Budaya Pot Luck Jimat Kos Makanan Lebih Banyak Pilihan
APA ITU POT LUCK?Pot Luck adalah perhimpunan di mana setiap tetamu menyumbang makanan yang berbeza dan unik lazimnya dimasak sendiri untuk dikongsi. Tetapi pada masa kini kebiasaannya ada yang hanya memesan makanan sahaja kerana mengalami kekangan masa untuk memasak.
Potluck Raya Di Pejabat
BUDAYA ‘POT LUCK’ JIMAT KOS, MAKANAN LEBIH BANYAK PILIHANDi tempat kerja, acara makan-makan atau ‘pot luck’ bukan lagi asing. Tidak kira sempena sambutan hari jadi rakan sekerja, persaraan, perpindahan tempat kerja, raya atau sekadar ingin merai sesuatu peristiwa, acara makan-makan akan diadakan.
Untuk menjimatkan kos, ramai yang memilih untuk mengadakannya secara ‘potluck’. Bermakna makanan akan dibawa oleh setiap tetamu atau kumpulan. Sering kali makanan itu dimasak sendiri dan hidangan itu akan dimakan secara berkongsi beramai-ramai. Ia termasuklah juga peralatan yang diperlukan seperti pinggan, sudu, cawan pakai buang dan sebagainya.
Untuk menggelakkan hidangan yang sama, selalunya setiap orang/ketua jabatan yang terlibat akan memberitahu juadah yang akan dibawa. Jadi, orang/jabatan lain akan membawa hidangan yang berbeza. Akan ada hidangan lengkap, daripada hidangan ringan sehinggalah pencuci mulut. Lengkap!
Potluck Raya Di Pejabat
Jika di pejabat, sekiranya melibatkan keseluruhan jabatan, setiap jabatan akan membawa sekurangnya satu jenis makanan/minuman. Apabila dikumpulkan, memang meriah habis dan insya-Allah, selalunya makanan akan berlebihan! Mungkin itulah keberkatan bila rezeki dikongsi bersama. Yang paling penting, hidangan itu pasti sedap-sedap belaka.
Bagi suami, perlu meminta bantuan isteri untuk menyediakan hidangan untuk acara potluck di pejabat. Bagi yang bujang boleh memesan makanan sahaja. Tetapi untuk yang mempunyai kekangan masa untuk memasak, tempah makanan juga boleh untuk di bawa ke majlis potluck. Untuk Cik iena sendiri pula sebaliknya. Jika ada potluck di pejabat, Cik iena suka masak sendiri. Jika potluck diluar pejabat dengan rakan-rakan Cik iena juga akan pesan katering untuk hidangan utama bagi memastikan ada menu utama atau menu berat untuk semua nikmati. Kalau dipejabat tak kisah sebab biasanya menu utama boss akan sponsor. Berbeza dengan rakan-rakan. Cik iena selaku kepala yang mengaturkan majlis ini jadi Cik iena perlu pastikan ada makanan berat untuk semua orang makan. Yang lain boleh bawa menu sampingan yang dicadangkan, atau jika ada cadangan lain boleh diusulkan.
Untuk menu makanan berat ni biasanya banyak jadi Cik iena prefer pesan katering . Jadi disini perlu persetujuan beberapa orang untuk kongsi bayar makanan main foods. Kemudian yang berkongsi bayar main foods juga boleh bawa makanan lain dengan syarat maklumkan makanan yang dibawa supaya tidak sama dengan rakan yang lain.
SYARAT MENJALANKAN ‘POT LUCK’ 1. Penyertaan harus lebih dari satu orang. Nama pun secara beramai-ramai kan?
2. Setiap orang harus membawa “sesuatu”, tidak kira makanan atau kelengkapan untuk acara makan-makan tersebut. Termasuklah plastik sampah dan kelengkapan pakai buang seperti pinggan, cawan, sudu garfu.
3. Biasanya, potluck dilakukan di rumah (salah satu peserta), di tempat kerja / sekolah, di tempat rekreasi dan yang pasti bukan di restoran.
4. Seeloknya mereka yang terlibat akan menyatakan apa hidangan yang akan dibawa, untuk menggelakkan membawa hidangan yang sama pada hari yang diraikan.
5. Pilihan hidangan juga selain pastikan tidak sama, nilai juga perlulah berbaloi dengan nilai yang rakan lain bawa. Seperti Contoh rakan lain bawa menu seperti Ayam masak merah . Anda hanya bawa Kek Pisang biasa readymade yang dibawah harga RM5- Kek Pisang Bawah RM5 Perlu ada rasa bertimbang rasa lah. Jangan kedekut sangat tau. Kalau nak bawa juga boleh tapi add on makanan lain. Ini sebagai contoh. Pandai-pandailah faham ok.
6. Perlu ada sikap toleransi,kerjasama dan sepakat untuk menjayakan majlis sebegini. Selepas selesai, perlu bergotong royong untuk mengemas apa yang patut. Jangan biarkan tuan rumah yang kemas sendiri melainkan tuan rumah tak bagi kita kemas. Tapi pandai pandai lah curi tolong buat apa yang patut.
'POT LUCK RAYA'Musim raya ni memang banyak orang buat Potluck Raya di Pejabat atau pun dirumah . Kebiasaannya sekumpulan sahabat ataupun sekumpulan saudara mara akan buat Potluck bagi menjimatkan Kos. Nak tunggu salah seorang buat open House bukan semua orang ada rezeki relbih untuk buat open House. jadi Potluck Raya sangat bagus untuk berkumpul dan mengeratkan Sillaturrahim.
Bagi yang ada rezeki lebih tiada masalah untuk membuat majlis rumah terbuka. Menu pun anda tentukan sendiri. Bercakap mengenai menu. Disini juga Cik iena cadangkan antara menu yang boleh anda bawa semasa Potluck Raya. Ada diantara menu yang ada dalam majlis potluck raya yang cik iena sertai.
Potluck Raya Di Pejabat
Cadangan Menu Potluck RayaRendang AyamRendang DagingRendang KerangAyam PercikAyam masak MerahNasi TomatoNasi Hujan PanasSotoLaksaBeehun GorengSpagetthiCocktail buahAir minumanSandwichMini BurgerpizzaTauhu bergedilSatayNasi impit & kuah kacangSambal jawaLontongRoti JalaLemangKetupat / Ketupat PalasPuding karemelBrowniesKek BatikChoc Moist CakeBurn Cheese CakePavlovaCupcakesice CreamKuih KaswiKuih Apam GulaKaripapKeropok Lekor
Potluck Raya Di Pejabat
Macam mana dengan korang? Biasa buat potluck ke tu? kebiasaannya menu apa yang korang bawak? boleh kongsi tak. Boleh lah buat rujukan next potluck iena dengan kawan-kawan nanti.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ienaeliena.com/2024/04/POTLUCK-JIMAT-KOS-LEBIH-PILIHAN-MENU.html