Buat Jem Dan Jus Roselle Dari Pokok Roselle Yang Tanam Sendiri Sedap Dan Berkhasiat
Antara tanaman yang aku tanam di laman kebun tepi rumah adalah pokok roselle. Aku tanam pokok ni sebab nak dapatkan jus dan jem yang di katakan sedap dan berkhasiat. Puas aku buat jem dan jus roselle dari poko roselle yang tanam sendiri dan benar bagai di kata, jus dan jem roselle ini memang terbaik tau.
Buat Jem Dan Jus Roselle Dari Pokok Roselle Yang Tanam Sendiri, Sedap Dan Berkhasiat...
Pokok roselle ni masa di semai nyaris terkeliru dengan anak pokok bendi merah. Apabila dah besar sikit baru nampak perbezaan daunnya yan gsedikit membujur. Pokok roselle ni tak banyak makhluk perosak. Ia membesar dengan elok dan banyak juga buahnya yang aku dapat. Merasalah aku buat jus dan jem dengan banyak sampai dah penuh peti ais.
Sekarang, setelah pokok tak banyak mengeluarkan buah lagi dan ada pokok yang tumbang dan patah di pukul ribut, aku baru tanam semula pokok baru. Nanti dapat minum jus dan sedap dan makan jem roselle yang lazat lagi. Banyak khasiat roselle yang aku dapat melalui pembacaan di internet. Tak rugi rasanya menanam pokok roselle di sebalik rupanya yang agak pelik tu.
Roselle atau nama saintifiknya Hibiscus rosa sabdariffa L. ialah tanaman yang terkenal dengan khasiatnya dalam dunia perubatan di Malaysia. Pada asalnya, tumbuhan ini ditanam sekadar untuk dijadikan hiasan. Roselle juga dianggap sebagai “pokok emas” kerana setiap bahagiannya mempunyai keistimewaan tertentu yang bermula daripada buah, daun hinggalah ke batang pokok berkenaan dan boleh dijadikan sajian atau tujuan perubatan tradisional.
Tumbuhan yang tumbuh semusim ini dipercayai boleh membesar dan mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter. Ia mudah membiak dari biji benih dan memerlukan cahaya matahari serta saliran yang baik. Daunnya berwarna hijau tua dengan pelepah daun yang kemerah-merahan bagaikan sebuah mahkota dari segi bentuknya menjadikan buah ini dilihat sangat unik.
Roselle ialah antara buah yang agak popular dan sering dijadikan sebagai air minuman kordial. Buah ini juga amat berkhasiat untuk segenap lapisan umur khususnya dalam proses penjagaan kesihatan dan sebagai pencegah dari sebarang jangkitan kuman yang menyerang tubuh manusia.
Roselle mempunyai khasiat yang sangat tinggi kepada manusia. Ia merupakan satu tumbuhan herba semulajadi yang mengandungi kandungan vitamin C, mineral dan serat. Roselle juga mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin D, B1 dan B2. Ia juga mengandungi hampir 486mg kalsium, iaitu jumlah yang cukup banyak serta mengandungi Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3 serta Antioksidan.
Setelah mendapat informasi tentang khasiat roselle, mari kita kongsi resepi membuat jus dan jem roselle yang amat sedap dari buah roselle yang sudah matang dan tua. Membuatnya adalah amat mudah iaitu sekali buat, boleh terus dapat 2 produk yang sedap iaitu jem dan jus sekaligus.
Buat Jem Dan Jus Roselle Dari Pokok Roselle Yang Tanam Sendiri, Sedap Dan Berkhasiat...
Bahan-bahan buat jus dan jem roselle:
30 - 40 biji buah roselle5 cawan gula pasir2 liter air
Cara-cara untuk buat jus dan jem roselle:
Kopek kelopak roselle dan buang bijinya. Cuci dan bersihkan kelopak roselle. Rebus kelopak roselle dengan 2 liter air dalam periuk yang besar.
Setelah air mendidih, masukkan gula pasir. Kacau dan tunggu lebih kuran 20 - 3o minit hingga air bertukar warna merah yang cantik tanpa perlu di masukkan pewarna. Tutup api, tapis air roselle dari kelopak roselle.
Air di ambil untuk di menjadi jus dan kelopak adalah untuk di buat jem. Kelopak di kisar dengan sedikit air jus roselle. Didihkan kembali kelopak roselle sehingga pekat dan likat.
Jus roselle tadi setelah sejuk boleh di simpan di peti ais dan buat air roselle yang sedap apabila di tambah air batu. Jem pula boleh di makan bersama roti atau biskut. Boleh juga di buat kuih tart yang sedap, lazat dan semestinya lain dari yang lain rasanya.
Aku dapati anak-anak aku sangat menyukai jus dan jem roselle yang aku buat sendiri ini. Masa kecil dulu ada orang tanam pokok roselle tapi hanya di buat hiasa dan buahnya hanya di makan oleh budak-budak begitu sahaja dengan rasanya yang masam-masam itu. Rupanya boleh buat jem dan jus yang lazat, tak aku sangka begitu... hehe!
Nak dapatkan informasi dan resepi di blog ini, klik SINI
p/s: Ada yang kata, bau jus roselle ini macam bau wain. Tak taulah, sebab mana pernah aku jumpa wain tapi asal rasanya sedap dan halal, oklah kan!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.huhahuhajerr.com/2021/04/buat-jem-dan-jus-roselle-dari-pokok-roselle-yang-tanam-sendiri-sedap-dan-berkhasiat.html