Buat Nasi Kak Wok Hanya Masak Satu Menu Tapi Lengkap Hidangannya
Nasi kak wok, meskipun menu ringkas iaitu hidangan nasi putih yang dimakan bersama ayam goreng, kuah gulai dan sambal belacan, namun menu ini sudah mampu memberi kepuasan rasa seisi keluarga.
Tidak dinafikan juga, dengan menyediakan menu ini menjadi lebih mudah kita sebagai ibu menyediakan hidangan tengah hari. Maklumlah tidak perlu pening kepala memikirkan menu sayur, lauk pauk dan sebagainya untuk dijadikan padanan serasi hidangan yang disediakan.
Cukup hanya masak set nasi kak wok, semuanya lengkap tersedia!
Jadi jom sediakan menu ringkas ini mengikut resipi yang dikongsikan oleh Mazliza Ahmad untuk dijadikan hidangan yang menyelerakan.
Ayam goreng kak wok
Bahan:
7@8 ketul ayam-potong kecik
1 sudu teh serbuk kunyit-BELI DI SINI
1 sudu makan rempah kari daging –BELI DI SINI
1 sudu makan tepung bestari pedas
Garam dan perasa
Cara:
Gaul semua bahan dengan ayam dan perap sekejap dalam 1/2 jam. Selepas itu goreng garing
Sambal belacan
Bahan:
15@20 tangkai cilipadi
1 inci belacan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 biji limau kasturi-belah 2 dan buang biji
Garam ,perasa dan gula
Cara:
Goreng semua bahan dalam sedikit minyak hingga layu(kecuali limau)
Tumbuk semua bahan dengan garam dan perasa
Dah lumat baru masukkan gula dan perahkan limau
Masukjan 3@4 keping kulit limau dalam sambal dan gaul rata
Gulai kak wok versi akak
Bahan:
Segala tulang dan kaki ayam-cincang
2 biji bawang besar-hiris nipis
4 ulas bawang putih-hiris
1 inci halia
2 peket kecik rempah kari daging babas
1/2 peket kecik rempah kerutub adabi
1 biji terung-potong kecik
3@4 batang kacang panjang-patah-patahkan
1/2 kotak kecik santan
2 keping asam keping
1 sudu makan gula merah
1 sudu makan gula putih
Garam dan perasa
Cara:
Bancuh kedua rempah dengan air
Tumis bahan hiris hingga garing dan naik bau
Masukkan rempah dan tumis garing
Masukkan 1 mangkuk air..
Masukkan tulang ayam dan sayur
Masukkan gula merah,gula,garam dan perasa
Masukkan asam keping dan santan
Seimbangkan rasanya dan kepekatan kuahnya.
Masak Nasi putih tu..letakkan daun pandan 2@3 helai
Sumber : Mazliza Ahmad
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Buat Nasi Kak Wok, Hanya Masak Satu Menu Tapi Lengkap Hidangannya! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/buat-nasi-kak-wok-hanya-masak-satu-menu-tapi-lengkap-hidangannya/