Buat Sendiri Daging Bakar Ala Danok
Daging bakar istimewa dengan rasa asli dari Thai yang menyelerakn. Daging yang diperap dengan ramuan kkas membangkitkan rasa daging dan sos masam manis menmbahkan lagi selera.
1
DAGING BAKAR ALA DANOK
BAHAN-BAHAN DAGING BAKAR:
2 keping daging batang pinang/strip loin/sirloin/rib eye (sebesar tapak tangan lelaki dewasa adan setebal 2cm)*2 sudu besar sos tiram*2 sudu besar kicap cair*1 ulas bawang putih- tumbuk halus*1 batang serai- dihiris nipis & ditumbuk halus*1 sudu kecil lada sulah*2 sudu besar gula perang*3 sudu besar susu cair*1 sudu kecil serbuk cili *Sedikit serbuk perasa*Sedikit minyak masak1 ketul arang size kecilAluminium foil
CARA MEMASAK:
Perap daging selama 3-4jam bersama semua bahan-bahan yang bertanda *Simpan daging yang diperap dalam peti sejuk terlebih dahulu ( jangan letak bahagian yang beku)Selepas 3 jam barakan arang, sambil-sambil itu boleh mula bakar daging atas pan. Letakkan sedikit minyak dulu dipermukaan pan. Bakar selama 10 minit sahaja (5 minit setiap bahagian permukaan). Tidak boleh terlebih masak dan gunakan api sederhana besar. Sebab kalau terlebih masak daging akan kering & agak liat. Kalau anda suka medium well cukup setakat 7-8 minit sahaja masa membakar daging tadi.Setelah daging masak tutup api. Kemudian ambil arang yang telah berbara tadi dan letakkan diatas sekeping aluminium foil. Titiskan beberapa titis minyak masak atas arang ini akan menyebabkan arang mengeluarkan asap yang banyak dan letakkan arang dalam pan daging tadi.Tutup pan cepat-cepat dengan penutup yang rapat. Proses ini untuk mendapatkan rasa daging seperti dibakar dengan arang dan yang pasti ianya sememangnya menyedapkan lagi rasa daging bakar tu nanti. Biarkan asap menyelimuti daging selama 1-2minit sahaja ye.Kemudian boleh angkat daging untuk dipotong & dihidangkan bersama sos pencicah thai.
SOS PENCICAH DAGING BAKAR ALA DANOK
BAHAN-BAHAN:
Sedikit hirisan daun ketumbarSedikit hirisan daun bawang1 ulas bawang kecil – hiris nipis1 sudu besar serbuk beras pulut sangai (thai toasted rice powder)4 sudu besar sos ikan2 sudu besar gula kelapa thai (thai palm sugar) – kalau tidak ada boleh ganti dengan gula perang1 sudu sudu besar pes asam jawa – cairkan dengan sedikit air panas2 sudu besar thai chilli flakes3 biji limau nipis – ambil perahan jusnya sahaja1 sudu besar minyak masak/zaitun/jagung – optionalCARA MEMASAK:
Satukan semua bahan-bahan dan kacau hingga sebati. Sesuaikan mengikut rasa anda. Siap utk dihidang bersama daging bakar.6
Kredit: Adnilsam Apat
Buat Sendiri Pes Ikan Bakar, Hanya Guna Bahan Yang Ada Di Dapur
[embedded content]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2020/06/buat-sendiri-daging-bakar-ala-danok.html