Tok Mat Mahu Pru15 Lebih Awal Kerana Ingin Jadi Pm Nazri


 
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mendesak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana mempunyai agenda peribadi untuk bertanding kerusi Parlimen dan seterusnya menjadi perdana menteri, kata veteran parti itu, Mohamed Nazri Aziz.
Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, tindakan itu dijangka ekoran kes mahkamah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang menyebabkan tidak boleh diletakkan sebagai calon perdana menteri.
“Kalau kita buat macam itu (bubarkan Parlimen), kita dilihat mementingkan parti, bukan rakyat. Nampak sangat masa ini dia (Mohamad) hanya fikirkan diri dia,” kata Nazri kepada MalaysiaNow.
Dia hendak tanding Parlimen, kalau menang dia jadi perdana menteri, itu kepentingan dia.”
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat semalam menyeru agar PRU15 diadakan segera kerana pembangkang sedang lemah dan berpecah.
Dalam ucapan pembukaan Perhimpunan Agung Pemuda, Wanita dan Puteri, beliau turut menyatakan Umno tidak boleh bergantung harap kepada memorandum persefahaman (MoU) dengan pihak pembangkang untuk kekal menjadi kerajaan.
Namun bagi Nazri, hujah itu tiada merit.
Blok pembangkang katanya mampu untuk belajar daripada kelemahan-kelemahan mereka sepanjang beberapa siri pilihan raya negeri (PRN) yang diadakan sebelum ini.
“Mereka sudah tahu kalau dia berpecah akan kalah, maka lepas ini  mereka akan duduk berbincang dan bahagikan kerusi betul-betul, seperti yang dibuat pada PRU14.
“Kalau bertembung one-on-one, kita (Barisan Nasional) akan kalah,” katanya.
Beliau merujuk kepada PRN Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor yang menyaksikan kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH) di kesemua negeri itu.
Nazri turut menyelar seruan membubarkan Parlimen oleh Mohamad yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Rantau itu sebagai kebudak-budakan.
Ini kerana katanya, seruan itu dilihat membelakangkan hak Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
“Tok Mat tak faham Perlembagaan. Salah satu kuasa Agong ialah membubarkan Parlimen. Walaupun dinasihati perdana menteri, kalau baginda rasakan banyak isu belum selesai, baginda tidak akan setuju.
“Kita dengan pihak istana ini kena berunding. Pada masa-masa lepas, perdana menteri tak pernah menzahirkan sama ada Parlimen kena bubar, semua orang hanya mampu berspekulasi.
“Dahulu mana ada Dr Mahathir umum bila hendak bubar. Dia faham Perlembagaan, tak boleh umum selagi tidak berunding dengan Istana,” katanya.
Perhimpunan Agung Umno 2021 bermula semalam sehingga 19 Mac.
Antara isu yang dijangka menghangatkan pentas ialah pembubaran Parlimen, kerjasama dengan PAS dan krisis kepimpinan di Johor.
Seramai 5,571 perwakilan dijangka hadir ke perhimpunan tahunan itu.
Dalam pada itu, Nazri menyeru perwakilan agar meletakkan keutamaan kepada memperbetulkan parti Melayu terbesar itu.
“Caranya mereka perlu minta pemilihan parti diadakan. Pentadbiran Umno hari ini hanya caretaker sahaja.
“Kalau Tok Mat kata pemilihan akan pecah-belahkan Umno, dia yang sebenarnya hendak pecah-belahkan Umno. Tiada peluang jadi menteri, dia mengugut,” katanya.
Sebelum ini, MalaysiaNow melaporkan Zahid akan menggunakan perhimpunan tersebut untuk menekan Perdana Menteri Ismail Sabri membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15.
Ini kerana PRU15 yang lebih awal daripada pemilihan Umno dilihat akan menyelamatkan karier beliau yang dibebani 47 pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa berkaitan Yayasan Akal Budi ketika menjadi timbalan perdana menteri di zaman pentadbiran Najib Razak.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/tok-mat-mahu-pru15-lebih-awal-kerana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Desakan Pru 15 Disegerakan Nazri Dakwa Tok Mat Mahu Pm

Desakan Pru 15 Disegerakan Nazri Dakwa Tok Mat Mahu Pm

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 129 hits
Pemimpin Umno Nazri Aziz mendakwa timbalan presiden parti itu Mohamad Hasan menyimpan cita cita untuk menjadi perdana menteri selepas dia mencadangkan agar PRU15 tidak dilengahkan Menurut portal Malaysia Now Nazri berkata Mohamad hanya memi...
Tok Mat Wants To Be Pm Says Nazri Aziz On Calls For Early Polls

Tok Mat Wants To Be Pm Says Nazri Aziz On Calls For Early Polls

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 212 hits
Umno veteran Mohamed Nazri Aziz today said that deputy president Mohamad Hasan had called for the 15th general election to be held this year as he wished to contest a parliamentary seat and go on to become the prime minister The Padang Reng...
Kerjasama Dengan Pembangkang Sebenarnya Sangat Sukar Tok Mat

Kerjasama Dengan Pembangkang Sebenarnya Sangat Sukar Tok Mat

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 131 hits
Kerjasama dengan pembangkang sebenarnya sangat sukar Tok Mat Kerajaan perlu menilai semula kedudukan kerjasama dan Memorandum Persefahaman bersama Pakatan Harapan selepas pembangkang menentang usul melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4...
Mati Lima Tahun Lebih Awal Jika Obes Pada Usia Pertengahan

Mati Lima Tahun Lebih Awal Jika Obes Pada Usia Pertengahan

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 351 hits
WASHINGTON Satu kajian di Amerika Syarikat mencadangkan bahawa seseorang individu akan mengalami pengurangan jangka hayat sehingga lima tahun sekiranya menjadi obes pada usia pertengahan lapor portal berita MailOnline semalam Kajian itu dij...
Bubar Parlimen Awal Bukan Jaminan Bn Pasti Menang Pru15

Bubar Parlimen Awal Bukan Jaminan Bn Pasti Menang Pru15

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 169 hits
Berdasarkan ucapan perasmian Perhimpunan Agung Wanita Pemuda dan Puteri UMNO oleh Timbalan Presiden Mohamad Hasan malam semalam sebagaimana dijangka adalah jelas bahawa mendesak PRU15 diadakan dengan segera akan menjadi agenda utama PAU kal...
Call For Ge15 Mat Hasan Only Thinking Of Himself Wants To Be Pm Nazri

Call For Ge15 Mat Hasan Only Thinking Of Himself Wants To Be Pm Nazri

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 153 hits
Umno leader Nazri Abdul Aziz has claimed that party deputy president Mohamad Hasan is eyeing the position of prime minister after the latter called for the 15th general election to be held without waiting any longer Nazri reportedly said th...
Mat Hasan Nak Jadi Pm Pentingkan Agenda Peribadi Sebab Itu Desak Pru Awal

Mat Hasan Nak Jadi Pm Pentingkan Agenda Peribadi Sebab Itu Desak Pru Awal

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 154 hits
agendaily com17 3 2022Bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Nazri Aziz Bercita cita besar mahu menjadi Perdana Menteri menjadi punca Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan terburu buru menggesa supaya Pilihan Raya Umum Ke 15 ...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik