Budak Sekolah Kendali Pesawat Juruterbang Tunjuk Jalan


 Murid Tahun Enam SK Gong Nangka menerbangkan pesawat simulator milik sekolah yang dibina daripada barangan terpakai ketika ditemui baru-baru ini. — Foto Bernama
JOM KREATIF
Oang kampung, orang bandar semua boleh terbang tinggi, mampu gapai cita-cita jadi juruterbang


MARANG, 3 Feb — Orang kampung, orang bandar semua boleh terbang tinggi, mampu gapai cita-cita jadi juruterbang jika dapat maklumat tepat dan bukan sekadar ‘dengar cakap’.Demikian perkongsian Kapten Mohd Hairul Sanot, yang juga juruterbang Malaysia Airlines (MAS) bagi mengurangkan kenyataan salah berkaitan kerjaya yang menjadi idaman ramai anak muda, malah ada yang menganggap ia hanya untuk mereka yang kaya sahaja.Beliau yang bercakap di hadapan kira-kira 60 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Nangka, di sini berkata masih banyak tanggapan yang kurang tepat dalam kalangan masyarakat mengenai seorang juruterbang termasuk dari segi kelayakan fizikal dan akademik.“Saya sering mendengar luahan daripada orang ramai yang kecewa kerana tidak dapat menjadi juruterbang kerana mata yang rabun dan tidak memperoleh ‘deretan A’ dalam akademik sedangkan kelayakan asas adalah cemerlang dalam sekurang-kurangnya empat mata pelajaran dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).“Empat mata pelajaran itu ialah Bahasa Malaysia, Matematik, Bahasa Inggeris, Sains atau Fizik. Paling penting jaga kesihatan dan perlu tahu asas dunia penerbangan, seterusnya adalah memilih sekolah penerbangan yang sesuai dengan bajet kewangan sepanjang latihan atau berbentuk pembiayaan yang akan ditolak gaji apabila berkhidmat kelak,” katanya yang telah bersama MAS sejak 2007.Sesi bersama juruterbang yang mempunyai pengalaman membawa pesawat Airbus 330, Boeing 737-400 dan Boeing 737-800 itu adalah program jalinan perkongsian profesional menerusi ‘Career Talk: Meet The Pilot’ anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Marang dengan kerjasama Bernama Biro Terengganu, baru-baru ini.Ia adalah susulan tularnya laporan berita Bernama mengenai keunikan simulator hasil rekaan guru penyelaras kelab itu iaitu Syed Hasan Syukri Tuan Hadi pada 6 Jan lepas bagi mencipta suasana berada di dalam kokpit bagi meransang minat pelajar untuk menjadi juruterbang.Mohd Hairul, yang telah berkhidmat selama 14 tahun dengan MAS, berkata beliau begitu teruja apabila membaca berita itu kerana tidak semua murid di negara ini bertuah dapat menyertai Kelab Aeronautik dan mempunyai simulator untuk sesi latihan ‘penerbangan’ mereka di sekolah.“Apabila menerima undangan Ketua Biro Bernama Terengganu, Zalina Maizan Ngah untuk berkongsi pengalaman di SK Gong Nangka ini, saya terus bersetuju dengan harapan ia dapat meningkatkan motivasi murid terlibat agar dapat mencapai cita-cita mereka.“Hasil pemerhatian saya, ahli Kelab Aeronautik di sekolah ini sangat berbakat besar kerana dapat ‘mengendalikan pesawat’ dengan baik dan telah memahami asas penerbangan semoga mereka berjaya bergelar seorang juruterbang satu hari nanti,” katanya.Beliau turut menasihatkan ahli Kelab Aeronautik SK Gong Nangka untuk memohon program juruterbang kadet di MAS atau mana-mana syarikat penerbangan berdasarkan iklan dari semasa ke semasa kerana kebiasaannya, mereka akan terus diserap sebagai juruterbang sebaik menamatkan latihan.Mohd Hairul yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Putra Malaysia (UPM) mengikuti kursus latihan penerbangan di Sydney Flight Training Centre, Australia sebelum menamatkan latihannya di Asia Pacific Flight Training di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 2007.Perkongsian Facebook Mohd Hairul juga pernah tular dalam media sosial apabila berkongsi tips untuk menjadi seorang juruterbang ketika drama bersiri Suri Hati Mr Pilot menjadi ‘fenomena’ di negara ini pada tahun 2016.Sementara itu, Guru Besar SK Gong Nangka, Mohamad Samsuri Omar berkata program bicara kerjaya itu turut melibatkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara yang kebanyakannya adalah bekas ahli Kelab Aeronautik di SK Gong Nangka ketika bersekolah rendah.“Kami sangat berterima kasih kepada Bernama Biro Terengganu yang sudi membawa juruterbang MAS ini sebagai inspirasi murid agar terus melakar kecemerlangan dan mencapai impian mereka untuk memperoleh kerjaya dalam dunia penerbangan.“Semoga suntikan semangat yang diberi dapat melonjakkan lagi prestasi mereka dalam mata pelajaran Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) seterusnya mengharumkan nama sekolah,” katanya. — Bernama.

Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 4
 E-Buku IH-10: Siri 1
 E-Buku IH-53: Siri 2
 E-Buku IH-68: Siri 3

  E-Buku IH-103: Siri 4


Lihat sebelum ini..Landak 1: Peluang Jana Ekonomi, Ternaknya, Semuda...Landak 2: Khasiat..'lembek tertidur boleh bangun m...Landak 3: Ini Geliga Landak, Apa Rahsianya Pula?

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/02/budak-sekolah-kendali-pesawat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buasir Otak Tv Cinta Monyet Budak Sekolah

Buasir Otak Tv Cinta Monyet Budak Sekolah

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 595 hits
Masa zaman sekolah janganlah bercinta atau bercouple semuanya hanya cinta monyet yang takkan membawa kita ke mana mana Fokuslah pada pelajaran dan kejarlah cita cita dahulu itu yang lebih utama Dapatkan jawapannya dalam video animasi ini
Kegemaran Budak Dari Bangku Sekolah Lagi Ini 5 Fakta Wow Mengenai Milo Yang Korang Tak Sangka

Kegemaran Budak Dari Bangku Sekolah Lagi Ini 5 Fakta Wow Mengenai Milo Yang Korang Tak Sangka

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 923 hits
Sejak dari dulu lagi salah satu minuman kegemaran kita semua sebagai rakyat Malaysia sudah tentulah MILO Pastinya kita semua khususnya ketika dibangku sekolah pernah dilawati lori MILO yang mengagihkan air MILO secara percuma suatu ketika d...
Kkm Kenal Pasti 26 Hospital Kendali Kes Disyaki Koronavirus

Kkm Kenal Pasti 26 Hospital Kendali Kes Disyaki Koronavirus

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 360 hits
KUALA LUMPUR 27 JAN Kementerian Kesihatan Malaysia mengenal pasti 26 hospital di seluruh negara sebagai langkah kesiapsiagaan bagi mengendalikan kes disyaki jangkitan 2019 novel koronavirus yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut Ket...
Di Bully Oleh Guru Agamanya Sendiri Siswi Smk Di Anambas Trauma Sampai Mogok Sekolah Kasihan

Di Bully Oleh Guru Agamanya Sendiri Siswi Smk Di Anambas Trauma Sampai Mogok Sekolah Kasihan

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 264 hits
Ia disebut perempuan nakal sama gurunya sendiri Mirisnya teman teman dan guru lain juga pada ikutan
Harini Katanya Bermula Permulaan 100 Sekolah Dulu

Harini Katanya Bermula Permulaan 100 Sekolah Dulu

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 503 hits
Murid murid di 100 buah sekolah rendah di seluruh negara yang layak mendapat makanan menerusi Program Sarapan Percuma akan menikmati menu berkhasiat bermula hari ini Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Habibah Abdul Rahim berkata pihak yang b...
Mudahnya Balut Buku Sekolah Tabika Anak Dengan Pelekat Book Cover

Mudahnya Balut Buku Sekolah Tabika Anak Dengan Pelekat Book Cover

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 699 hits
hai assalammualaikumBalut Buku Sekolah Tabika Anak Hah bertahun jugala nad tinggalkan kerja balut balut buku ni Tahun 2020 ni juga kerja membalut buku kembali semula Hahaha Memang dari zaman sekolah balut buku ni la paling tak suka Tangan n...
Semakan Keputusan Kolej Vokesional Dan Sekolah Menengah Teknik 2020

Semakan Keputusan Kolej Vokesional Dan Sekolah Menengah Teknik 2020

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 324 hits
Kini anda sudah boleh membuat semakan keputusan Kolej Vokesional dan Sekolah Menengah Teknik bagi ambilan Januari 2020 Kepada murid murid lepasan PT3 khususnya berita baik ini untuk anda Mungkin rezeki anda berada di dalam bidang TVET Seben...
Syarat Papua Sejahtera Adalah Kemerdekaan Dari Penjajahan Lepas Dari Kendali System Kolonialisme Indonesia

Syarat Papua Sejahtera Adalah Kemerdekaan Dari Penjajahan Lepas Dari Kendali System Kolonialisme Indonesia

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 296 hits
PASTI 2 Kesejahteraan Dalam Penjajahan Omong Kosong Syarat Papua sejahtera adalah kemerdekaan dari penjajahan Lepas dari kendali system kolonialisme Indonesia Selama bangsa Papua masih terkungkung di bawah kolonialisme Indonesia tidak akan ...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense