Bufet Bertema Dari Legumes Catering Istimewa Untuk Semua Majlis
I selalu kagum dengan persembahan yang disediakan oleh team Legumes Catering dalam penyediaan makanan serta hiasan termasuklah perincian hiasan mengikut tema majlis yang ditempah pelanggan. Menjadi antara yang istimewa, I telah dijemput oleh pihak Legumes Catering baru-baru ini untuk sama-sama memeriahkan Dining With The Queens di Fun Fun Space, Puchong.
Telah berada dipasaran dari tahun 2016, Legumes Catering telah memiliki pensijilan ISO 22000, GMP, HACCP dan Halal bagi membuktikan komitmen, menutamakan kualiti dan keselamatan makanan serta memberi perkhidmatan katering yang terbaik kepada pelanggan sekaligus mencapai standard tertinggi dipasaran penyediaan makanan di Semenanjung Malaysia.
Dengan hanya SATU MISI, Legumes Catering berjanji akan memberi perkhidmatan terbaik yang tiada tandingan, berinovasi tanpa rasa takut, mengutamakan keselamatan pekerja dan pelanggan telah mencipta rekod bersih dengan lebih 10,000 pelanggan yang berpuas hati.
Sempena Dining With The Queens, sempatlah I dengar pembentangan dari Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Legumes, Cik Siow Miqi dan Pengarah Jualan, Encik Earon Teh tentang sejarah, inspirasi dan evolusi Legumes Catering sehingga menjadikan ia sebuah jenama terkenal. Encik Earon juga membuat pembentangan tentang projek baharu yang akan datang iaitu 'Mini Buffet' bagi memenuhi permintaan yang lebih kesual dengan jumlah hidangan yang lebih kecil dan majlis yang lebih ringkas.
Bayangkan--
Hidangan comel yang Instagramable dihidang atas meja dengan hiasan berwarna-warni dalam majlis yang serba istimewa, pastinya menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihat. Dan !! Itu adalah salah satu kepakaran Legumes Catering yang pastinya memberi kepuasan kepada sesiapa sahaja. Dari urusan rasmi hinggalah ke perhimpunan intim sesama keluarga, Legumes Catering menjanjikan yahng terbaik dan paling istimewa.
KLIK SINI --> MENU UNTUK MINI BUFFET DARI LEGUMES CATERING
Kemuncak yang i tunggu-tunggu semasa Dining With The Queens ialah demonstrasi memasak dari COO & pengasas bersama En. Kenneth Chua Wei Xian dan Chef Junior Sous Legumes Nur Aufa Athiya Binti Othman, dan, di mana mereka mempamerkan rangkaian produk makanan syarikat. Chef Aufa menyediakan kotak picnic yang sesuai untuk majlis kecil, manakala Kenneth mempersembahkan Ayam Kong Pao kegemaran tempatan dalam Bakul Yam dibantu oleh Chef Demi, Chef James Ng Wen Jia. Sesi ini bukan sahaja mempamerkan kemahiran masakan mereka tetapi juga menonjolkan kualiti dan kreativiti yang dibawakan oleh Legumes Catering. Acara ini menyerlahkan lagi Showcase "katering drop off" serta Bufet Tematik: Moonlight Oriental.
Menjadi ibu yang juga Pengurus Rumahtangga Berjaya dan seringkali menitikberat soal persiapan, I selalu mahukan yang mudah dan ringkas sama juga dengan pelbagai sambutan keraian yang akan menjadi salah satu aktiviti wajib bagi mengumpul ahli keluarga. Tapi itu lah. I tak suka rumah bersepah. Hee~ Mungkin lepas ni I boleh jadi pelanggan setia Legumes Catering. Serius. I dah rasa hidangan yang mereka bakal hidangkan, sikit pun tiada cacat cela malah segalanya sempurna. Paling menarik perhatian I, kita boleh mix and match hidangan mengikut bajet dan tema yang kita mahukan
Dining With The Queens
Bufet Makan Malam Hari Ibu dengan tema Dining With The Queens telah berlangsung dari 10hb hingga 12hb Mei, juga di Fun Fun Space, Puchong. Para tetamu boleh memilih pelbagai hidangan bertema Nyonya yang terdiri dari ayam hingga makanan laut, dengan pembuka selera dan pencuci mulut. Tiket berharga RM 168.00 seorang dewasa dan RM 88.00 untuk kanak-kanak berusia 4 tahun hingga 12 tahun. Makan PERCUMA untuk kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke bawah.
Selain meraikan ibu, pengunjung juga boleh membuat sumbangan ke Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM). Setiap sesi makan malam bufet juga menampilkan permainan dan hadiah, menambahkan sentuhan keseronokan dan kejutan untuk ibu yang hadir.
Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan dan inisiatif Legume Catering, sila layari https://www.legumes.com.my/
Acara Dining With The Queens bukan sekadar majlis rasa-rasa makanan, tapi I turut menjadi saksi dua mata tentang misi dan visi baik yang mahu dibawa oleh pasukan Legumes yang mahu memberi kegembiraan dan kebahagiaan kepada setiap pelanggan yang menikmati hidangan istimewa dari mereka. Tak percaya ? Korang kena try paling tidak sekali untuk membuktikan apa yang I cakap ( TAIP lah !!! Hee~ ) ni betul.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.atiehilmi.com/2024/05/bufet-bertema-dari-legumes-catering.html