Subsidi Ron95 Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara Di Utc Diserbu


 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa MyKad akan digunakan bagi pembelian petrol bersubsidi RON95 yang akan bermula penghujung bulan ini. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail
KUALA LUMPUR, 20 Sep – Urusan berkaitan MyKad menjadi tumpuan susulan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada semalam, mengingatkan orang ramai untuk segera memeriksa MyKad bagi memastikan cip berfungsi dengan baik bagi memudahkan urusan penyaluran subsidi RON95 yang akan bermula hujung bulan ini.
MyKad, dokumen pengenalan diri rakyat Malaysia, kini menjadi kunci utama bagi pelbagai urusan rasmi dan akses kepada sistem bantuan kerajaan termasuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA), justeru fungsinya perlu sentiasa dipastikan beroperasi dengan baik.
Berikutan itu, orang ramai mula menyerbu kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) sama ada memeriksa cip MyKad atau membuat penggantian terus di situ.
Orang ramai memenuhi kaunter JPN di UTC Sentul bagi membaharui MyKad seawal jam 8 pagi. Foto BernamaSeorang akauntan, Fatimah Zahra Mohd Salleh, 34, berkata, dia memilih untuk memperbaharu MyKad selepas menghadapi masalah di klinik kesihatan apabila cip pada kad pengenalan miliknya itu gagal dibaca oleh sistem pendaftaran.
“Pegawai klinik beritahu maklumat saya tidak dapat diakses disebabkan cip MyKad saya ada kesan calar, jadi saya perlu juga untuk membaharui MyKad saya ini sebab banyak urusan yang nak dibuat menggunakan kad pengenalan.
“Mujur juga UTC dibuka pada hujung minggu, kalau hari lain kita perlu ambil cuti pula. Waktu menunggu pun lebih kurang sejam sahaja kalau buat di UTC,” katanya.

Kelihatan orang ramai mula memenuhi UTC seawal jam 8 pagi untuk urusan berkaitan dengan MyKad kerana kad pengenalan itu penting bagi melancarkan urusan harian seperti transaksi perbankan, bantuan kerajaan serta rawatan kesihatan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pada 23 Julai lalu bahawa subsidi RON95 akan dilaksanakan penghujung bulan ini dengan harga subsidi bagi rakyat Malaysia ialah RM1.99 seliter berbanding sekarang RM2.05 seliter.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/09/subsidi-ron95-kaunter-jabatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Subsidi Ron95 Hingga 300 Liter Sebulan Untuk Semua Rakyat Tiada Had Pendapatan

Subsidi Ron95 Hingga 300 Liter Sebulan Untuk Semua Rakyat Tiada Had Pendapatan

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 2659 hits
Malaysiakini nbsp Kerajaan tidak akan mengenakan had pendapatan bagi penerima subsidi RON95 apabila mekanisme subsidi bersasar mula dilaksanakan pada 30 Sept ini Sebaliknya Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan semua rakyat Malaysia yan...
Semua Warganegara Malaysia Dengan Lesen Memandu Sah Layak Untuk Subsidi Ron95 Anwar

Semua Warganegara Malaysia Dengan Lesen Memandu Sah Layak Untuk Subsidi Ron95 Anwar

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 2850 hits
pengumuman YAB PM 1 Rakyat Malaysia dapat membeli petrol RON95 pada harga RM1 99 seliter mulai 30 September 2025 2 Bagi golongan yang tidak layak seperti bukan warganegara mereka akan membeli RON95 pada harga tanpa subsidi yang dianggarkan ...
Cara Guna Setel Untuk Subsidi Ron95 Tak Payah Scan Mykad Lagi

Cara Guna Setel Untuk Subsidi Ron95 Tak Payah Scan Mykad Lagi

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 4307 hits
Sahkan akaun Setel anda sekarang untuk dapatkan subsidi Petrol BUDI MADANI RON95 Tak perlu guna MyKad setiap kali masa nak isi nanti Ya betul tu anda boleh dapatkan BUDI95 dengan aplikasi Setel pada 30 September 2025 Ikut panduan di atas un...
Budi95 Cara Beli Petrol Ron95 Harga Subsidi Rm1 99 Guna Ic

Budi95 Cara Beli Petrol Ron95 Harga Subsidi Rm1 99 Guna Ic

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 5698 hits
YAB Dato Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri dan Menteri Kewangan hari ini mengumumkan bahawa mulai 30 September 2025 Malaysia akan beralih kepada sistem subsidi bersasar petrol RON95 atau BUDI MADANI RON95 untuk manfaat rakyat Kerajaan MADA...
Pastikan Cip Mykad Berfungsi Untuk Nikmati Subsidi Ron95 Saifuddin

Pastikan Cip Mykad Berfungsi Untuk Nikmati Subsidi Ron95 Saifuddin

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 2295 hits
Orang ramai diingatkan supaya memeriksa MyKad bagi memastikan cip berfungsi dengan baik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata subsidi bersasar bagi harga petrol hanya boleh dinikmati apabila MyKad digunakan sebag...
Mcmc Teruskan Siasatan Dakwaan Libatkan Ahli Parlimen Pagoh Berhubung Subsidi Ron95

Mcmc Teruskan Siasatan Dakwaan Libatkan Ahli Parlimen Pagoh Berhubung Subsidi Ron95

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 1447 hits
MCMC Teruskan Siasatan Dakwaan Libatkan Ahli Parlimen Pagoh Berhubung Subsidi RON95 CYBERJAYA 9 Sept Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia masih meneruskan siasatan berhubung dakwaan yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Pagoh mengen...
Sektor Pengangkutan Darat Awam Barangan Ini Layak Daftar Skps Untuk Subsidi Petrol Ron95

Sektor Pengangkutan Darat Awam Barangan Ini Layak Daftar Skps Untuk Subsidi Petrol Ron95

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 2638 hits
Sektor Pengangkutan Darat Awam Barangan Ini Layak Daftar SKPS Untuk Subsidi Petrol RON95 Syarikat pengangkutan darat awam dan barangan yang tersenarai boleh mula memohon manfaat subsidi petrol RON95 melalui Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi ...
Subsidi Petrol Ron95 Budi Madani

Subsidi Petrol Ron95 Budi Madani

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 3301 hits
TERKINI Semua rakyat Malaysia yang mempunyai IC dan lesen memandu yang sah akan menerima Harga Subsidi Minyak RM 1 99 seliter bermula 30 September 2025 Ini diumumkan sendiri hari ini oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Anwar bin Ibr...
Subsidi Bersasar Ron95 Segera Periksa Mykad Ganti Jika Cip Rosak Saifuddin

Subsidi Bersasar Ron95 Segera Periksa Mykad Ganti Jika Cip Rosak Saifuddin

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 2398 hits
Subsidi Bersasar RON95 Segera Periksa MyKad Ganti Jika Cip Rosak Saifuddin Orang ramai diingatkan untuk segera memeriksa dan menggantikan cip kad pengenalan yang rosak menjelang pelaksanaan subsidi bersasar RON95 yang dijangka pada hujung b...
7 Perbezaan Pembiayaan Islamik Dengan Loan Bank Konvensional

Orang Selangor Anak Pmx Nak Jadi Mb Selangor Hahahaha

Cornflakes Chicken Wrap Rangup Sihat Resipi Mudah Yang Memang Menggoda

Info Banjir Terkini 2025

Express Delivery Rough Crafts Customizes The Bmw R 12 Across Countries

Persiapan Raya 2026 Dah Mula

Irresistible Beef Jerky Recipe Made With Ground Beef

Adakah Ev Lebih Mudah Terbakar Bandingkan Risiko Ev Vs Kereta Petrol


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Semai Pokok Kesum

Tanggungjawab Menjaga Alam Sekitar Adalah Kewajipan Semua Rakyat

Petronas Dari Rantaian Minyak Ke Rantaian Gol Liga Bola Bangladesh Menjadi Tajaannya

Dulu Disondol Kini Menyondol Inara Rusli Didakwa Berhubungan Sulit Dengan Suami Pempengaruh

Isu Pemakaian Setiap Kumpulan Ada Imej Kami Orang Islam Tahu Apa Boleh Pakai Azira Shafinaz

5 Benda Di Rumah Anda Yang Suka Memanggil Ular