Buat Kerja Tak Dapat Bayaran Menimbulkan Kemarahan Ni


Apa perasaan bila kerja dah buat tapi bayaran tak dapat?Sakit hati?Haruslah kan. Penat betul mengadap perangai orang yang ambil kesempatan je kerjanya. Ni cerita berkenaan k.fiezz buat satu tugasan berbayar untuk satu produk tutttt (tak nak sebut nama barang sbb tak berkaitan dengan syarikat). Ni perangai si polan yang jadi perantaraan antara blogger & syarikat produk berkenaan. 
Bulan Februari yang lepas, k.fiezz dapat tawaran buat review berbayar untuk satu produk tuttt. Tawaran ni melalui si polan yang uruskan kempen marketing dengan blogger.  Apa nama produk ni? Dirahsiakan sebab tak nak jadi isu lain pula di masa akan datang.Bukan nak memburukkan produk ni pun sebab dalam kes ni si polan yang macam nak lari dengan duit hasil kerja kitaorang (blogger). Kenapa k.fiezz cakap macam nak lari?Nanti k.fiezz cerita kat bawah ni.



RAMAI YG DAPAT TAWARANSelain k.fiezz, ramai lagi blogger lain dapat tawaran sama. Bayaran setiap blogger berbeza ikut task yang perlu dibuat. Untuk yang ada buat video juga, harga lebih sikit. Macam k.fiezz yang cuma buat blog post + social media sharing, harga yang k.fiezz caj RMXXX.xx saja. So si polan ni bersetuju dengan harga k.fiezz bagi ni. Setel.
Dah capai kata setuju, tunggu barang untuk review sampai. Dah dapat je barang k.fiezz jalankan tugasan tangkap gambar produk, draf artikel. Dah siap sesi photoshoot, mengarang pula entry untuk publish di blog. Sebelum tu kena hantar dulu pada si polan ni untuk approval. 
Tak lama lepas hantar deraf, kena buat semula re-shoot gambar. Okey tak apa, buat je lah ikut kehendak client. Lepas tu baru dapat approval untuk publish di blog & juga kongsi di sosial media k.fiezz. Alhamdulillah..Tak banyak cerita sangat. 


SENYAP LEPAS DAH SELESAI KERJA

Setel post artikel di blog & kongsi kat FB, IG pada pertengahan bulan Februari 2022.  Lepas habis kerja macam biasa submit invoice pada si polan untuk bayaran hasil kerja. Tapi krik krik tak ada balasan. Bulan Mac, k.fiezz try lagi sekali whatsapp tanya status bayaran. Pun sama. Tak ada balasan. Aihhh. Cuak dah ni weii. Penat mengarang ayat, tangkap gambor tapi hasil kerja tak dapat. 
K.fiezz tanya dalam group Whatsapp blogger siapa lagi yang ada buat job sama ni ada yang dah dapat bayaran ke?Ramai yang menjawab belum. Ada seorang dua je yang dah dapat. Lain termasuk k.fiezz, belum terima apa-apa bayaran. Aihhh tak boleh jadi ni weiii..Kerja dah siap dari bulan Februari lagi tapi bayaran sampai April tak dengar khabar berita. Udah lah tu, bila whatsapp si polan ni dia senyap pula tak jawab apa-apa. Bukan k.fiezz je, blogger lain pun sama juga. Ada sorang dua blogger yang dapat respons dari si polan ni, diberitahu dia tak sihat. Warded. Okey tak apa lah malas nak push sangat si polan tengah tak sihat. Tapi lepas sebulan tetap sama tak ada apa balasan dari si polan ni, menimbulkan syak wasangka pada kitaorang blogger. Semua duk tunggu bayaran. Kena tipu ke kitaorang ni. Aihhh musykil musykil. 


HUBUNGI HQ PRODUKDah tak dapat contact orang tengah tu, ada seorang blogger cadangkan pada k.fiezz untuk cuba direct contact HQ produk ni pula. K.fiezz contact okey. Hah, dengan sis jangan buat main-main pasal duit ni. Strict hokay. 
Whatsapp dengan person in charge yang handle bahagian marketing untuk blogger di HQ syarikat produk berkenaan. Dup dap dup dap tunggu balasan dari person in charge ni tau. Risau PIC ni pun tak response ke apa. Tapi alhamdulillah, dapat jawapan. Mengejutkan k.fiezz, bayaran dah di buat pada si polan & kenalan dia yang handle campaign ni bulan Februari juga. HQ siap bagi invois & juga slip bank bayaran telah di buat 2x pada Januari & Februari 2022. Allahu. Kena tipu ke apa kitaorang ni. HQ pun terkejut masa k.fiezz beritahu ramai blogger lain tak dapat bayaran lagi. HQ tanya k.fiezz berapa bayaran yang di caj. K.fiezz jawab jujur je lah beritahu, ikut pada task. Mana yang kena buat video, mahal sikit bayaran. Sebab HQ tanya tu, dalam invois dicaj RM5xx.00 untuk seorang blogger. HQ macam tak puas hati juga sebab kena caj mahal. 
Masa HQ beritahu di caj RM5xx.oo untuk seorang blogger, k.fiezz cakap dalam hati banyak gak untung orang tengah ni dapat yea. Itu pun tak cukup komisen yang dapat. Nak ambil pula lagi bayaran yang kitaorang buat keja ni..
K.fiezz minta tolong pada HQ untuk cuba contact dengan si polan ni memandangkan kitaorang blogger contact krik krik tak ada jawapan. Bila HQ contact baru lah si polan ni reply. HQ suruh dia setelkan bayaran pada semua blogger yang masih belum dapat bayaran kalau idak nak buat report polis. 
Lepas dari tu baru lah si polan ni reti nak reply whatsapp kitaorang semua. Dengan si polan ni, k.fiezz cakap direct HQ beritahu bayaran dah di buat jadi bila boleh terima payment sis? Eh dia buat-buat terkejut uolls masa k.fiezz beritahu HQ dah buat bayaran. Dia tak percaya. Hah, sis bagi slip bank yang HQ whatsapp. Konon tak tahu menahu. K.fiezz beritahu pada blogger lain si polan ni dah reply whatsapp lepas HQ direct contact dia, semua serbu kat si polan ni tanya bayaran. Tu pun dia duk konar sana konar sini buat cerita. Kitaorang malas nak layan. Baca boleh percaya jangan. 
Esoknya semua blogger yang terlibat dalam task ni terima bayaran dari si polan. Legaaa alhamdulillah. 
Nasib lah k.fiezz berani contact dengan HQ. Kalau duk tunggu je, memang burn bayaran kitaorang. Seronok dia & kenalan tu enjoy dengan duit kitaorang . Bukan sikit-sikit jumlah bayaran yang dapat. BerK-k weiii.. Kitaorang penat perah otak nak mengarang entry, ayat caption kat sosial media, tangkap gambar, orang lain yang enjoy dengan bayaran yang kitaorang patut dapat. Banyak cantikkk..
Dianiaya KatanyaMasa dalam proses nak dapat bayaran, si polan duk mengadu kena aniaya dengan HQ produk yang kitaorang review ni & tak tahu menahu bayaran dah dibuat. Ehhh hello slip bank tu apa ke bendanya. Tak tahu menahu konon. K.fiezz baca je lah luahan hati dia tu. Sebab k.fiezz lagi percaya kan bukti kukuh yang HQ bagi pada k.fiezz iaitu slip bayaran yang dah di buat. Si polan ni yang tak jujur, tak buat bayaran pada kitaorang. Dah orang whatsapp senyap pula. Bukan sehari dua dia senyap, dekat 2 bulan weiii.. Aihhh..Tolonglah jujur berkaitan duit ni..Tak berkat tau makan duit orang lain. 
Si polan ni ada cakap kat k.fiezz, banned syarikat produk ni sebab aniaya orang. K.fiezz jawab kat dia ' k.fiezz okey je dengan mana2 company janji payment dapat seperti yang dijanjikan.. bila tak dpt payment, yang jadi nak marah sbb penat buat keja tak dpt hasil'...
Moral of the story - Syukuri apa juga rezeki yang Allah dah tetapkan, jangan tamak kaut sekali hasil kerja orang lain. Tak berkat yea..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2022/04/Buat-Kerja-Tak-Dapat-Bayaran-Menimbulkan-Kemarahan-Ni.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ri China Kerja Sama Alih Teknologi Dorong Produktivitas Komoditi Pangan

Ri China Kerja Sama Alih Teknologi Dorong Produktivitas Komoditi Pangan

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 158 hits
Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Airlangga Hartarto menyambut baik adanya MoU kerja sama ekonomi digital dengan China karena sejalan dengan agenda utama dalam Presidensi G20 Indonesia Salah satu potensi kerja sama tersebut adalah ali...
Himpunan Contoh Kertas Kerja Terkini Bagi Program 2022 2023

Himpunan Contoh Kertas Kerja Terkini Bagi Program 2022 2023

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 488 hits
Himpunan Contoh Kertas Kerja Terkini Bagi Program 2022 2023 ini merupakan perkongsian yang boleh meringankan beban para guru dalam membuat kerja kerja pengkeranian lain di sekolah Untuk pengetahuan semua kertas kerja contoh ini perlulah di ...
Jobjom Sedia Menggegarkan Pasaran Pekerjaan Online Tingkatkan Nisbah Kerja

Jobjom Sedia Menggegarkan Pasaran Pekerjaan Online Tingkatkan Nisbah Kerja

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 214 hits
Assalamualaikum dan Selamat Pagi Hai Pembaca Semua JOBJOM Sedia Menggegarkan Pasaran This is a content summary only Visit my website for full links other content and more
Doktor Wanita Rugi Lebih Rm173 000 Ditipu Tawaran Kerja Sambilan

Doktor Wanita Rugi Lebih Rm173 000 Ditipu Tawaran Kerja Sambilan

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 193 hits
Doktor wanita rugi lebih RM173 000 ditipu tawaran kerja sambilan SEREMBAN Seorang doktor berputih mata apabila kerugian RM173 888 74 akibat ditipu dalam penawaran kerja sambilan menerusi media sosial Instagram di Port Dickson pada Jumaat le...
Pelajar Istimewa Sesat Di Sekolah Biasa Rakan Sekelas Tak Layan Nasib Baik Cikgu Pantas Buat Kerja Hasilnya Luar Biasa

Pelajar Istimewa Sesat Di Sekolah Biasa Rakan Sekelas Tak Layan Nasib Baik Cikgu Pantas Buat Kerja Hasilnya Luar Biasa

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 542 hits
Tiada mana mana insan di dunia ini yang meminta untuk dilahirkan dengan fizikal kurang sempurna Anugerah ini ada kalanya membuatkan seseorang berasa rendah diri kurang berkeyakinan dan malu berdepan dengan khalayak yang diciptakan sempurna ...
Koleksi Lembaran Kerja Bahasa Arab Pdf

Koleksi Lembaran Kerja Bahasa Arab Pdf

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 312 hits
LEMBARAN KERJA BAHASA ARAB TAHUN 3 BAHAN 1 BAHAN 2 BAHAN 3 BAHAN 4 BAHAN 5 BAHAN 6 BAHAN 7 BAHAN 8 BAHAN 9 BAHAN 10 BAHAN 11 BAHAN 12 BAHAN 13 BAHAN 14 LEMBARAN KERJA BAHASA ARAB TAHUN 2 BAHAN 1 KLIK SINI BAHAN 2 KLIK SINIBAHAN 3 KLIK SINI ...
Arti Pejuang Mahathir Mahu Buat Kerja Sprm

Arti Pejuang Mahathir Mahu Buat Kerja Sprm

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 266 hits
Oleh Sirajudin AhmadParti PEJUANG beberapa hari lalu melalui Pengerusi nya Tun Mahathir memberi kenyataan bahawa Parti PEJUANG mahu terajui perjuangan membenteras rasuah jika dapat menjadi kerajaan bersama gabungan parti lain selepas PRU15 ...
Mohon Pelbagai Kerja Kosong Di Husm Tahun 2022

Mohon Pelbagai Kerja Kosong Di Husm Tahun 2022

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 270 hits
Permohonan kerja kosong bagi pelbagai jawatan di HUSM bagi Tahun 2022 telah dibuka Untuk pengetahuan semua pada tahun ini ada banyak jawatan kosong yang ditawarkan kepada mereka yang layak dan berminat Untuk memastikan permohonan anda diter...
Kerja Kerja Cytro Burukkan Saifuddin Nasution

Kerja Kerja Cytro Burukkan Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 159 hits
HAMZAH RIE NAMencari didalam carian engine tak jumpa satu pun tajuk ini dimana mana portal Kalau ya pun nak buat kerja edit mcm umno lawan kita beranilah letak nama portal Kenapa tak berani letak nama portal atau blogs Sebab tak ada siapa p...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash