Buat Tong Kompos Mudah Dari Papan Pallet Making Simple Compost Bin From Pallet Planks
Komposter jaring tidak lagi dapat menampung pertambahan sisa² kebun yang semakin bertambah.
Komposter jaring juga sudah mulai mereput dan rapuh.
Pertambahan kawasan penanaman dan pertambahan jenis tanaman meningkatkan hasil pengumpulan sisa² organik kebun
Oleh itu, 3 tong kompos akan dibuat untuk mengendalikan proses pengomposan supaya lebih teratur
Tong kompos atau compost bin ini akan dibuat dari papan pallet
Untuk satu tong kompos a.k.a compost bin perlukan lebih kurang setengah hari untuk disiapkan
Tong kompos no. 1 - untuk sisa² organik yang baru ( kompos permulaan )
Tong kompos no. 2 - untuk kompos separuh siap / separuh matang
Tong kompos no. 3 - untuk kompos siap / matang
Masa proses pengomposan berlaku di dalam tong kompos bergantung kepada kapasiti tong kompos, jenis bahan² kompos, samada terdapat penggunaan bahan2 penggalak, aktiviti menggaul bahan² kompos dan cuaca
Komposter jaring yang sudah mulai mereput
Sisa² organik kebun makin bertambah
Rekaan / design yang ringkas dan mudah, untuk dinding belakang
Dinding bahagian tepi sebelah kiri
4 set papan pallet diperlukan
Proses memaku papan pallet
Dah siap 3 dinding ( 1 belakang & 2 tepi ) manakala bahagian depan adalah kepingan papan gelongsor / sliding
Perlu penambahan kaki hadapan untuk mengelakkan dari dinding tepi bergerak
Pemasangan dinding belakang dan dipaku
Hampir siap rekaan tong kompos / compost bin dari papan pallet
Bahagian depan adalah papan gelongsor / slider untuk memudahkan pengurusan kompos
Bahagian depan selesai ditutup, boleh dibuka jika perlu
Perlukan 3 tong kompos macam ni
Pandangan atas, isipadu hampir 1m³
Potongan rumput adalah antara sisa² kebun yang boleh dikomposkan
Hujan dan panas akan mempercepatkan proses pengomposan atau pereputan sisa² organik kebun menjadi kompos
Video proses membina tong kompos atau compost bin untuk halaman rumah kebun bandar JTS seperti di bawah :
Link video : https://youtu.be/GkPYNdTwBS4
Selamat berkebun ..
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah
Artikel berkaitan :
1. https://jomtanamsayur.blogspot.com/2021/11/pindah-tanam-anak-pisang-rastali-ke.html
2. https://jomtanamsayur.blogspot.com/2021/11/tebang-pokok-betik-betina-di-batas.html
3. https://jomtanamsayur.blogspot.com/2021/11/projek-mengganti-dinding-batas-timbun.html
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://jomtanamsayur.blogspot.com/2021/11/buat-tong-kompos-mudah-dari-papan.html