Bubar Bn Penghinaan Pada Pemimpin Umno


By watan on December 4, 2018


Resolusi Perhimpunan Agung MCA Ke -65 yang berakhir petang Ahad yang mahu parti Barisan Nasional (BN) dibubarkan mendapat kecaman dari kepimpinan UMNO sekaligus menganggap suatu penghinaan pada pimpinan parti itu.

Rata-rata menggesa MCA segera keluar dari gagasan itu tanpa sebarang syarat dan ianya akan memudahkan UMNO dan parti komponen untuk membangunkan semula BN.

MCA juga sebagai salah satu parti komponen BN perlu menyedari bahawa cadangan itu adalah tidak wajar kerana ianya perlu dilaksanakan secara konsensus bersama empat lagi ahli BN.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan MCA tidak berhak untuk mencadangkan pembubaran BN kerana perlu mendapat persetujuan bersama parti komponen lain.

Zahid berkata, BN menghormati pandangan parti komponennya itu dan tentunya mereka tahu apa yang harus dilakukan untuk memperkukuhkan parti MCA sendiri kerana dalam Parlimen, mereka cuma tinggal satu kerusi yang majoriti pengundinya Melayu.

“Jadi, mereka harus tahu kedudukan sebenar mereka jika mahu terus relevan dalam landskap politik negara kita,” katanya ketika ditemui media, di lobi Parlimen, Isnin.

Sementara itu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa MCA supaya segera meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan tidak seharusnya mengheret parti komponen lain ke dalam polemik dalamannya.Keputusan perwakilan MCA untuk membubarkan BN menunjukkan ia tidak mahu dilihat meninggalkan BN sendirian dan dipersalahkan jika keputusan itu dianggap langkah ke belakang dalam sistem demokrasi negara.

“Sebagai parti yang berprinsip, MCA harus lebih tegas. Keluar sahaja dari BN seperti parti-parti lain yang telah meninggalkan BN tanpa syarat.

“Saya sangat berterima kasih jika MCA segera meninggalkan BN. Kita tidak boleh punya rakan yang membebankan ketika kita berada dalam kedudukan paling susut dalam perjalanan politik kita dan tidak mahu memikul tanggungjawab atas kekalahan.

“Dalam politik, yang dituntut ialah perjuangan yang bermaruah dan budaya politik yang benar dan baik. Jika kemenangan sahaja ukuran untuk perjuangan politik, maka itu adalah ‘perdagangan’ dan bukan perjuangan.

BN bukan bahan dagang. Dalam baik dan lemahnya, BN adalah perjuangan untuk sebuah Malaysia yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamad berkata, parti komponen lain iaitu UMNO, MIC, MyPPP dan PBRS telah menegaskan bahawa BN akan terus menjadi platform yang dipertahan dan diperjuangkan serta percaya bahawa sistem dua parti dalam arena politik Malaysia mesti diperkuatkan.

Ujar beliau, cadangan MCA untuk menubuhkan gabungan baharu juga tidak akan banyak bezanya dengan BN lebih-lebih lagi jika ia hanya dianggotai parti-parti bukan dari Pakatan Harapan
Beliau berkata, mewujudkan semula satu gabungan parti baharu hanyalah perubahan kosmetik dan BN memerlukan lebih daripada penjenamaan nama dan logo.

“Rakyat Malaysia akan terus ingat segala kebaikan dan kekurangan, mahupun kesalahan BN dan mereka juga tahu bahawa jalan sebaiknya adalah BN menghadapi semua kelemahannya dan membaikinya dengan bersungguh-sungguh,” ujarnya.

Beliau mengingatkan MCA bahawa BN adalah instrumen politik paling berjaya dalam membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara perdagangan, perindustrian dan membangun paling berjaya dalam tempoh 60 tahun.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, MCA tidak perlu menghina kempimpinan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO, sebaliknya boleh terus keluar dari BN tanpa perlu membawa usul untuk membubarkan parti itu.

Menurut beliau , kepimpinan MCA tidak perlu mengguna BN sebagai tempat melepaskan geram denganserangan yang berterusan. MCA sepatutnya tahu pintu keluar tanpa perlu mengemukakan usul untuk membubarkan BN.”

Reezal yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas menyifatkan isu yang dibangkitkan MCA itu merupakan langkah terdesak untuk menunjukkan strategi politik ala ‘gung-ho’ mereka tanpa memberi apa-apa momentum.

Kata Reezal,, MCA sepatutnya lebih matang berpolitik dan sebarang isu berkaitan BN perlu dibincangkan di Dewan Tertinggi BN.

“Ini merupakan perlembagaan BN. Kenapa perlu ada usul untuk membubarkan BN,” tanya beliau.

“Helah politik MCA yang memualkan ini perlu dihentikan segera. Kemaskan beg dan sila keluar. Tidak perlu hendak berdrama,” tegasnya.

Wartawan Watan Online

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/bubar-bn-penghinaan-pada-pemimpin-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Umno Enggan Ulas Najib Dakwa Kerajaan Ditipu Jho Low

Pemimpin Umno Enggan Ulas Najib Dakwa Kerajaan Ditipu Jho Low

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 401 hits
November 22 2018 6 13 PM Ismail Sabri Yaakob Noh Omar dan Nazri Aziz KUALA LUMPUR Tiga pemimpin Umno enggan mengulas lanjut berhubung kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengaku kerajaan pimpinannya ditipu ahli perniagaan Low Taek Jho ata...
Pemimpin Umno Nafi Komplot Singkir Zahid

Pemimpin Umno Nafi Komplot Singkir Zahid

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 274 hits
MALAYSIAKINI Beberapa pimpinan Umno termasuk anggota parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menafikan mereka terlibat dalam usaha menyingkirkan presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi Saya tak tahu apa apa kalau ada sebarang usaha tidak melibatkan...
Pemimpin Umno Pas Warnai Himpunan 812 Rileksmedia

Pemimpin Umno Pas Warnai Himpunan 812 Rileksmedia

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 550 hits
MERIAH Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang antara pemimpin parti politik yang hadiri himpunan DaulatHimpunan812 Turut kelihatan ialah Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan se...
Kerajaan Bantu Bersihkan Pemimpin Xboleh Pakai Dalam Umno 8772

Kerajaan Bantu Bersihkan Pemimpin Xboleh Pakai Dalam Umno 8772

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 304 hits
Terima kasih Kerajaan Malaysia Tanpa kita sedari Kerajaan Persekutuan membantu Umno secara undang undang membersihkan parti itu dari terus dipimpin oleh individu yang tidak boleh pakai kaki songlap tidak jujur tidak amanah suka melanggar la...
Pemimpin Pas Lemah Benarkan Diri Diperguna Umno

Pemimpin Pas Lemah Benarkan Diri Diperguna Umno

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 371 hits
KUCHING Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad menyifatkan barisan kepimpinan Pas kini semakin lemah sehingga membenarkan diri mereka dipergunakan oleh Umno khususnya dalam soal Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Ben...
Pemimpin Umno Perguna Pemimpin Pas Isu Icerd Kata Khalid Samad

Pemimpin Umno Perguna Pemimpin Pas Isu Icerd Kata Khalid Samad

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 317 hits
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Abdul Samad menyifatkan barisan kepimpinan Pas kini semakin lemah sehingga membenarkan diri mereka dipergunakan oleh UMNO khususnya dalam soal Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segal...
Kes Besar Sprm Tumpu Pemimpin Umno Kata Pm

Kes Besar Sprm Tumpu Pemimpin Umno Kata Pm

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 290 hits
Foto Sinar HarianPUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamed berkata siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap pemimpin Umno bukan disebabkan mereka daripada parti itu tetapi kerana pelakuan jenayah Perdana Menteri berkata SPRM me...
Penyokong Umno Sepatutnya Telah Menghentikan Usaha Memperaga Pemimpin Jahat Nauzubillahminzalik 8793

Penyokong Umno Sepatutnya Telah Menghentikan Usaha Memperaga Pemimpin Jahat Nauzubillahminzalik 8793

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 332 hits
Siapa sangka Umno akan down dan itu sebab kononnya kecurangan mereka akan tertutup hingga ke hari Kiamat Tidak usah mempermainkan isu perkauman dan Islam dalam usaha menutup gaung penyelewengan isu sebenar pemimpin Umno yang jahat dan tentu...
Pemimpin Umno Disiasat Sprm Kerana Pelakuan Jenayah

Pemimpin Umno Disiasat Sprm Kerana Pelakuan Jenayah

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 222 hits
21 November 2018 7 46 PM PUTRAJAYA nbsp Tun Dr Mahathir Mohamed berkata siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap pemimpin UMNO bukan disebabkan mereka daripa
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization