Buat Pizza Guna Roti Sandwic Idea Sarapan Bekal Anak Ke Sekolah
Sedapnya Pizza Roti Sandwic resipi perkongsian saudari Wan Hidayu ni. Hanya guna roti dan beberapa bahan-bahan mudah yang lain sahaja. Memang jimat. Sesuai sangatlah dihidangkan untuk anak-anak. Boleh dijadikan menu bekal ke sekolah, sajian sarapan, minum petang, makan malam atau bila-bila masa yang sesuai. Sangat mengenyangkan dan digemari ramai. Jom cuba! Anak anda juga pasti sukakannya.
RESIPI PIZZA ROTI SANDWIC

BAHAN-BAHAN:
Roti sandwichKeju cheddar – beli online disiniKeju mozarella @ keju topping piza – beli online disiniLobak merah – rebus separuh masakBrokoli – rebus separuh masakSosej – rebus separuh masakUdang – rebus separuh masakSotong – rebus separuh masakCrabstick – rebus separuh masakLada benggala – hirisKiub nanas dalam tin – beli online disiniCendawan shitake @ butang – beli online disiniBawang hollandBawang putihMarjerin – beli online disiniSos pasta @ sos tomato – beli online disiniCARA MEMASAK:
1. Gris loyang ngan marjerin kemudian susun roti sandwic dalam dulang. Renjis air sedikit supaya roti menjadi lembut.
2. Sapu sos tomato @ pasta pada roti dengan secukupnya.

3. Kemudian susun kepingan keju cheddar.
4. Satukan kesemua bahan-bahan lain ( kecuali keju mozarella )dalam mangkuk dan gaul rata. Sudukan ke atas roti dengan secukupnya.

5. Tabur keju mozarella dan bakar dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu 170C. Waktu membakar mungkin berbeza mengikut jenis ketuhar.

6. Setelah keju cair, keluarkan dan sedia dinikmati bersama sos cili.
INFO CHEF: Panaskan ketuhar selama 10 minit sebelum memasukkan pizza.
Kredit resipi & foto: Wan Hidayu
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Masak Pajeri Terung Kuah Pekat & Pasti Sedap
Resipi Sos Thai Sedap. Sesuai Cicah Makanan Bergoreng & Bakar
Memang Sedap! Resipi Bengkang Tepung Beras Gula Merah
Resipi Bihun Goreng Cili Padi Paling Mantul. Pedas Tapi Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
The post Buat Pizza Guna Roti Sandwic. Idea Sarapan & Bekal Anak Ke Sekolah appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/07/buat-pizza-guna-roti-sandwic-idea.html