Buat Sendiri Kimchi Halal Murah Sedap Dan Bersih



Kekny sememangnya penggemar Kimchi. Taklah makan selalu, tapi jika teringin betul betul baru buat. Kat rumah ni adik adik pun suka. Kimchi paling sedap makan dengan mee segera goreng atau mee segera kari. Fuhh terangkat habis lah. Patut orang Korea makan Ramyeon je mesti ada Kimchi. Tapi depa ni segalanya Kimchi kan. Kimchi dah macam makanan ruji padahal ianya sekadar jeruk atau side dish. Ok jom Kekny nak share resepi Kimchi yang sangat mudah, murah dan bersih serta terjamin halal


Buat Sendiri Kimchi, Murah Sedap dan BersihKekny pernah share resepi Kimchi ni dulu kat SINI dan SINI. Kali ini Kekny dah tambah baik resepi supaya lebih sedap. 
Apakah Kimchi

Kimchi dihidangkan dengan Beef Bulgogi  KLIK untuk Resepi Beef Bulgogi 

Bagi yang tak tahu, kimchi ialah sejenis hidangan sampingan korea iatu terdiri daripada sayur yang dijeruk dan kemudian digaulkan dengan pes lada. Kimchi boleh terdiri dari pelbagai jenis sayuran iaitu lobak putih (daikon radish), timun, daun bawang atau kucai. Tetapi yang selalu dibuat ialah kimchi dari kobis Napa (kobis panjang) dan lobak putih. Rasa kimchi sedikit masin, masam (jika diperam lama dan ada yang sedikit manis. Kimchi juga boleh disediakan segera dimakan contohnya kimchi timun dan daun bawang. Hanya gaulkan dengan garam dan sedikit gula, dan kemudian digaul dengan pes cili dan orang korea suka campurkan sirap air gula untuk memberi rasa manis dan mengurangkan pedas pes cili didalam kimchi. Selain itu bawang putih dan halia juga digunakan dalam resepi kimchi
Kebaikan KimchiKimchi ni sebenarnya bukan sekadar makanan jeruk atau diawet. Kita mungkin akan salah sangka bahawa kimchi ni tak bagus untuk kesihatan kerana kandungan garam dan gula yang mungkin tinggi. Tetapi kimchi mempunyai unsur probiotik yang bagus untuk badan kita. Kimchi dikatakan mempunyai antioksidan untuk menyembuhkan kanser, penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Kandungan flavoinids dan probiotik yang tinggi dalam kimchi mampu melawan penuaan, menguatkan immune system dan seterusnya meningkatkan tahap kesihatan kita. Sebab tu orang korea ni lawa-lawa dan cantik kan hehehe.



Resepi Kimchi Halal Dan Mudah
Bahan-bahan Resepi Kimchi1 biji kobis panjang, dibelah 2 atau 4 memanjang. Saya belah 41/2 cawan garam halus timbang (bukan garam halus dalam pack beli kat supermarket tu)2 biji lobak merah - dihiris menjadi batang mancis1 ikat daun bawang, dipotong memanjang1/2 cawan serbuk cili merah - saya paka brand Faiza
Bahan bubur / kanji Untuk Resepi Kimchi3 sudu besar tepung beras2-3 sudu besar gula1 cawan air
Bahan kisar Untuk Resepi Kimchi1 ulas bawang besar kuning1 biji pear gong (pear kulitnya warna emas) - boleh juga pakai 2 biji pear kuning biasa3 ulas bawang putih1 1/2 inci halia1 sudu besar udang kering tanpa kulit ( boleh juga gantikan dengan ikan bilis)2-3 sudu besar gula (ikut kemanisan) 1 sudu besar sos ikan

Penyediaan kobis jeruk untuk Resepi KimchiKobis dibersihkan. Sapu garam pada setiap helaian kobis. Tetapi jangan ceraikan kobis tu dari pangkal bawah ya. pastikan setiap bahagian kobis kena garam. Biarkan selama 5 jam. Kobis akan mengecut dan layu

Selepas 5 jam, cuci semua garam dari kobis. Rasa kobis tu, jika masih masin, cuci lagi. Lepas cuci,  perah air dari kobis sehingga kobis kering. Tapis dan biarkan seketika

Nak senang tengok video yang saya upload di You Tube ni




Penyediaan kanji KimchiKacau rata tepung pulut dan air bersama gula. Masak sekejap sehingga pekat dan jadi seperti bubur. Jika terlalu pekat tambah air sedikit

Penyediaan bahan kisarMasukkan semua bahan kisar kedalam mesin pengisar. Masukkan bubur/kanji yang dimasak tadi setakat boleh pusing je mesin pengisar tu. Jangan masukkan semua ye. Masukkan panas-panas pun takpa

Kisar sehingga semua bahan halus

Cara penyediaan kimchiDalam mangkuk, satukan bahan kisar dan serbuk cili. Gaul rata. Jika tawar tambah sedikit garam dan sedikit gula. Tetapi jangan terlalu masin kerana kobis tadi sudah sedikit masin. Gula pula untuk mengaktifkan bakteria. Jika terlalu pekat, boleh tambah lagi lebihan bubur/kanji tadi
Masukkan juga lobak merah dan daun bawang kedalam bahan sos kimchi tadi. gaul rata. Sos kimchi kini sedia disapu pada kobis
Ambil kobis jeruk yang diperah, sapu sos kimchi pada setiap helaian kobis sehingga semua bahagian dilumuri dengan sos. Masukkan kedalam bekas bertutup dan biar sehingga 1-2 hari sehingga kimchi menapai

Selepas nampak ada naik sedikit buih. kimchi sedia diamakan. Jika kimchi dah rasa masam sedikit, bolehla masuk dalam peti sejuk bagi memperlahankan atau menghentikan proses penapaian supaya kimchi tak terlalu masam jadinya. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.enyabdullah.com/2020/10/buat-sendiri-kimchi-halal-murah-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Farmgrill Kambing Perap Halal Bersih Dan Sedap

Farmgrill Kambing Perap Halal Bersih Dan Sedap

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 831 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga semua rakan rakan sekalian Kerajaan baru jer semalam umumkan lanjutan PKPB kat area Kuala Lumpur Putrajaya dan Selangor untuk tempoh lagi 14 hari Korang rasa tak mati k...
Takoyaki Frozen Murah Dan Sedap Dari Seikatsu Premium Takoyaki

Takoyaki Frozen Murah Dan Sedap Dari Seikatsu Premium Takoyaki

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 385 hits
hai assalammualaikumTakoyaki Frozen Murah Dan Sedap Dari Seikatsu Premium Takoyaki Mesti ramai suka makan Takoyaki kan Lagi best kalau dapat isi sotong ayam udang yang penuh bukan tepung semata je hehee Sekarang susah nak jumpa kedai takoya...
Homemade Kek Sedap Dan Murah Di Melaka

Homemade Kek Sedap Dan Murah Di Melaka

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 1428 hits
Assalamualaikum Tiap kali ada sebarang tarikh istimewa Ayue mesti cari kek untuk meraikan terutama bila ada birthday Tak kira lah birthday anak ke birthday suami ke mak ke kek ni macam benda wajib pula Bukan apa saja lah nak meraikan hari k...
Hokkien Prawn Mee Halal Dan Murah Di Kuala Lumpur

Hokkien Prawn Mee Halal Dan Murah Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 293 hits
Alhamdulillah Hari ni dah hari ke 10 dalam Tahun 2020 dan ini first entry aku untuk tahun ni First entry dah cerita tentang makan Eyza dan makan berpisah tiada Hahaha Sape kat sini peminat Hokkien Prawn Mee atau Hor Fun Aku ni boleh dikatak...
Resipi Cucur Ikan Bilis Rangup Sedap Dimakan Seisi Keluarga

Resipi Cucur Ikan Bilis Rangup Sedap Dimakan Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 341 hits
Salah satu hidangan yang mudah disediakan untuk menjamu seisi keluarga adalah cucur ikan bilis Cucur atau juga dipanggil jemput jemput adalah antara hidangan paling best untuk sarapan atau minum petang Apatah lagi kalau dimakan dengan samba...
Ikan Biji Nangka Masak Gulai Tumis Darat Yang Sangat Sedap

Ikan Biji Nangka Masak Gulai Tumis Darat Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 572 hits
Assalamualaikum KEJADIAN hari Khamis lepas semasa Sk pergi ke rumah ibu Angah di Senai Ibu kata dia panaskan lauk lauk semalam di samping ada juga lauk baru Ada Sambal Telur Pindang Telur Pindang tu pulak ada dua versi iaitu telur ayam dan ...
Produk Makanan Bumiputera Mendapat Tempat Di Pasaran Jenama Tempatan Juga Popular Sedap Dan Berkualiti

Produk Makanan Bumiputera Mendapat Tempat Di Pasaran Jenama Tempatan Juga Popular Sedap Dan Berkualiti

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 373 hits
Produk makanan bumiputera mendapat tempat di pasaran Jenama tempatan juga popular sedap dan berkualiti Industri makanan berperanan penting dalam mempengaruhi ekonomi negara malah dikatakan salah satu industri yang tidak akan mati Peningkata...
Pumpkin Oat Ball Lembut Sedap Mudah Anak Makan

Pumpkin Oat Ball Lembut Sedap Mudah Anak Makan

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 333 hits
Labu antara makanan yang sihat dan cukup berkhasiat untuk bayi kita Apa lagi kala digabungkan bersama oat yang sudah semestinya membekalkan serat dan khasiat yang cukup tinggi pada anak anak kita Tercari cari menu sarapan dan minum petang a...
5 Menu Makanan Segera Sedap Yang Hanya Terdapat Di Malaysia

5 Menu Makanan Segera Sedap Yang Hanya Terdapat Di Malaysia

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 436 hits
5 Menu Makanan Segera Sedap Yang Hanya Terdapat Di MalaysiaRestoran makanan segera memang ada banyak di Malaysia dan kewujudan restoran segera seperti ini sememangnya dah lama ada di sini Restoran makanan segera sebegini sering dikunjungi r...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah