Buat Kek Mentega Kek Hari Jadi Kerja Sekolah Tahun 2 Pdpr
BUAT KEK MENTEGA KEK HARI JADI KERJA SEKOLAH TAHUN 2 PDPR - Sukatan pelajaran darjah 2 sekarang kemahen advance dah, ada silibus buat kek mentega hehe. Dalam buku teks tahun 2 bercerita tentang buat kek hari jadi ibu sebenarnya. Anak-anak di kehendaki membaca, menyalin resipi kek mentega. Oleh kerana PDPR seklah online ni. Cikgu kelas Dhia minta semua BUAT KEK MENTEGA KEK HARI JADI sebagai KERJA SEKOLAH TAHUN 2 PDPR.
BUAT KEK MENTEGA KEK HARI JADI KERJA SEKOLAH TAHUN 2 PDPR
Nasib baik rumah mummy dah siap semua bahan, bahan memang ready stock untuk buat kek biasa ni. Cuma mixer je tak beli lagi. Sebab mummy tengah pening nak beli mixer yang macam mana hehe. Alang-alang tu, plan nak ambil heavy duty. Entahlah nak Kitchen Aid ke Kenwood je. Penat fikir, dah setahun kot hahaha.
Tak apalah, kita pakai hand mixer, manually je. Lagi pun, ramai tegah rajin kan kat rumah ni nak BUAT KEK MENTEGA, KEK HARI JADI KERJA SEKOLAH TAHUN 2 PDPR ni.
BAHAN RESIPI KEK MENTEGA SILIBUS BUKU TEKS TAHUN 2Bahan resipi kek mentega kek hari jadi ni, memang mummy ikut bulat-bulat dri buku teks. Antara bahannya :
4 biji telur (buat kek, kena pakai gred b)150 gula (kami pakai castor)230 gm tepung gandum (mummy pakai tepung naik sendiri)200gm mentega1 sudu kecil esen vanilla
CARA BUAT KEK MENTEGA, KEK HARI JADI SILIBUS BUKU TEKS TAHUN 2
Cara buat kek mentega, kek hari jadi ini pun kami ikut buku teks tahun 2, tapi mummy ada buat sedikit short cut atau perubahan hehe.
1. Butter ini, mummy pakai salted, sebab mummy suka tekstur masin-masin yang ada pada kek. Ngam butter ini 200gm. So, sekali pakai je . Tak payah sukat dah. Untuk butter ini, mummy cairkan dalam microwave. Ni short cut hehe.
2. Tepung di ayakkan terlebih dahulu , macam mummy ni malas sedikit so shortcut lagi hehe. Masukkan alam microwave beberapa saat untuk bagi tekstur ringan.
3. Mentega tadi, di kacau bersama tepung sedikit demi sedikit. Sehingga nampak putih.
4. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehaingga adunan nampak gebu atau naik sedikit.
5. Masukkan ke dalam loyang. Sebelum loyang tu di letakkan adunan. Mummy letakkan sedikit mentega di sapu rata dalam loyang untuk mengelakkan adunan melekat dalam loyang bila sudah masak nanti.
Hasilnya setelah kami campurkan 3 warna, bagi meriah sedikit kek mentega Dhia hehe
6. Masukkan loyang berisi adunan tadi ke dalam oven
7. Set suhu 170 dan 45 minit , tapi mummy gunakan 40 minit sebab loyang kami kecil.
Tadaaaaa, dah siap masak. Kita sejukkan terlebih dahulu sebelum potong. Haaa..mudah je kan resepi ni. Walau bahan nya tak banyak tapi, menjadi kek mentega Dhia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azlindaalin.com/2021/02/kek-mentega-kek-hari-jadi-kerja-sekolah-tahun-2-ikut-buku-teks.html