Budak 8 Tahun Habiskan 2 Kotak Rokok Sehari


Agak sukar untuk mempercayai seorang kanak-kanak, Aldi Ilham, 8, yang berasal dari Sukabumi, Indonesia merokok di hadapan rumahnya dan boleh menghabiskan dua kotak rokok sehari tanpa dimarahi oleh ibu bapa.

Ketagihan merokok yang melanda segelintir kanak-kanak berusia bawah enam tahun di seluruh dunia harus ditangani segera

Dia yang mula merokok ketika berumur empat tahun itu enggan ke sekolah dan hanya bermain serta menghisap rokok sepanjang hari.

Walaupun jika dilihat pada umurnya, ia amat mengejutkan tetapi pemandangan sebegini bukanlah sesuatu yang asing di Indonesia. Dianggarkan satu juta kanak-kanak di Indonesia di bawah umur 16 tahun di negara itu menghisap rokok dengan satu per tiga daripada mereka merokok sebelum berumur 10 tahun.

Selain Aldi, seorang lagi kanak-kanak, Ardi Rizal yang kini berumur empat tahun pernah mengejutkan dunia kerana menghisap rokok sebanyak 40 batang rokok sehari ketika berusia dua tahun. Dia akan membuat perangai jika ketagihan rokoknya tidak dipenuhi.

Ardi menjadi terkenal setelah klip videonya sedang menghisap rokok tersebar luas di internet.

Aldi Ilham menghisap rokok sepanjang hari di rumahnya di Sukabumi, Indonesia

Hasil kaji selidik dengan sokongan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat yang disiarkan September lalu mendapati, kadar perokok lelaki Indonesia adalah yang tertinggi di dunia.

Hampir dua per tiga daripada golongan lelaki berumur lebih 15 tahun adalah perokok. Bilangan kanak-kanak yang menjadi perokok juga bertambah dengan peningkatan tujuh kali ganda dalam masa kurang sedekad.

Menteri Kesihatan Indonesia, Nafsiah Mboi mengakui bahawa negara itu sukar menghentikan tabiat merokok penduduknya.

"Hasil kajian juga mendapati hampir suku daripada golongan remaja di negara ini merupakan perokok tetap," ujarnya dalam satu temu bual bersama sebuah stesen televisyen, Channel 4 di Britain baru-baru ini.

Senario itu dilihat berikutan penguatkuasaan undang-undang yang amat lemah di Indonesia dan tiada had umur minimum ditetapkan bagi pembeli rokok selain tiada pendidikan mengenai bahaya rokok diberikan kepada penduduknya.

Indonesia sendiri adalah antara negara termasuk Korea Utara dan Zimbabwe yang gagal menandatangani perjanjian tembakau WHO yang melarang pengiklanan, promosi dan penajaan produk tembakau serta larangan terhadap jualan rokok kepada mereka di bawah umur.

Berdasarkan kod etika terbabit, tidak sepatutnya ada iklan rokok dalam lingkungan 100 meter dari kawasan sekolah. Tetapi realitinya, iklan berkenaan jelas dipaparkan pada papan iklan yang memaparkan merokok sebagai gaya hidup moden dan perlu diterima oleh semua golongan muda.

"Indonesia sukar menandatangani perjanjian itu kerana negara ini menerima hasil daripada cukai tembakau. Industri tembakau itu sendiri menyediakan kira-kira 10 juta peluang pekerjaan membabitkan 10 peratus daripada hasil negara secara keseluruhannya," jelas Nafsiah.

Mengikut WHO, tembakau dikaitkan dengan kematian sebanyak enam juta orang di seluruh dunia setiap tahun.

-Kosmo



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2012/12/budak-8-tahun-habiskan-2-kotak-rokok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budak 10 Tahun Bijak Mencari Duit Poket Rm100 Sehari

Budak 10 Tahun Bijak Mencari Duit Poket Rm100 Sehari

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 583 hits
Meskipun baru sahaja berusia 10 tahun namun usaha keras kanak kanak ini mencari wang nyata telah menyentuh hati seorang pemuda Dia yang memuat naik kisah kanak kanak yang dikenali sebagai Dafi itu berkata usaha yang dilakukan kanak kanak it...
Tak Sempat Hantar Sarapan Pada Ibu Ayah Budak 6 Tahun Maut Digilis Lori

Tak Sempat Hantar Sarapan Pada Ibu Ayah Budak 6 Tahun Maut Digilis Lori

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 525 hits
Niat seorang budak lelaki bernama Woorawut Sangtang 6 tahun mahu menghantar makanan kepada ibu bapanya yang sedang menoreh di kebun tidak kesampaian selepas dia maut dalam kemalangan Pada hari kejadian motorsikal yang dinaiki mangsa bersama...
Budak 4 Tahun Hilang 20 Batang Gigi Susu Kerana Ibu Bapanya Tak Perasan Gigi Anak Rosak Mereput

Budak 4 Tahun Hilang 20 Batang Gigi Susu Kerana Ibu Bapanya Tak Perasan Gigi Anak Rosak Mereput

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 1971 hits
Budak 4 tahun hilang 20 batang gigi susu kerana ibu bapanya tak perasan gigi anak rosak mereputSeorang doktor gigi di Hospital Patong di Phuket Thailand berkongsi di Facebooknya mengenai seorang pesakitnya yang mempunyai banyak gigi yang te...
Tak Tahan Mak Ayah Selalu Bertengkar Budak 11 Tahun Maut Selepas Terjun Dari Tingkat 39

Tak Tahan Mak Ayah Selalu Bertengkar Budak 11 Tahun Maut Selepas Terjun Dari Tingkat 39

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 726 hits
Tak tahan mak ayah selalu bertengkar budak 11 tahun maut selepas terjun dari tingkat 39Seorang kanak kanak perempuan berusia 11 tahun terjun dari tingkat 39 bangunan kediamannya pada 26 November lalu kerana tidak tahan dengan ibu bapanya ya...
Kisah Suami Menyesal Ceraikan Isteri Sebab Nak Kawin Budak Umur 23 Tahun Ustaz Syamsul Debat

Kisah Suami Menyesal Ceraikan Isteri Sebab Nak Kawin Budak Umur 23 Tahun Ustaz Syamsul Debat

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 646 hits
Kisah Suami Menyesal Ceraikan Isteri Sebab Nak Kawin Budak Umur 23 Tahun Ustaz Syamsul Debat Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Selama 2 Tahun Bocah Di Muratara Jadi Budak Seks Ayah Kandung

Selama 2 Tahun Bocah Di Muratara Jadi Budak Seks Ayah Kandung

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 1055 hits
Korban terpaksa melayani nafsu bejat ayahnya karena alasan klasik ada ancaman pembunuhan baik terhadap korban maupun ibu korban atau istri pelaku
Pegang Telefon Dicas Dengan Tangan Basah Budak 4 Tahun Direnjat Elektrik

Pegang Telefon Dicas Dengan Tangan Basah Budak 4 Tahun Direnjat Elektrik

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 564 hits
SEORANG kanak kanak perempuan maut terkena renjatan elektrik selepas menyentuh telefon bimbit yang sedang dicas menggunakan tangan basah Menurut mak sepupunya yang dikenali sebagai Cik Nana mangsa Nur Fadila 4 dipercayai baru sahaja selesai...
Pemerintah Suntik Rp105 T Pmn Dalam 4 Tahun Terbesar Untuk Pln Dan Hutama Karya

Pemerintah Suntik Rp105 T Pmn Dalam 4 Tahun Terbesar Untuk Pln Dan Hutama Karya

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 171 hits
Menteri Badan Usaha Milik Negara Erick Thohir menyatakan selama 4 tahun terakhir pemerintah telah menggelontorkan penyertaan modal negara sebesar Rp105 5 triliun ke BUMN Dari dana tersebut ada 2 perusahaan yang menyedot anggaran terbanyak y...
Erick Thohir Menteri Bumn Rapat Perdana Dengan Dpr Setelah Sempat Dicekal 4 Tahun

Erick Thohir Menteri Bumn Rapat Perdana Dengan Dpr Setelah Sempat Dicekal 4 Tahun

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 294 hits
Hubungan komunikasi Menteri BUMN periode sebelumnya dengan Komisi VI DPR sempat terganggu sehingga pada beberapa kali Rapat Kerja DPR dengan Kementerian BUMN diwakili oleh Menteri Keuangan Sri Mulyani
Dinner Di Grill Haven Ingatkan Kedai Jepun Rupanya

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

Selepas Himpunan Turun Anwar Apakah Ada Langkah Seterusnya

Rush To Build In Penang High Density Projects Sprouting Without Gazetted Local Plan

Allah Tahu Segalanya Walau Tak Pernah Kita Luah

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Kesihatan Lelaki Cabaran Kesedaran Dan Langkah Penjagaan Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi 7 Perusahaan Sosial Ayuh Malaysia Mula Operasi September

Bayi Berusia Setahun Menggigit Seekor Ular Tedung Hingga Mati

Mrsm Seluruh Negara Diisytihar Cuti Esok

Turun Anwar A Protest That Stirs Headlines

Should Motorcyclists Be Exempt From Highway Tolls

Holiday For Mara Junior Colleges After Rugby Championship Victory