Budi Madani Diesel 2025 Permohonan Tarikh Bayaran Bulanan
Budi Madani Diesel adalah sebahagian daripada inisiatif BUDI MADANI yang diperkenalkan kerajaan sebagai langkah penyasaran semula subsidi bahan api khususnya diesel. Semak kelayakan dan tarikh bayaran bulanan subsidi diesel di portal rasmi, https://budidiesel.gov.my/
Bagi yang belum memohon, anda boleh semak kelayakan dan daftar pada bila-bila masa. Permohonan dibuka sepanjang tahun dan tiada tarikh tutup.
Rujuk info lebih lanjut mengenai Budi Madani Diesel di bawah.
BACA JUGA: Subsidi RON95: Semakan Kelayakan Budi Madani (BUDI95)
Apa itu Budi Madani Diesel?
Budi Madani Diesel ialah program subsidi bersasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu golongan layak memiliki kenderaan diesel serta syarikat pertanian atau komoditi.
Melalui inisiatif ini, pemohon yang layak menerima bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan bagi menampung kenaikan kos bahan api serta mengurangkan kesan inflasi ke atas harga barangan.
Program ini diwujudkan bagi memastikan subsidi diesel hanya disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, sekali gus mengurangkan ketirisan subsidi serta menghalang aktiviti penyeludupan bahan api.
Kategori penerima Budi Madani Diesel merangkumi individu pemilik kenderaan diesel persendirian (bukan mewah), pekebun kecil dan syarikat agri-komoditi yang telah didaftarkan secara rasmi.
Pelaksanaan program ini juga merupakan salah satu langkah dalam reformasi subsidi di bawah rangka kerja Ekonomi Madani.

Budi Madani Diesel 2025
Jadual & Tarikh Bayaran Subsidi Diesel Bulanan (2025)
Program Budi Madani Diesel memberi bantuan tunai RM200 setiap bulan kepada pemilik kenderaan diesel individu dan peserta agri-komoditi yang layak.
Setiap bayaran dibuat selepas permohonan bulan sebelumnya diluluskan dalam sistem BUDI Madani.
Berikut ialah jadual dan tarikh rasmi bayaran subsidi diesel bulanan Budi Madani bagi tahun 2025:
Januari – Jun 2025
Tarikh PermohonanTarikh Bayaran1-31 Jan7 Feb (Jumaat)1-28 Feb7 Mac (Jumaat)1-31 Mac11 April (Jumaat)1-30 April9 Mei (Jumaat)1-31 Mei6 Jun (Jumaat)1-30 Jun7 Julai (Isnin)
Julai – Disember 2025
Tarikh PermohonanTarikh Bayaran1-31 Julai8 Ogos (Jumaat)1-31 Ogos8 Sept (Isnin)1-30 Sept8 Okt (Rabu)1-31 Okt7 Nov (Jumaat)1-30 Nov5 Dis (Jumaat)1-31 Dis9 Jan 2026 (Jumaat)

Tarikh Bayaran Budi Madani Diesel 2025

Tarikh Bayaran Budi Madani Diesel 2025
Pembayaran subsidi diesel Budi Madani untuk bulan Oktober 2025 telah dilakukan pada 8 Oktober 2025, Rabu.
Untuk permohonan bulan Oktober, bayaran akan dilakukan pada bulan hadapan iaitu pada 7 November 2025, Jumaat.
Permohonan & Bayaran Bulan Oktober, November & Disember 2025
Permohonan Oktober: Semua yang memohon antara 1–31 Oktober akan menerima bayaran pada 7 November 2025.
Permohonan November: Semua yang memohon antara 1–30 November akan menerima bayaran pada 5 Disember 2025.
Permohonan Disember: Semua yang memohon antara 1–31 Disember akan menerima bayaran pada 9 Januari 2026.
Jadi, bagi pemohon yang belum menghantar permohonan, sistem masih dibuka secara atas talian di portal rasmi, https://budidiesel.gov.my/
Anda hanya perlu log masuk ke akaun BUDI lengkapkan maklumat kenderaan diesel dan tunggu keputusan kelulusan yang biasanya diproses dalam masa 14 hari bekerja.
Syarat Kelayakan & Kategori Penerima Subsidi Budi Madani Diesel
Program Budi Madani Diesel menyalurkan subsidi bahan api secara bersasar kepada rakyat yang layak melalui tiga kategori utama: MySubsidi Diesel, BUDI Individu, dan BUDI Agri-Komoditi.
Setiap kategori mempunyai kriteria khusus bergantung pada jenis kenderaan, pendapatan, serta tujuan penggunaan diesel.
Syarat Kelayakan Umum
Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 dan ke bawah, berdasarkan semakan data LHDN.
Permohonan dibuat secara atas talian melalui portal rasmi budimadani.gov.my.
Akaun bank berdaftar atas nama pemohon masih aktif untuk pengkreditan bantuan tunai.

Kategori Penerima Budi Madani Diesel 2025
1. BUDI Individu
Kategori BUDI Individu terbuka kepada warganegara Malaysia yang memiliki kenderaan diesel persendirian bukan mewah dan berdaftar di bawah nama sendiri.
Berikut antara syarat utama:
Pemilik kenderaan diesel persendirian berdaftar menggunakan nombor MyKad.
Cukai jalan (lesen kenderaan motor) masih aktif.
Pendapatan tahunan individu atau pasangan tidak melebihi RM100,000 berdasarkan data LHDN.
Kenderaan bukan kategori mewah dan berumur lebih daripada 10 tahun.
Tidak berdaftar bagi kegunaan syarikat, e-hailing, karavan, motorhome, atau bas persiaran.
Kriteria Kenderaan TIDAK LAYAK untuk BUDI Individu:
Kenderaan diesel persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat/pertubuhan.
Kenderaan mewah (seperti Audi, BMW, Mercedes Benz, dsb) di bawah usia 10 tahun.
Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing ; atau
Jenis kenderaan: Motosikal diesel, karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.

Kriteria TIDAK LAYAK Budi Madani Diesel 2025
2. BUDI Agri-Komoditi
Kategori BUDI Agri-Komoditi disasarkan kepada petani, penternak, dan pekebun kecil yang memerlukan diesel bagi tujuan operasi pertanian dan komoditi.
Syarat kelayakan termasuk:
Berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) seperti RISDA, LGM, MPOB, atau LPP.
Terlibat secara aktif dalam tanaman, ternakan, akuakultur, atau komoditi seperti sawit, getah, koko, lada, dan kenaf.
Jumlah jualan tahunan antara RM50,000 hingga RM300,000.
Tidak termasuk pekebun kecil di bawah FELDA, FELCRA atau RISDA kerana bantuan subsidi mereka disalurkan melalui skim khas lain.
Permohonan dibuka sepanjang tahun melalui portal rasmi Budi Madani (budimadani.gov.my) dengan semakan silang automatik bersama data LHDN dan agensi pertanian.
3. MySubsidi Diesel (SKSD 2.0)
Kategori MySubsidi Diesel merupakan lanjutan sistem Sistem Kawalan Diesel Subsidi (SKDS 2.0) yang melibatkan kenderaan komersial dan sektor logistik seperti pengangkutan barang, perkhidmatan awam, serta pengedaran makanan.
Penerima menggunakan Kad Flit Diesel, yang mengawal jumlah diesel bersubsidi berdasarkan jenis kenderaan dan kawasan operasi.
Skim ini membantu mengekalkan kestabilan kos logistik, mengelakkan penyeludupan, dan memastikan peniaga serta pengusaha kecil terus beroperasi dengan efisien.

Syarat Kelayakan Budi Madani Diesel 2025
Cara Mohon BUDI MADANI Diesel
DAFTAR AKAUN BUDI MADANI
Layari laman web rasmi Budi Madani Diesel di pautan berikut: budidiesel.gov.my
Pilih kategori penerima dan klik “Mohon Di Sini”
Masukkan nombor MyKad dan klik Semak.
Sekiranya anda belum mempunyai akaun, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu. Klik “Daftar Akaun”.
Isi maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran akaun BUDI MADANI. Sebelum klik DAFTAR, pemohon hendaklah memastikan e-mel yang didaftarkan adalah aktif dan tiada kesalahan ejaan kerana pautan verifikasi akan dihantar ke akaun e-mel tersebut untuk pengesahan akaun.
Setelah proses daftar akaun telah berjaya. Sila semak emel yang telah didaftarkan bagi proses pengesahan dan Log Masuk untuk mengemukakan Permohonan Baru atau semakan Permohonan.
LOG MASUK
Buka e-mel yang diterima dan klik pautan pengesahan akaun.
Kembali ke portal budidiesel.gov.my dan klik “Log Masuk”.
Masukkan nombor MyKad (12 digit) dan kata laluan yang telah didaftarkan.
Klik butang “Log Masuk” untuk akses ke papan pemuka (dashboard) akaun anda.
PERMOHONAN BUDI MADANI DIESEL
Setelah log masuk, pilih menu “Permohonan Baru”.
Pilih kategori permohonan mengikut status anda: BUDI Individu, Budi Agri-Komoditi, atau MySubsidi Diesel (syarikat)
Isi borang permohonan dengan lengkap maklumat peribadi, nombor akaun bank yang aktif, dan butiran kenderaan diesel (nombor pendaftaran, tarikh luput cukai jalan, jenama/model). Sediakan dokumen sokongan dalam bentuk fail digital untuk dimuat naik.
Semak semula maklumat yang telah diisi dan hantar permohonan.
Tunggu pengesahan dan kelulusan permohonan yang biasanya mengambil masa beberapa hari bekerja. Status kelulusan boleh disemak di dashboard akaun anda.
Jika kelulusan diperoleh, pembayaran subsidi RM200 akan dikreditkan secara automatik ke akaun bank anda setiap bulan. Penerima tanpa akaun bank boleh menuntut subsidi secara tunai di BSN dengan membawa MyKad.

Budi Madani Diesel 2025
Semakan Status Kelayakan BUDI Diesel
Layari portal rasmi BUDI MADAI Diesel di https://budidiesel.gov.my
Pada halaman utama, klik butang “Log Masuk”.
Masukkan nombor MyKad dengan betul dan klik butang “Semak”.
Sahkan kata laluan keselamatan (captcha) yang dipaparkan, kemudian tekan “Ya” untuk proses seterusnya.
Masukkan kata laluan akaun yang telah didaftarkan dan klik butang “Log Masuk”.
Setelah berjaya log masuk, pergi ke menu “Semakan Status”. Di sini, anda boleh menyemak status permohonan mengikut kategori yang dimohon serta maklumat pembayaran subsidi diesel.
Jika permohonan anda telah diluluskan, maklumat jumlah subsidi dan tarikh bayaran akan dipaparkan.Jika tidak diluluskan, anda juga boleh melihat sebab dan boleh membuat rayuan atau menghubungi pusat khidmat pelanggan.
Lihat paparan di bawah untuk melihat contoh permohonan LULUS.
Semakan Status Kelayakan BUDI Diesel
Kaedah Pembayaran BUDI Diesel
Penerima yang layak akan disalurkan sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Pengkreditan ke Akaun Bank: Biasanya pembayaran subsidi akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan dibuat di portal rasmi. Ini memudahkan penerima menerima bantuan tunai tanpa perlu hadir secara fizikal.
Tuntutan Tunai di Cawangan BSN: Bagi penerima yang tiada akaun bank, subsidi boleh dituntut secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau info terkini, sila rujuk/layari/hubungi:
Portal Budi Madani Diesel: https://budidiesel.gov.my/
Pusat Panggilan SKDS: 03-8084 4566
Emel:
[email protected]
Waktu Operasi: 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat)
Soalan Lazim Budi Madani Diesel
Apakah BUDI MADANI Diesel? BUDI MADANI Diesel adalah program subsidi bersasar kerajaan bagi pemilik kenderaan diesel individu, petani kecil serta syarikat pengangkutan tertentu melalui mekanisme bantuan tunai RM200 sebulan atau subsidi diesel bersubsidi menggunakan fleet card.
Siapa yang layak memohon? Layak adalah warganegara Malaysia dengan pendapatan individu atau pasangan RM100,000 ke bawah, memiliki kenderaan diesel bukan mewah yang berdaftar atas nama sendiri dengan cukai jalan aktif, atau petani kecil/pekebun berdaftar serta syarikat pengangkutan yang menggunakan diesel.
Bolehkah pemilik motosikal diesel mohon? Tidak. Program ini tidak meliputi motosikal diesel.
Bagaimana cara permohonan? Permohonan dibuat secara online melalui portal rasmi BUDI MADANI iaitu https://budidiesel.gov.my dengan mendaftar akaun, mengisi maklumat peribadi dan kenderaan serta muat naik dokumen sokongan.
Bilakah permohonan dan bayaran dilakukan? Permohonan dibuka sepanjang tahun dan bayaran tunai RM200 dibuat secara bulanan mengikut jadual yang diumumkan kerajaan.
Bagaimana jika permohonan saya ditolak? Pemohon boleh menyemak sebab penolakan dan membuat rayuan dengan melengkapkan dokumen tambahan atau menghubungi pusat khidmat pelanggan BUDI MADANI.
Adakah subsidi diesel dikenakan had penggunaan? Ya, untuk syarikat menggunakan MySubsidi Diesel (SKDS 2.0), terdapat had liter penggunaan dan kawalan menggunakan fleet card.
Kenapa Sabah dan Sarawak tidak termasuk? Pelaksanaan BUDI MADANI Diesel hanya terhad di Semenanjung Malaysia kerana keperluan kajian dan kelembapan pelaksanaan sistem fleet card di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/budi-madani-diesel-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=budi-madani-diesel-2025