Bubar Selepas Solat Jumaat Bajet 2023 Tak Sempat Dibentang


 agendaily.com
07/10/2022
Spekulasi dikalangan akar umbi UMNO mengatakan Parlimen akan dibubarkan selepas solat Jumaat hari ini.
Pelbagai spekulasi diperkatakan selepas selesai Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadapi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara semalam.

Walaupun tidak jelas hasil dan keputusan daripada pertemuan empat mata semalam antara kedua-dua ketua negara tersebut, namun dalam kumpulan Whatsapp UMNO dan Barisan Nasional (BN) seakan sudah meraikan dengan pelbagai ucapan tahniah kerana kejayaan mendapat perkenan daripada Tuanku untuk membubarkan Parlimen.

Sumber memaklumkan, kumpulan Whatsapp akar umbi UMNO dan Barisan Nasional (BN) dibanjiri dengan ucapan tahniah seakan sudah mendapat kejayaan untuk meneruskan juga rancangan mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) pada tahun ini.

Malah, Ismail Sabri sendiri setakat ini tidak memberikan sebarang kenyataan rasmi sama ada Parlimen dibubarkan atau tidak sejak pertemuan semalam berlangsung, boleh dikatakan masih belum ada kepastian yang jelas dan sebarang kemungkinan boleh berlaku.

Namun, sumber dalaman UMNO memberitahu cadangan pembubaran Parlimen merupakan pendirian parti tersebut yang tetap mahu PRU-15 diadakan pada tahun ini juga.

Semalam, Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong, selama kira-kira 45 minit di Istana Negara.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dilihat tiba di pintu masuk Istana Negara jam 3.48 petang tadi, sebelum kenderaan Toyota Alphard berwarna putih membawa beliau keluar kira-kira jam 4.45 petang semalam.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mengesahkan mesyuarat Kabinet akan diadakan esok (Jumaat), memberi isyarat kemungkinan Parlimen tidak akan dibubarkan pada hari berkenaan.

Dalam pada itu, Istana Negara juga semalam (6 Oktober 2022) menjelaskan pertemuan Ismail Sabri dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hanyalah aktiviti mingguan dengan Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan rasmi selepas Baginda berkenan menerima menghadapi Ismail Sabri, Istana Negara berkata pertemuan itu adalah untuk mesyuarat Pra-Kabinet.

“KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap YAB Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri bin Yaakob untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara, hari ini.

“Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama YAB Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu tidak menyebut langsung mengenai Perdana Menteri memohon perkenan untuk membubarkan Parlimen.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/bubar-selepas-solat-jumaat-bajet-2023.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bajet 2023 Perlu Dibentang Semula Selepas Kerajaan Baharu Dibentuk

Bajet 2023 Perlu Dibentang Semula Selepas Kerajaan Baharu Dibentuk

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 132 hits
Bajet 2023 Perlu Dibentang Semula Selepas Kerajaan Baharu Dibentuk Tan Sri Azhar Azizan Harun Yang Dipertua Dewan Rakyat Parlimen bubar bagaimana dengan Bajet 2023 Bajet yang bertemakan Keluarga Malaysia Makmur Bersama itu mencetuskan perso...
Belanjawan Dibentang Semula Jika Pru Sebelum Bajet 2023 Dilulus

Belanjawan Dibentang Semula Jika Pru Sebelum Bajet 2023 Dilulus

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 149 hits
Belanjawan negara untuk tahun depan dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini 7 Oktober 2022 Belanjawan baharu perlu dibentangkan semula di Dewan Rakyat sekiranya Pilihan Raya Umum Ke 15 diadakan sebelum Bajet 2023 diluluskan oleh Parlimen Pemb...
Jangan Bubar Parlimen Sebelum Lulus Bajet 2023

Jangan Bubar Parlimen Sebelum Lulus Bajet 2023

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 147 hits
Jangan bubar Parlimen sebelum lulus bajet 2023Posted By on October 09 2022Usai pembentangan Belanjawan 2023 pemimpin BN diingatkan agar meluluskan belanjawan itu terlebih dahulu sebelum berkira kira membubarkan Parlimen Bagi Ahli Parlimen P...
Pru 15 Selepas Bentang Bajet 2023 Bakal Jadi Kenyataan Pm Setuju Arahan Presiden

Pru 15 Selepas Bentang Bajet 2023 Bakal Jadi Kenyataan Pm Setuju Arahan Presiden

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 148 hits
agendaily com1 10 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Naib Presidennya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya faham kenapa PRU 15 perlu disegerakan Pengumuman UMNO semalam bahawa Perdana Menteri akan mempersembahkan ...
Bajet 2023 Dnb Akan Perluas Rangkaian 5g Di Seluruh Negara

Bajet 2023 Dnb Akan Perluas Rangkaian 5g Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 155 hits
Dalam pembentangan Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul pelbagai bantuan dan penambahbaikan telah diumumkan termasuk dari segi infrastruktur digital dan capaian internet Bagi tahun 2023 kerajaan mengumumkan Digital Nasional Berhad...
Bajet Bkm 2023

Bajet Bkm 2023

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 161 hits
BAJET BKM 2023 Rakyat Malaysia pasti tidak sabar menanti pengumuman sempena Bajet 2023 Pelbagai insentif serta bantuan yang bakal dinikmati oleh semua rakyat Malaysia hasil pembentangan bajet tersebut Bajet 2023 akan terus mengutamakan kese...
Bajet 2023 Untuk Penjawat Awam

Bajet 2023 Untuk Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 183 hits
Bajet 2023 Untuk Penjawat Awam Jika anda seorang kakitangan kerajaan pasti tidak sabar menunggu apakah habuan yang akan diterima pada Bajet 2023 kali ini Jadi izinkan kami kongsikan ringkasan intipati Bajet 2023 untuk penjawat awam yang aka...
Bajet 2023 Kerajaan Akan Sedia 100 Liputan Internet Di Kawasan Berpenduduk

Bajet 2023 Kerajaan Akan Sedia 100 Liputan Internet Di Kawasan Berpenduduk

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 135 hits
Pada Bajet 2023 Menteri Kewangan Tengku Zafrul juga telah mengumumkan perkembangan terkini jaringan digital yang meliputi projek Jalinan Digital Negara Fasa 2 suggest Di bawah projek JENDELA Fasa 2 kerajaan akan menyediakan 100 liputan inte...
Bajet 2023 Kerajaan Tubuh Pusat Respons Scam Kebangsaan Untuk Tangani Penipuan Dalam Talian

Bajet 2023 Kerajaan Tubuh Pusat Respons Scam Kebangsaan Untuk Tangani Penipuan Dalam Talian

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 146 hits
Setiap hari jenayah penipuan dalam talian atau online scam menjadi isu global yang semakin serius di Malaysia Bagi menangani isu penipuan dalam talian Menteri Kewangan Tengku Zafrul mengumumkan beberapa langkah Antaranya termasuk menubuhkan...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Kaswi Gula Melaka

Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah