Buat Belian Dari Duit Yang Anda Miliki Sahaja Jauhi Penggunaan Kad Kredit




Untuk selamatkan diri dari belenggu hutang, tak ada cara lain yang lebih selamat selain dari membeli belah dengan menggunakan wang yang anda miliki. Dalam Bahasa Inggeris, disebut cash dan dalam bahasa kita biasa di sebut tunai.
Tunai tidak semestinya seketul atau seberkas dalam genggaman. Sekarang ni ada berbagai cara untuk lakukan transaksi tanpa perlu simpan duit fizikal dalam dompet anda.
Tunai di sini bermakna bayar terus dari duit yang anda ada.
Jika anda mahu pastikan aktiviti kewangan menjadi ringkas, dalam masa yang sama dapat mengawal aktiviti kewangan agar tidak tercicir dari landasan, anda perlu amalkan tabiat membeli barangan keperluan dengan menggunakan wang yang anda miliki sahaja.
Paling baik, beli dengan duit tunai. Biar nampak duit dikeluarkan, dikira satu demi satu, dan hulurkan kepada cashier. Berat mata memandang, berat lagi tangan yang menghulur ..
Bahaya kad kreditPusat membeli belah, pasaraya dan sebagainya, memang suka dengan amalan pembayaran menggunakan kad kredit.
Perkataan perangkap yang ada di situ adalah, MUDAH.
Peniaga tahu kelemahan manusia setiap kali berhadapan dengan perkara yang mudah. Ia menjadi salah satu sebab utama manusia membuat pilihan. 
Contoh mudah adalah jika anda terpaksa pilih antara 2 perkara penting untuk dilakukan. Yang lebih mudah akan menjadi pilihan. Itu amalan biasa yang berlaku kepada semua manusia normal.
Apabila cara pembayaran dimudahkan, maka secara automatik, pengguna akan terbeli lebih dari yang sepatutnya.
Sebab itu kita lihat semua pasaraya serta pusat membeli belah menyediakan kemudahan sistem pembayaran kad kredit.
Kajian yang dijalankan terhadap tabiat membeli di kalangan pengguna menunjukkan bahawa pelanggan cenderung untuk berbelanja lebih dua kali ganda apabila mereka tidak perlu mengeluarkan wang tunai bagi membeli sesuatu. Hati tak pedih sangat bila tak lihat duit kertas tunai tu dihulurkan.
Dengan menggunakan kad kredit, pelanggan biasanya terleka untuk membeli apa sahaja yang dia inginkan, walaupun kebiasaannya barangan tersebut tak berapa diperlukan sangat.
Pelanggan juga akan terleka untuk terus berbelanja dengan menggunakan kemudahan kad kredit yang tidak memerlukan dirinya mempunyai wang tunai di dalam akaun bank. Lagipun, pengguna kad kredit hanya perlu membuat bayaran yang minima sahaja bila cukup bulan.
Daripada pembacaan, saya mendapat tahu bahawa kebanyakan orang kaya termasuklah tuan punya bank yang mengeluarkan kad kredit itu sendiri, tidak suka menggunakan kad kredit untuk membeli barang keperluan mereka.
Walaupun bank milik mereka sendiri ada menawarkan kemudahan kad kredit pada para pengguna, mereka sendiri tidak percaya akan sistem berbelanja tanpa wang itu.
Bayar tunai sajaBermula daripada sekarang, jadikanlah amalan membeli belah dengan menggunakan wang tunai sahaja. Itu yang paling afdal. Kalau nak pakai kad, pakai yang debit. Terus tolak dari duit tunai yang anda ada dalam akaun bank.
Seandainya anda ke kedai dan tidak membawa wang tunai, tak perlulah membeli. Batalkan saja niat tersebut sehinggalah anda terpaksa datang semula bila ada masa nanti, datang dengan wang tunai.
Jika anda guna kad debit, pastikan sentiasa pantau baki yang ada dalam akaun. Setiap kali buat bayaran, bayangkan duit ditolak melayang keluar dari akaun anda dan meninggal bakinya yang makin berkurangan.
Saya senaraikan beberapa kelebihan membeli dengan menggunakan wang tunai. Antaranya adalah:
Hanya barang yang berkemampuan sahaja kita akan beli. Seandainya tak ada duit dalam akaun atau dalam simpanan, anda tak dapat meneruskan niat membeli. Ini berbeza jika anda menggunakan kad kredit. Ia mengizinkan anda membeli walaupun tak ada wang dalam akaun bank.Pembelian dengan wang tunai membuatkan anda terpaksa mengira dengan betul antara barang dan jumlah wang di dalam poket anda. Selagi anda mengira begitu, terlajak membeli benda yang tak perlu tak akan terjadi. Jika terlajak beli dan wang tak cukup, anda terpaksa memilih yang lebih penting antara yang terpenting.Membawa wang di dalam poket dengan kadar yang berpatutan biasanya membuatkan diri kita berasa lega. Wang di dalam poket adalah cagaran jika ada berlaku perkara-perkara terkejut di luar jangkaan. Tapi janganlah bawa wang yang besar jumlahnya. Ianya amat merbahaya.Sikap berhati-hati untuk tidak membawa wang tunai yang banyak di dalam dompet juga menjadi satu alat kekangan berbelanja yang baik dan automatik untuk mengajar anda berjimat.Tanpa kad kredit bermakna anda hidup tanpa hutang yang tak patut. Bagi saya hutang kad kredit adalah satu jenis hutang yang buruk dan jelek yang tak sepatutnya terjadi. Tetapi hutang seperti pembelian rumah dan seumpamanya memang tak boleh dielakkan.Susahkan proses membeliPenjual dan peniaga tahu teknik memudahkan semua perkara dan urusan membeli untuk buatkan barangan yang mereka jual laku keras.
Bila dah tahu itu, anda boleh atasinya dengan menyusahkan diri sendiri setiap kali mahu membuat belian. Sebab itu saya syorkan lebih banyak guna duit tunai sahaja dalam pembelian. 
Jadi sebagai langkah paling awal untuk anda menguruskan hutang yang membelengu diri, anda perlu pastikan mulai dari saat ini, akan hanya membeli barang keperluan atau membeli belah dengan hanya menggunakan wang tunai sahaja.
Tak ada wang tunai, tak payah beli. Semua kad kredit yang anda sekarang, jika ada simpanlah di dalam satu dompet yang berasingan. Simpan sekadar untuk anda selesaikan hutang yang masih ada sahaja di dalamnya.
Apabila selesai kesemua hutang tersebut, gunting sahaja kad kredit itu dan batalkan penggunaannya dengan segera. Mungkin anda hanya perlu simpan hanya satu kad kredit sahaja untuk tujuan kecemasan atau penggunaan ketika berada di luar negara, itupun jika perlu sahaja.
Anda tidak perlu risau jika selepas ini apabila berjaya mengekang diri sendiri sehingga selesai semua hutang kad kredit. Ini kerana tabiat membeli secara tunai yang telah dilatih akan berterusan dalam diri anda.
Apabila tabiat membeli dengan menggunakan wang tunai bertapak dalam diri, anda akan selamat sejahtera dan hidup akan tersa bahagia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/01/buat-belian-dari-duit-yang-anda-miliki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Perkara Pengguna Kad Kredit Harus Ambil Tahu Di Awal Tahun

5 Perkara Pengguna Kad Kredit Harus Ambil Tahu Di Awal Tahun

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 399 hits
Bismillahirrahmanirrahim Selamat datang tahun 2023 moga tahun ini lebih baik lebih sukses dari segi apapun yang kita lakukan moga tahun ini memberi lebih kebaikan buat kita InsyaALLAH Anda pengguna kad kredit seperti saya Jika dulu saya ada...
Nafkah Isteri Bukan Duit Sahaja Emosi Pun Sama Contohilah Cara Nabi Layan Isteri

Nafkah Isteri Bukan Duit Sahaja Emosi Pun Sama Contohilah Cara Nabi Layan Isteri

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 350 hits
Beberapa hari ini kecoh di media sosial tentang kisah rumah tangga seorang artis terkenal Banyak yang kita boleh pelajari daripada kisah yang tular ini Pelbagai riaksi dan kata kata nasihat diberikan oleh orang ramai termasuklah kaum suami ...
Checklist Barang Ke Labour Room Bawa Yang Perlu Sahaja

Checklist Barang Ke Labour Room Bawa Yang Perlu Sahaja

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 175 hits
Menantikan saat kelahiran bayi adalah detik terindah yang ditunggu oleh setiap pasangan suami isteri dan juga seluruh ahli keluarga Disamping kegembiraan serta perasaan yang bercampur baur pastikan anda sudah menyiapkan barang ke yang perlu...
Mengapa Kita Perlu Sihat Keadaan Sihat Bukan Untuk Kebaikan Diri Sendiri Sahaja

Mengapa Kita Perlu Sihat Keadaan Sihat Bukan Untuk Kebaikan Diri Sendiri Sahaja

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 151 hits
Kesihatan adalah nikmat terbesar Kalau sihat banyak perkara atau tugas boleh dilakukan dengan mudah Buat itu dan ini tanpa alami kesukaran Memanglah kesihatan dan kekuatan kita akan berkurangan apabila bilangan tahun hidup semakin bertambah...
Pau 2023 Hanya Akan Dihadiri Oleh Ahli Umno Bn Dan Friends Of Bn Sahaja

Pau 2023 Hanya Akan Dihadiri Oleh Ahli Umno Bn Dan Friends Of Bn Sahaja

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 206 hits
KUANTAN Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan hanya ahli parti itu komponen Barisan Nasional dan Friends of BN yang akan hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2023 pada 11 hingga 14 Januari ini Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan ...
Cium Sahaja Yoo Jaesuk Sokong Hubungan Cinta Jeon Somin Yang Sechan

Cium Sahaja Yoo Jaesuk Sokong Hubungan Cinta Jeon Somin Yang Sechan

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 145 hits
Adakah hubungan cinta Yang Se chan dan Jeon So min akan melangkah ke fasa seterusnya ARTIKEL BERKAITAN Dalam episod terbaru ini para ahli Running Man menyambut tahun baru dan meninggalkan memori bersama Semasa berada di tepian sungai itu Ki...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco