORMAL PRICE (2 - 29 March 2025) 💰Adult: RM110 NettSenior Citizen: RM80 NettChild: RM65 Nett
🔥 EARLY BIRD SPECIAL (15 Jan - 1 March 2025) 🔥Adult: RM95 NettSenior Citizen: RM70 NettChild: RM50 Nett
📩 For inquiries & bookings:📞 Safarudin: 016 721 5373📞 Rozaina: 012 795 7740📞 Yatt: 016 301 2032📞 Shariffah: 016 311 6944📞 Hayati: 016 721 5381
Tuan Puan, Jangan Lepaskan Peluang Berbuka Puasa dengan Bufet 'Syoknya Ramadan' New York Hotel, JB Okay?!
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2025/02/berbuka-puasa-2025-dengan-bufet-syoknya.html