Budaya Sarapan Malaysia Diperkenalkan Di Bahrain


Budaya Sarapan Malaysia Diperkenalkan Di Bahrain
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) — Kedutaan Besar Malaysia di Manama, Bahrain, telah menampilkan budaya sarapan ikonik negara menerusi program Breakfast Culture in Malaysia: Dining Experience in a Multi-Ethnic Society.
Duta Besar Malaysia ke Bahrain Datuk Shazryll Zahiran berkata acara yang diadakan di The Gulf Hotel, Manama itu, menampilkan hidangan sarapan kegemaran rakyat Malaysia iaitu nasi lemak, roti canai dan teh tarik.
“Ini sesuatu yang sangat penting dan istimewa bagi Malaysia, kerana kami cuba berkongsi satu pengalaman yang belum pernah dirasai di bumi Bahrain. Saya berpeluang memperkenalkan tiga jenis makanan yang telah didaftarkan di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Breakfast Heritage of Malaysia iaitu nasi lemak, teh tarik dan juga roti canai.
“Dengan berkongsi pengalaman ini, saya berharap akan dapat membuka mata anda untuk merasai sedikit gambaran tentang apa yang boleh dinikmati, sekiranya anda melancong ke Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.
Kedutaan Besar itu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa budaya sarapan Malaysia telah didaftarkan secara rasmi dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan pada Sidang ke-19 Jawatankuasa Antara Kerajaan bagi Perlindungan Warisan Budaya Tidak Ketara di Paraguay pada Disember 2024.
“Breakfast Culture in Malaysia: Dining Experience in a Multi-Ethnic Society merupakan makanan keselesaan yang dinikmati masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan boleh didapati di seluruh negara, khususnya untuk sarapan. Hidangan ini melambangkan kekayaan warisan Malaysia serta kepelbagaian rasanya,” menurut kenyataan itu.
Makanan yang dibawakan itu, unik untuk Malaysia dari segi rasa dan menjadi kegemaran rakyat di seluruh negara tanpa mengira demografi, etnik atau agama.
Program itu turut menampilkan Dondang Sayang, seni tradisional Melayu yang diiktiraf UNESCO, dipersembahkan melalui tarian khas, serta kebaya yang dicalonkan bersama oleh Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara, dan telah disenaraikan oleh UNESCO pada tahun 2023.
Pada masa ini, Malaysia mempunyai sembilan elemen dalam Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO, termasuk Mak Yong, Silat, Songket, Mek Mulung, Pantun, Ong Chun/WangKang, Kebaya, Dondang Sayang dan budaya sarapan.
Kenyataan itu memaklumkan bahawa kejayaan Malaysia mendaftarkan Budaya Sarapan dalam Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO merupakan detik membanggakan, dalam usaha memelihara serta meraikan tradisi hidup negara.
“Pengiktirafan ini mengukuhkan kepelbagaian budaya dan warisan kulinari Malaysia sebagai satu kuasa menyatukan merentas komuniti.
“Dengan mengangkat keenakan nasi lemak, roti canai dan teh tarik bersama bentuk seni abadi seperti Dondang Sayang dan keanggunan kebaya, Malaysia menampilkan warisannya bukan sahaja sebagai sumber kebanggaan negara, tetapi juga sebagai hadiah kepada dunia, memastikan tradisi ini terus memberi inspirasi, menyatukan dan menggembirakan generasi masa depan,” menurut kenyataan itu.
BACA: Individu Terkejut Lihat Tikus Besar Panjat Kotak Telur Di Restoran Sumber: Bernama
The post Budaya Sarapan Malaysia Diperkenalkan Di Bahrain appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/01/budaya-sarapan-malaysia-diperkenalkan-di-bahrain/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amat Membanggakan Video Keselamatan Mas Tonjol Perpaduan Amp Budaya Malaysia Aaron Ago

Amat Membanggakan Video Keselamatan Mas Tonjol Perpaduan Amp Budaya Malaysia Aaron Ago

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 679 hits
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang menyifatkan video keselamatan baharu Malaysia Airlines sebagai membanggakan dan berjaya memperlihatkan identiti Malaysia kepada dunia Inilah wajah Malaysian Hospitality yang sebenar Video ini ...
Buli Budaya Pengecut Menteri Kena Turun Padang Hentikan Malaysia Gazette Tv 23 09 2025

Buli Budaya Pengecut Menteri Kena Turun Padang Hentikan Malaysia Gazette Tv 23 09 2025

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 745 hits
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kementerian yang berkaitan untuk menyelesaikan kes buli yang semakin berleluasa kini Tambahnya lagi jika tiada sebara...
Final Miss Malaysia Indian Global Ke 26 Meriah Dengan Semangat Pemerkasaan Budaya Cinta Komuniti

Final Miss Malaysia Indian Global Ke 26 Meriah Dengan Semangat Pemerkasaan Budaya Cinta Komuniti

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 258 hits
Final Miss Malaysia Indian Global Ke 26 Meriah Dengan Semangat Pemerkasaan Budaya Cinta Komuniti Acara Tahunan Ke 26 Miss Malaysia Indian Global melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang semalam apabila Charlotte Netto 28 anak jati Johor ya...
Peluang Saksikan Aksi Nunez Valverde Ugarte Bersama Uruguay Di Malaysia

Peluang Saksikan Aksi Nunez Valverde Ugarte Bersama Uruguay Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 588 hits
Peluang saksikan aksi Nunez Valverde Ugarte bersama Uruguay di Malaysia AKSI Nunez melepasi kawalan pemain Al Ahli di Jeddah minggu lalu dan peminat di Malaysia boleh menyaksikan kelincahannya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Oktober...
Ripe Time For Starbucks Malaysia To Revamp Archaic Biz Model Amid Cut Throat Competitors New Gen Tastebuds

Ripe Time For Starbucks Malaysia To Revamp Archaic Biz Model Amid Cut Throat Competitors New Gen Tastebuds

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 840 hits
LOL just pack it up lah Berjaya Food can study a better chain from Europe to bring here so declared trend observer Faizal Hamssin with a tinge of typical Malaysian sarcasm Added the self proclaimed fan of raw concrete hotpots walkable stree...
Rafizi Urges Radical Budget Reforms Says Malaysia Addicted To Goodies

Rafizi Urges Radical Budget Reforms Says Malaysia Addicted To Goodies

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 649 hits
Former economy minister Rafizi Ramli has warned that Malaysia can no longer afford to treat the federal budget as an annual exercise in distributing goodies urging the government to embark on radical reforms He said the nation had become to...
Malaysia Punyai Ladang Tenusu Pintar

Malaysia Punyai Ladang Tenusu Pintar

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 1208 hits
Malaysia kini miliki ladang tenusu pintar terbesar iaitu di Gemas Negeri Sembilan Dibangunkan dengan menggunakan teknologi hijau dan sistem rawatan sisa moden ia dijangka hasilkan 100 juta liter susu pada fasa pertama
Burger Sosej Dan Bebola Daging Sedia Dimakan Oleh Cp Foods Kegemaran Rakyat Malaysia Kini Di Lotus S

Burger Sosej Dan Bebola Daging Sedia Dimakan Oleh Cp Foods Kegemaran Rakyat Malaysia Kini Di Lotus S

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 870 hits
Burger Sosej Dan Bebola Daging Sedia Dimakan Oleh CP Foods Kegemaran Rakyat Malaysia Kini Di Lotus s KUALA LUMPUR 25 September 2025 Lotuss Stores Sdn Bhd memperkenalkan pilihan kegemaran rakyat Malaysia iaitu burger sosej dan bebola daging ...
Trump Praised Malaysia S Role In Thai Cambodia Ceasefire Anwar

Trump Praised Malaysia S Role In Thai Cambodia Ceasefire Anwar

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 1294 hits
The United States has acknowledged Malaysia s success in facilitating the ceasefire agreement between Cambodia and Thailand describing it as a major achievement that demonstrated the country s credibility and Asean s strength said Prime Min...
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Quick Diet Dinner Recipes Veg

Najib Kena 15 Tahun Penjara Dan Denda Rm11 38 Bilion Bagi Tuduhan Salah Guna Kuasa

Najib Punyai Kepentingan Langsung Terhadap 1mdb Sejak Tia Hakim

Buat Duit Online Tanpa Kerja Lebih Masa Solusi Income Automatik Untuk Orang Sibuk


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Drama Pak Su Ammara

Yang Tak Pernah Aku Ceritakan Tapi Menguatkanku

Lelaki Palestin Cedera Dilanggar Ketika Solat Tentera Simpanan Israel Disiasat

Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

Dari Tampin Ke Simpang Ampat Alor Gajah Beli Nenas

Rawatan Pergigian Di Klinik Pergigian Familia Megaway