Buat Ketupat Frozen Sendiri Ada Tip Nak Bagi Lemak Sedap Boleh Simpan Lama
Tak terlambat rasanya untuk kita nak menyiapkan juadah pagi raya esok hari. Sediakan sahaja pulut dan santan secukupnya, ketupat boleh disediakan bila-bila masa.
Resipi perkongsian ketupat frozen oleh Pn Rosmaliza Romli ini mama boleh cuba. Lemak dan cukup sedap. Simpan lama pun tak ada masalah!
Ketupat untuk difrozenkan dan dihantar pulang ke kampung. Yang no 5 tu sis rebus sikit untuk berbuka puasa nanti, tak dapat balik raya, dapat anta ketupat dan kuih raya pun jadi la. Harap-harap sedap la walaupun tak setanding ketupat mak. Sipi-sipi pun jadi la kan. Saya edit letak resepi cara mak saya la.
Bahan-bahan:
2kg beras pulut
4 biji kelapa parut yang besar -ambik yang putih ja supaya ketupat tak hitam)
Daun pandan
Sedikit garam
Kalau yang perah santan guna tangan macam saya, guna santan perahan pertama ja tau, masa saya sukat tadi pulut tu separuh periuk. Jadi santan saya kurang sikit dari separuh periuk tu.
Masak santan daun pandan dan garam dulu, lepas mendidih masukkn pulut yang kita dah basuh dan toskan.
Masa ni kita tengok santan tenggelam dari pulut.
Lepas tu masak la sampai kering. Dan 3/4 pulut tu masak, part pulut dah betul-betul tak kering dan kembang sis tak dapat nak ambil gambar sebab kalut dok godak pulut tu.
Lepas balut masukkan ketupat dalam periuk, masukkan air sampai tenggelam ketupat tu. Lepas tu rebus sampai kering.
Masak dengan api perlahan kecuali masa merebus ketupat.
Siap!
Menarik: Resipi Rendang Kerang Raya, Cukup Rasa Garam Gula, Layan Makan Dengan Ketupat
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Buat Ketupat Frozen Sendiri, Ada Tip Nak Bagi Lemak & Sedap, Boleh Simpan Lama! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/buat-ketupat-frozen-sendiri-ada-tip-nak-bagi-lemak-sedap-boleh-simpan-lama/