Buat Tuntutan Mysalam Jika Anda Bekas Pesakit Covid19
Buat tuntutan Mysalam jika anda bekas pesakit Covid19 | Assalamualaikum dan salam sejahtera. baru-baru ini aku ada dapat mesej berkaitan Mysalam. Katanya aku layak untuk buat tuntutan mysalam pesakit covid. Pelik juga, sebab tak tahu pun boleh “claim” dengan mysalam ni. Dan tak fikir panjang, terus masuk ke laman web yang diberi dan isikan data yang diperlukan dan tunggu tuntutan ini diluluskan.
Tuntutan mysalam 2022 Bercerita mengenai mysalam ini, bagi mereka yang menerima bantuan prihatin rakyat (BPR), maka korang secara automatiknya layak menerima manfaat daripada mysalam ini. Tuntutan bukan sahaja untuk covid malah ada banyak lagi antaranya adalah penyakit kritikal. Namun dalam perkongsian aku kali ini, aku Cuma kongsikan tuntutan mysalam untuk covid 19 sahaja.
Untuk kes aku, aku buat tuntutan mysalam bagi kuarantin di rumah. Sebabnya, aku diminta untuk kuarantin dirumah selama 7 hari (bagi yang lengkap vaksin katanya). Namun, di dalam borang tuntutan, kita di minta untuk isikan nama hospital berkaitan. Mulanya aku risau juga, boleh ke buat tuntutan jika kita sekadar kuarantin di rumah?
Di dalam bahagian “soalan lazim” yang ada di dalam laman web mysalam, pada no 29 ada dinyatakan di mana ada soalan:
Adakah diagnosis atau rawatan berkaitan COVID-19 perlu dijalankan di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang disenaraikan melalui laman web mySalam sahaja?
Dan jawapannya tidak. Manfaat pengantian pendapatan akan dibayar jika korang dimasukkan di hospital atau pusat kuarantin yang ada kemudahan hospital serta pusat kuarantin yang tidak mempunyai kemudahan hospital atau kuarantin di rumah (home quarantine).
Ha, Nampak tak? Kalau korang disahkan sebagai pesakit covid dan diminta atau telah menjalani kuarantin selama 7 atau 14 hari, maka korang layak untuk membuat tuntutan mysalam covid 19!
Tuntutan mysalam covid berapa lama? Mengikut info yang dikongsikan di dalam laman web mysalam, proses tuntutan adalah 10 hari bergantung kepada dokumen yang korang bagi. Jika lengkap, maka cepatlah prosesnya. Jika tidak, ianya mungkin akan memakan masa yang lebih lama.
Dan jika tuntutan mysalam lulus, pembayaran akan dibuat dalam masa 2 hingga 3 hari bekerja. Bayaran tuntutan sehari adalah sebanyak RM50. Dan mengikut pemahaman aku, jika korang kuarantin selama 7 hari, korang akan memperolehi bayaran tuntutan sebanyak RM350.
Proses tuntutan mysalam covid. Bagi korang yang ingin membuat tuntutan mysalam untuk covid 19, korang boleh layari laman web ini :
Kemudian pergi pada bahagian tuntutan :
Kemudian klik pada bahagian Penyerahan Tuntutan:
Dan pada bahagian bawah sekali, klik pada bahagian Tuntutan Hospitalisasi:
Isikan maklumat yang diperlukan kemudian tekan hantar.
Dan berikut merupakan Dokumen yang diperlukan bagi membuat tuntutan mysalam covid
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2022/03/buat-tuntutan-mysalam-jika-anda-bekas.html