Buah Buahan Kegemaran Rasulullah


Buah-buahan Kegemaran Rasulullah | Rasulullah s.a.w amat mementingkan pemakanannya dan mengambil banyak sayur-sayuran, biji-bijian dan buah-buahan dalam menu harian. Nabi Muhammad s.a.w biasa mengamalkan memakan barli, oat dan habatus sawda kerana ia kaya dengan antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkat sistem imun badan, menyihatkan jantung dan mengawal penyakit kencing manis.  
Selain daripada itu Rasulullah juga sukakan buah-buahan. Antara buah-buahan kegemaran Rasulullah adalah kurma, tembikai, buah zaitun, buah tin, anggur dan buah delima.

Buah-buahan Kegemaran Rasulullah
1) KurmaRasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, “Barangsiapa di dalam rumahnya tiada tamar(kurma), rumahnya seperti tiada makanan”, ia juga baik dimakan ketika mengandung.


Kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 2,1% protein, 18% lemak, 73% gula dan 3% serat. Jadi terbukti bahawa kurma adalah buah paling berkhasiat di dunia. Buah kurma juga dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal (buah pinggang)

2) AnggurRasulullah صلى الله عليه وسلم sangat gemar makan anggur. Ia membersihkan darah, membekalkan tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang, dan mencuci usus.

Menurut Tahlbah, anggur sudah dikenali sejak zaman Nabi Nuh AS lagi. Tanaman yang berbuah manis dan lazat ini tumbuh memanjat/menjalar ke atas, berlawanan arah dengan hujung kuncupnya, dan searah dengan penongkat anggur. Sebagai ubat, anggur memiliki kandungan zat yang sangat tinggi. Tahlbah menceritakan bahawa buah anggur boleh mengubati batuk, membersihkan darah, membersihkan usus dan pencernaan. Bukan itu saja, buah anggur juga boleh dimanfaatkan bagi sesiapa yang henda melakukan diet iaitu mengatur pola makanan.

3) Buah Tin/AraRiwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.” **Sumber



Ia merupakan buah daripada syurga dan penawar bagi penyakit buasir. Buah Tin/ Ara kaya serat makanan, yang membuat mereka sangat efektif untuk program penurunan berat badan( Obesiti). Bahkan daun dari tanaman tin memiliki sifat penyembuhan. Rebusan daun pohon tin/ ara dapat membantu pesakit diabetes mengurangi jumlah asupan insulin. Makan buah tin/ ara sebagai rutin harian dapat membantu mengurangi risiko kanser payudara.

Dan lagi, makan buah tin/ ara dapat mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah Anemia.

4) Buah Zaitun Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, " Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".




Rawatan yang hebat bagi kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat radang perut. Dunia moden pada hari ini, melalui kajian- kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit.

5) TembikaiRasulullahصلى الله عليه وسلم bersabda, “Tiada seorangpun wanita yang mengandung dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik juga kelakuannya”.




Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."

6) DelimaRasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda bahawa ia membersihkan kamu daripada gangguan jahat syaitan selama 40 hari.

 

Khasiat buah delima amatlah banyak antaranya biasa digunakan untuk membersihkan kulit dan mengurangi peradangan pada kulit. Khasiat buah delima tersebut boleh diperolehi dengan berbagai cara antaranya dalam bentuk sari buah atau boleh juga dengan memakan bijinya, sirap, pasta atau jus delima.

Selain yang sudah disebutkan tadi, khasiat buah delima bagi kesihatan antara lain dapat merawat penyakit-penyakit seperti gangguan perut, gangguan jantung, kanser, rawatan gigi, kurang darah dan diabetes.

Sebagai kesimpulannya, makanlah dengan punca rezeki yang halal dan makanan yang berkhasiat. Lebih-lebih lagi jika kita makan berpandukan amalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.aw. Apa kata kita jadikan ayat dari al-Quran berikut sebagai renungan

 ''Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.'' ( QS: An Nahl: ayat 11)Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2014/02/buah-buahan-kegemaran-rasulullah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Pokok Buah Buahan Dari Thailand Diseludup

Anak Pokok Buah Buahan Dari Thailand Diseludup

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 258 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kalau Anak Buah Begitu Saya Letak Jawatan Bubar Parti

Kalau Anak Buah Begitu Saya Letak Jawatan Bubar Parti

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 237 hits
Diterbitkan Hari ini 1 33 tengahari MUKTAMAR PAS Abdul Hadi Awang berkata beliau akan meletak jawatan dan membubarkan PAS jika ada antara anak buahnya terlibat dalam kegiatan tidak bermoral Bercakap kepada perwakilan dan pemerhati Muktamar ...
Waspada Warga Kota Amaran Ribut Petir Malam Ini Di Beberapa Buah Negeri Metmalaysia

Waspada Warga Kota Amaran Ribut Petir Malam Ini Di Beberapa Buah Negeri Metmalaysia

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 284 hits
Waspada Warga Kota Amaran Ribut Petir Malam Ini Di Beberapa Buah Negeri Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan satu amaran ribut petir yang melibatkan beberapa kawasan melibatkan negeri Semenanjung dan luar Semenanjun...
Ingatkan Durian Ramai Tak Tahu Who Dah Nobatkan Betik Raja Segala Buah Ini Sebabnya

Ingatkan Durian Ramai Tak Tahu Who Dah Nobatkan Betik Raja Segala Buah Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 440 hits
Sebut sahaja pasal durian umum akan terbayang buah berduri mempunyai isi kuning keemasan yang mampu memikat selera sesiapa sahaja yang terbau aroma uniknya Bukan sahaja popular di Malaysia ia juga terkenal di dunia terutamanya di negara neg...
Kejadian Ribut 17 Buah Keluarga Terjejas

Kejadian Ribut 17 Buah Keluarga Terjejas

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 289 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
4 Buah Rumah Terbakar 2 Beranak Warga Indonesia Maut

4 Buah Rumah Terbakar 2 Beranak Warga Indonesia Maut

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 364 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Hujan Lebat Dan Ribut Petir Di Tiga Buah Negeri Bermula Petang Ini

Hujan Lebat Dan Ribut Petir Di Tiga Buah Negeri Bermula Petang Ini

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 263 hits
Hujan Lebat Dan Ribut Petir Di Tiga Buah Negeri Bermula Petang Ini Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan satu amaran ribut petir yang melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia Menurut kenyataan yang dikelua...
Teknologi Pertanian Raja Buah

Teknologi Pertanian Raja Buah

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 302 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Kesehatan Buah Hati Di Sekolah

Kesehatan Buah Hati Di Sekolah

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 336 hits
Kesehatan anak terutama yang baru saja memasuki usia sekolah harus lebih diperhatikan karena pada masa tersebut anak anak harus beradaptasi dengan dunia baru Jika dulunya mereka hanya berkegiatan di rumah yang cenderung lebih aman dari duni...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya