Buat Pecinta Daging Sizzling Combos Kembali Di Ny Steak Shack
Salam sejatera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Di antara daging Sirlion dan Ribeye korang rasa bahagian mana yang paling sesuai untuk buat steak. Maha bukan pandai sangat tapi kedua-dua bahagian daging lembu ini sebenarnya bagus yang membezakannya adalah cara masakan. Setengah orang suka yang rare, half cook dan well done.
Tapi kalau korang nak nikmati makanan steak yang betul-betul mengikut cara masak yang sebenar boleh cuba datang ke NY Steak Shack. Dekat sini menurut Muhammad Adam Mah iaitu selaku Pengurus Besar Jenama NY Steak Shack, dari proses pemilihan daging sehingga kepada proses memasak ia dilakukan dengan sangat teliti dan mengikut proses sebenar.
Muhammad Adam Mah Pengurus Besar Jenama NY Steak Shack
Sebab itu kali ini mereka membawakan kembali Sizzling Combos yang pernah popular satu masa dulu kat sini. Cuma kat sini kenapa steak mereka dihidangkan dalam bekas sizzling ini kerana nak mengekalkan kekenyalan daging. Kalau daging steak ni dibiarkan pada suhu sejuk ia akan mula mengeras dan tidak anjal lagi. Jadi dalam bekas sizzling ia masih kekal panas sehingga dihidangkan kepada pelanggan dan dirasai dengan sos istimewa mereka
Sizzling Combos ada empat pilihan set yang menarik untuk dicuba. Setiap combo datang dengan steak NY Striploin panggang kegemaran NY Steak Shack dan pilihan salah satu daripada empat jenis daging iaitu Smoked Beef, Beef Meatballs, Lamb Noisette atau Southwest Chicken. Ia juga boleh pilih untuk dihidangkan dengan Brown Sauce atau Black Pepper Sauce
NY Striplion & Beef Meatballs (RM48.80)
NY Striplion & Southwest Chicken (RM52.80)
Hari tu Maha sempat mencuba semua menu ini dan bagi Maha yang paling kena gandingannya untuk citarasa Maha adalah yang NY Striplion & Beef Meatballs. Mungkin Maha suka meetball mereka tidak kenyal lembut dan ada rasa didalamnya. Kalau yang NY Striplion & Southwest Chicken, ayam tu lebih rasa macam tandori agak sedikit pedas. Ini pun sedap juga makan dengan sos lada hitam mereka
NY Striplion & Smoked Beef (RM52.80)
NY Striplion & Lamb Noisette (RM58.80)
Kalau yang suka pedas-pedas boleh cuba NY Striplion & Smoked Beef. Kalau tengok dekat tak macam daging smoked lebih kepada daging masak cili dan ia nampak kemerah-merahan. Daging ni dihiris nipis-nipis dan sesuai untuk selera orang Malaysia. Kalau yang suka kambing boleh pilih gandingan menu NY Striplion & Lamb Noisette
Mug Sarsaparilla Splash, Strawberry Lemonade, Pina Coco dan Summer Fizz
Promosi kali ini ada sedia juga beberapa minuman baru yang padan dinikmati dengan steak tadi. Korang boleh pilih antara Mug Sarsaparilla Splash, Strawberry Lemonade, Cranberry Cooler, Pina Coco dan Summer Fizz. Semua minuman ini pada harga RM8.80 sahaja. Maha suka yang Pina Coco iaitu minuman campuran dengan rasa air kelapa dan juga jus nanas memang padan sangat.
Promosi ini hanya boleh dapat kat semua cawangan NY Steak Shack bermula 4 Mac hingga 28 April 2019 ini sahaja tau. Jadi korang boleh datang sekarang ni dan try semua steak mereka ini. Mesti kena makan panas-panas tau baru dapat rasa kesedapan steak mereka. Maha dah cuba memang sesuai dengan selera Maha. Selamat mencuba semua ok
Info lanjut layari :Facebook : https://www.facebook.com/nysteakshackmy
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/03/buat-pecinta-daging-sizzling-combos-ny-steak-shack.html