Buah Dokong Jenis Khasiat Dan Rupa Bentuknya


Buah dokong ini merupakan sejenis buah yang berada dalam keluarga buah yang sama dengan buah langsat dan duku. Namun begitu, rasanya yang lebih manis menjadikan ia antara pilihan utama orang ramai dalam melakukan pemilihan antara tiga buah ini.
Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan buah dokong ini, seperti khasiat dan jenisnya, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel.
Apa itu Buah Dokong? Buah dokong merupakan sejenis buah yang berada dalam keluarga buah yang sama dengan buah langsat dan duku, iaitu keluarga Meliaceae. Bentuk dan rasa buah ini juga agak sama dengan buah langsat dan duku, tetapi ia lebih manis berbanding dua buah tersebut.
Nama saintifik bagi dokong ini ialah Lansium Domesticum Corr. Buah ini dipercayai berasal dari Narathiwat Thailand dan dikenali sebagai longkong di sana. Jenis buah ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
Dokong Air Kandungan air dalam buah jenis ini adalah tinggi, dan air akan terpancut keluar apabila kulit ditekan. Isi buah kurang manis jika dibandingkan dengan isi buah dokong kering.  Kulitnya nipis tetapi bergetah. Tidak ekonomik ditanam secara komersial kerana nilai dan sambutan pasaran adalah rendah. Dokong Kering Ditanam secara komersial kerana buah sangat manis Kulit tidak bergetah Kandungan biji yang rendah dan kebanyakan biji adalah kesat.  Buahnya tersusun rapat di tangkai. Dokong Biji Setiap ulas mengandungi satu biji benih yang besar dan bernas.  Isinya sangat nipis, tidak berair dan rasanya masam-masam manis.  Kulitnya lebih tebal dari dokong kering dan dokong air dan tidak bergetah.  Buah tidak mempunyai nilai komersial tetapi bijinya boleh digunakan sebagai sumber benih pokok penanti. Berikut merupakan rupa bentuk buah dokong kering yang sangat diminati masyarakat di Malaysia:
Sumber: Jabatan Pertanian Pulau Pinang
Perbezaan Dokong, Langsat dan Duku Bagi peminat buah dokong ini anda pasti dapat membezakan buah ini dengan buah langsat dan duku. Selain rasanya yang lebih manis, berikut merupakan antara perbezaan di antara buah ini dengan buah langsat dan duku.
BuahNegara AsalKulitRasa BijiGetahDokongThailandSedikit TebalTak banyak biji Tak bergetahLangsat MalaysiaNipis PahitbergetahDukuMalaysiaTebalSederhana Pahitbergetah Khasiat dan Kebaikannya Seperti buah-buah lain, buah dokong ini juga mempunyai kebaikan dan khasiatnya yang tersendiri. Berikut merupakaan antara beberapa manfaat yang boleh anda peroleh bila anda memakan buah ini:
Rendah Kalori Buah ini mempunyai kalori yang rendah, iaitu setiap 100 gram buah ini, ia hanya membekalkan sebanyak 57 kcal kepada tubuh badan. Bagi anda yang inginkan snack atau makanan ringan yang tidak menambah berat badan anda secara mendadak, anda boleh gantikannya dengan buah ini. Membantu Penghadaman Buah dokong mengandungi serat yang dapat membantu dalam mengekalkan probiotik dalam badan. Probiotik ini akan dapat membantu melancarkan penghadaman anda dan mencegah penyakit sembelit. Kaya Antioksida dan Vitamin Antioksida yang terdapat dalam buah ini dapat membantu mencegah tekanan oksidatif yang boleh menyebabkan keradangan. Vitamin B yang terdapat dalam buah membantu menghasilkan tenaga dan memastikan sel-sel tubuh kita dapat berfungsi dengan baik. Membantu Mengawal Tekanan Darah Buah ini mengandungi kalium, sejenis mineral yang dapat membantu untuk menurunkan tekanan darah. Kalium dalam buah akan membantu pengembangan salur darah dan mengurangkan tekanan yang dikenakan ke atas salur darah. Bagus untuk Kesihatan Tulang dan Otot Buah ini juga bagus untuk kesihatan tulang dan otot kerana ia mengandungi kalsium dan kalium yang diperlukan bagi menghasilkan tulang yang kuat dan sihat. Baca juga: Mandi Bunga : Khasiat Tradisional, Pantang Larang, Hukum Dalam Islam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/buah-dokong/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=buah-dokong

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mandi Bunga Khasiat Tradisional Pantang Larang Hukum Dalam Islam

Mandi Bunga Khasiat Tradisional Pantang Larang Hukum Dalam Islam

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 238 hits
Mandi bunga merupakan salah satu rawatan tradisional yang popular Walaupun ia kini sudah diperluaskan sebagai rawatan alternatif di spa dan pusat kecantikan ritual ini masih menjadi pilihan utama khususnya bagi masyarakat Melayu Ia sering d...
Gula Pasir Khasiat Harga Kawalan Cara Penghasilan

Gula Pasir Khasiat Harga Kawalan Cara Penghasilan

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 238 hits
Gula pasir merupakan sejenis gula yang boleh dikatakan hampir setiap isi rumah di Malaysia menggunakannya sama ada dalam makanan mereka ataupun minuman Hal ini juga menjadikan gula antara barangan yang berada di bawah barang kawalan kerajaa...
10 Scrub Muka Terbaik Untuk Semua Jenis Kulit

10 Scrub Muka Terbaik Untuk Semua Jenis Kulit

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 221 hits
Apakah scrub muka terbaik yang sesuai untuk anda beli pada tahun 2024 ini Dalam artikel ini kami akan kongsikan 10 scrub muka terbaik untuk memudahkan anda membuat perbandingan Baca juga St Ives Fresh Skin Apricot Face Scrub Pros Menggunaka...
Jenis Jenis Tabungan Selain Tabungan Usaha

Jenis Jenis Tabungan Selain Tabungan Usaha

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 974 hits
Dalam dunia bisnis memiliki tabungan yang khusus sangat penting untuk membantu pengelolaan keuangan dengan lebih baik Salah satu jenis tabungan yang wajib dimiliki adalah tabungan usaha Tabungan ini dikhususkan untuk mengatur aliran masuk d...
Khasiat Jus Tembikai Rahsia Awet Muda Dan Ceria Sepanjang Hari

Khasiat Jus Tembikai Rahsia Awet Muda Dan Ceria Sepanjang Hari

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 356 hits
Siapa sangka jus tembikai bukan saja sedap tapi juga boleh buat kita rasa macam supermodel sepanjang hari Kalau korang tengah cari minuman yang bukan saja menyegarkan tekak tapi juga membantu korang untuk kekal awet muda dan bertenaga jus t...
Tepung Kanji Asal Usul Khasiat Dan Jenama Tepung

Tepung Kanji Asal Usul Khasiat Dan Jenama Tepung

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 215 hits
Tepung kanji atau dikenali juga sebagai tepung ubi kayu merupakan sejenis tepung yang dihasilkan daripada batang ubi kayu Tepung ini sangat bagus digunakan bagi pesakit celiac kerana tepung jenis ini tidak mempunyai gluten di dalamnya Bagi ...
Khasiat Tempe Vs Tauhu

Khasiat Tempe Vs Tauhu

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 329 hits
Khasiat Tempe Vs Tauhu Siapa suka makan kedua dua makanan ini Makanan orang jawa kebanyakannya dan saya suka kan kedua duanya Anak bongsu saya pula amat sukakan tauhu Yang penting tauhu goreng Saya pula suka je tauhu atau tempe masak apa je...
Pakar Otak Listkan Khasiat Keledek Ungu Rupanya Ramai Tak Tahu

Pakar Otak Listkan Khasiat Keledek Ungu Rupanya Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 291 hits
Biasa makan keledek tak Tentu ada yang pernah menikmati makanan ini bersama nenek atau ibu ayah di kampung Sebenarnya keledek ini banyak khasiat yang ramai tak tahu Bukan calang calang makanan kampung ini Rupanya telah terbukti mempunyai ba...
Gula Melaka Khasiat Dan Kegunaannya Dalam Masakan

Gula Melaka Khasiat Dan Kegunaannya Dalam Masakan

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 239 hits
Sering kita dengar berkenaan penggunaan gula melaka yang juga dikenali sebagai gula palma atau gula tuak ini dalam masakan masakan di Malaysia Namun begitu tidak ramai daripada kita yang tahu bagaimana gula ini dihasilkan Jadi buat anda yan...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

Drama Dari Rahim Yang Sama

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

Api Dapur Bertukar Oren Jangan Panik Cuba Cara Ni Dulu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kable Unifi Terputus

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik

Buat Program Infaq Bagi Bantuan Sana Sini Tapi Akaun Tiktok Boikotpakmat Dakwa Pak Mat Western Liat Bayar Gaji Staf

Kerajaan Perlu Ambil Tindakan Tegas Terhadap Tengku Maimun Nazri

Exploring The Underwater Caves Of The Yucat N Peninsula