Anak Selalu Mengamuk Sebelum Selepas Ke Sekolah Sebenarnya Ada Cara Nak Atasi


Hantar pergi sekolah meraung, balik dari sekolah pun berbunyi juga. Alahai, pening kepala mama sekalian nak hadap anak tantrum setiap hari. Ada ke cara untuk atasi situasi ini?

Bila anak balik dari sekolah
Setelah beberapa jam menimba ilmu, sudah tentu waktu balik sekolah merupakan antara perkara yang paling dinantikan oleh setiap kanak-kanak, khususnya pada tahun-tahun awal persekolahan.
Tentunya setiap kali balik dari sekolah, anda akan terfikir anak akan berasa gembira. Tetapi malangnya ia tidak seperti apa yang anda jangkakan. Sebaliknya mereka menunjukkan tingkah laku seperti menjerit, keletihan dan pelbagai lagi tingkah yang negatif.
Keadaan anak tantrum seperti ini, pastinya menimbulkan rasa susah hati dan bimbang, apatah lagi jika ia berulang setiap hari. Jadi bagaimana cara untuk mengatasinya?
Mengapa anak tantrum?
Ada masanya anak menjadi tantrum ataupun buat perangai disebabkan oleh aktiviti sekolah yang memenatkan daripada aspek fizikal dan psikologi. Berdasarkan penulisan dalam Today’s Parents, anak tantrum biasanya wujud apabila anak perlu menahan emosi dan tingkah lakunya demi mendapatkan penilaian yang baik di sekolah.
Manakala mereka akan menzahirkan tingkah laku yang negatif dengan membuat perangai apabila pulang ke rumah. Ini adalah kerana mereka berasakan rumah sebagai tempat paling selamat untuk melepaskan emosi yang dipendam.
Masalah anak tantrum juga sering berlaku apabila anak anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan jadual persekolahan. Keadaan ini cenderung untuk berlaku terutamanya pada hari pertama persekolahan ataupun selepas cuti panjang.
Faktor lain yang turut menyebabkan anak anda membuat perangai adalah kerana berpisah daripada ibu bapa, terpaksa duduk berjam-jam di dalam kelas ataupun berdepan kesukaran dalam pembelajaran.
Malahan, komunikasi sosial bersama rakan-rakan juga boleh mempengaruhi emosi kanak-kanak yang menyebabkan mereka tantrum. Mengamuk, berteriak, menjerit, menangis, mengeluh, marah dan menunjukkan tingkah laku yang tidak elok merupakan cara mereka menzahirkan emosi tantrum itu.
Tip atasi anak tantrum
Bagi sesetengah ibu bapa, anda mungkin berasakan ia adalah satu kesukaran untuk mengatasi situasi apabila anak mula buat perangai. Namun, jangan risau Hello Doktor ada caranya untuk membantu anda.
Berikut antara tip mengatasi masalah apabila si kecil tantrum, antaranya:
Elakkan bertanya banyak soalan
Memang sifat semula jadi ibu bapa untuk mengambil tahu tentang keadaan anak-anak, bukan? Antara soalan yang paling suka ditanya adalah mengenai apa yang dipelajari di sekolah, makan apa di sekolah dan ada kerja sekolah atau tidak.
Anda mungkin berasa soalan itu seperti mengambil berat akan si manja, tetapi pada mereka soalan itu mungkin seolah-olah memberikan tekanan. Ini sekali gus menyebabkan mereka enggan menjawab pertanyaan anda.
Jika anda masih ingin bertanyakan soalan kepada mereka, anda boleh mulakan dengan sesuatu yang positif, seperti “Anak mama nampak ceria hari ini, mesti ada yang best dekat sekolah.”
Bekalkan snek
Rasa lapar boleh menyebabkan seseorang hilang mood, begitu juga keadaannya dengan si kecil. Keadaan itu boleh menyebabkan anak tantrum. Anda boleh persiapkan sebarang snek dan juga minuman kegemaran mereka untuk menyambut kepulangan si manja dari sekolah.
Tetapi pastikan pemilihan makanan dan minuman itu adalah sihat dan kaya dengan nutrisi yang baik untuk tumbesaran si manja, seperti buah-buahan kegemaran anak dan jus segar.
Meluangkan masa bersama
Seharian menghadap buku, tugasan sekolah dan rakan-rakan, sudah pasti si anak juga mahu meluangkan masa bersama anda.
Paling tidak, pastikan semasa waktu makan anda dapat berkumpul bersama-sama. Sudah tentu ia dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Dalam masa yang sama, anda boleh berbual bersama-sama si kecil.
Tetapi elakkan sebarang pertanyaan berkaitan perihal sekolah sekiranya anda melihat anak anda seperti tidak mempunyai mood. Ini kerana ia berisiko menyebabkan si anak kembali tantrum.
Berikan anak ruang
Jika anak anda masih buat perangai seperti marah-marah atau menjerit, perkara terakhir yang boleh anda lakukan adalah dengan memberikan mereka ruang untuk meluahkan apa yang dirasakan.
Tidak semua hari yang dilalui indah belaka, bukan? Itulah juga keadaannya dengan si anak, mereka mungkin menghadapi hari yang sukar di sekolah. Jadi apa yang mereka perlukan hanya ruang menzahirkan apa yang terbuku di hati mereka.
Mainkan peranan anda menenangkan mereka dengan mengeluarkan ungkapan seperti, “Mama percaya anak mama ini tabah walau sesukar mana cabarannya,” dan berikan kucupan mesra di dahi mereka.
Tanyakan kepada guru
Jika anda masih ingin bertanyakan perihal persekolahan anak anda, tanya sahaja kepada guru mereka. Mungkin secara tidak langsung, anda akan mengetahui punca anak anda buat perangai setiap kali balik sekolah.
Kesimpulannya
Berdepan dengan emosi anak selepas balik dari sekolah sememangnya sukar. Adakalanya tantrum atau perangai yang dilakukan mereka seakan-akan mencabar tahap kesabaran anda. Namun, anda tidak harus terikut dengan flow tantrum mereka itu.
Kunci utama dalam melayan kerenah anak yang mempunyai tantrum adalah dengan bersabar dan sentiasa bertenang. Jika anda hampir-hampir marah, tarik nafas sedalamnya dan senyum. Semoga anda mampu mengatasi tantrum si anak dengan sebaiknya dan pastikan anak mengetahui bahawa anda sentiasa menyayangi mereka.
Kredit: Hello Doktor


Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Anak Selalu Mengamuk Sebelum & Selepas Ke Sekolah” Sebenarnya Ada Cara Nak Atasi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-selalu-mengamuk-sebelum-selepas-ke-sekolah-sebenarnya-ada-cara-nak-atasi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Mini Sausage Pot Pie Bekal Sekolah Anak Paling Senang Nak Buat

Resipi Mini Sausage Pot Pie Bekal Sekolah Anak Paling Senang Nak Buat

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 192 hits
Buntu bila memikirkan bekal anak ke sekolah Bosan dengan roti dan makanan berat kali ini kita cuba pula resipi Mini Sausage Pot Pie pula untuk anak Ringkas tapi sedap Resipi perkongsian ini nampak mudah dan paling penting sedap Puas fikir a...
Anak Nak Masuk Darjah 1 Tahun Depan Kena Persiapkan 3 Perkara Ni Baru Anak Sedia Nak Sekolah

Anak Nak Masuk Darjah 1 Tahun Depan Kena Persiapkan 3 Perkara Ni Baru Anak Sedia Nak Sekolah

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 238 hits
Bukan hanya sekadar persiapan peralatan dan kelengkapan lain perkara paling penting adalah mempersiapkan anak kita yang bakal bersekolah dengan pengurusan diri yang tepat Menurut perkongsian pentingnya untuk mendedahkan anak dengan pengurus...
Pakar Kongsikan Ini Cara Nak Kenal Pasti Anak Kita Lambat Cakap Atau Tak

Pakar Kongsikan Ini Cara Nak Kenal Pasti Anak Kita Lambat Cakap Atau Tak

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 209 hits
Ramai yang tanya macam mana nak tahu anak speech delay ke tak Umur berapa baru boleh dikatakan anak lambat bercakap Menerusi perkongsian Patologis Pertuturan Bahasa Aishah Kassim ibu bapa mesti alert mengenai hal ini Ok jom saya bagi roughl...
Pernah Dengar Bunga Kembang Semangkuk Boleh Atasi Batuk Demam Anak

Pernah Dengar Bunga Kembang Semangkuk Boleh Atasi Batuk Demam Anak

papar berkaitan - pada 10/7/2022 - jumlah : 282 hits
Pernah dengar mengenai bunga kembang semangkuk tak Dengarnya khasiat kembang semangkuk ini dapat membantu mengatasi masalah anak batuk betul ke Jom ketahui lebih lanjut mengenainya dalam perkongsian artikel ini Moga bermanfaat Apa itu bunga...
Ciri Ciri Beg Sekolah Rendah Untuk Anak

Ciri Ciri Beg Sekolah Rendah Untuk Anak

papar berkaitan - pada 10/7/2022 - jumlah : 362 hits
Majoriti pelajar sekolah rendah membawa beg sekolah berat sewaktu sesi persekolahan Tidak dinafikan situasi yang sama juga berlaku dengan anakku Sara yang berusia 10 tahun Walau pun buku buku disusun mengikut jadual belajajar beg sekolah ma...
Cara Nak Buat Puding Biskut Marie Yang Tampak Mewah Sedap

Cara Nak Buat Puding Biskut Marie Yang Tampak Mewah Sedap

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 229 hits
Puding Biskut Marie atau Kek Batik antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang sedap dan mudah dibuat Kalau nak lagi rasa mewah boleh buat topping coklat dengan mengikut resipi yang dikongsikan Muhammad Ali ini Nam...
Cara Nak Hilangkan Stress Sewaktu Lockdown Kat Rumah Ialah Dengan Bermain Games Online

Cara Nak Hilangkan Stress Sewaktu Lockdown Kat Rumah Ialah Dengan Bermain Games Online

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 232 hits
Cara Nak Hilangkan Stress Sewaktu Lockdown Kat Rumah Ialah Dengan Bermain Games Online Salam dan selamat sejahtera Korang sihat tak ok tak tu waktu pandemik ni Banyak family yang terjejas Ada yang tak kerja Ada yang dibuang kerja Ada yang m...
Video Amboii Kemain Anak Daghaaa Soghang Ni Cara Anak Che Ta Mekap Tarik Perhatian Ramai

Video Amboii Kemain Anak Daghaaa Soghang Ni Cara Anak Che Ta Mekap Tarik Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 158 hits
Anak perempuan kepada pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin sememangnya tidak dina fikan memiliki rupa paras yang cantik Mewarisi kecantikan daripada ibunya Aaisyah Dhia Rana sudah pandai bergaya sejak kecil lagi Sebelum ini Aaisy...
Fobia Nak Bawa Anak Keluar Sebulan Anak Di Hospital Sheera Iskandar Masih Takut

Fobia Nak Bawa Anak Keluar Sebulan Anak Di Hospital Sheera Iskandar Masih Takut

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 203 hits
Ibu mana yang sanggup melihat bayi kecilnya yang baru sahaja dilahirkan pada 22 Mei lalu terpaksa dimasukkan semula ke hospital selepas kelahirannya kerana masalah jangkitan pada paru paru Inilah yang dilalui Sheera Iskandar bila mana cahay...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah