Ingatkan Durian Ramai Tak Tahu Who Dah Nobatkan Betik Raja Segala Buah Ini Sebabnya
Sebut sahaja pasal durian, umum akan terbayang buah berduri, mempunyai isi kuning keemasan yang mampu memikat selera sesiapa sahaja yang terbau aroma uniknya. Bukan sahaja popular di Malaysia, ia juga terkenal di dunia terutamanya di negara-negara Asia Timur-Selatan.
Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis dan gred durian, namun yang sering menjadi rebutan orang ramai adalah Musang King, Udang Merah, D24, Traka ataupun Hor Lor. Harganya yang agak mahal mengikut pasaran semasa menjadikan ia umpama ‘raja’ yang sukar dimiliki.
Gambar Hiasan
Malah, ia sememangnya sinonim dengan gelaran Raja Buah. Namun menurut Dr. Rizal Abu Bakar, seorang educator yang selalu berkongsi ilmu di laman Facebook menyatakan sebaliknya.
Dalam hantaran terbarunya, Dr Rizal yang merujuk kepada kenyataan World Health Organization (WHO) menjelaskan bahawa Betik sebagai Raja Buah. Ini penjelasannya:
Betul ke raja buah adalah durian? Ikut WHO raja buah bukan durian. WHO nobatkan BETIK sebagai RAJA BUAH untuk dua tahun berturut turut.
Bagusnya betik, ia bukan buahan musim. Berbuah sepanjang tahun. Harganya pun bukan dalam kategori harga terlondeh seluar macam Musang King. Masih mampu beli.
Betik diangkat sebagai raja buah kerana kandungan nutrisinya yang tinggi. Antaranya:
1. Kalsium pada betik adalah dua kali ganda tinggi berbanding epal. Lebih bagus dari ambil
Susu lembu untuk dapatkan kalsium.
Kalsium sangat penting untuk manusia. Selain untuk tulang yang kuat, kalsium bolehkah darah membeku, otot mengendur dan jantung kita berdegup.
2. Vitamin C pada betik adalah 13 kali ganda tinggi dari epal, 7 kali tinggi berbanding pisang 7 kali lebih banyak dari tembikai, 8 kali ekstra dari cherry, dan 1.3 kali power dari nenas.
Vitamin C pula penting untuk kuatkan sistem imun, kesihatan jantung, kulit cantik, tangani stres, dan strok seperti yang dilaporkan oleh American Journal of Clinical Nutrition.
3. Vitamin A 10 kali power dari kiwi, 18 kali lebih tinggi dari epal, 1.5 ekstra berbanding pisang, 1.5 lebih banyak dari tembikai, 15 ganda banyak dari cherry dan 16 lebih power dari nenas.
Vitamin A penting untuk kesihatan mata, sistem imun dan sistem peranakan. Fungsi jantung, paru-paru dan ginjal bergantung kepada vitamin A. Kajian di US seperti yang dilaporkan oleh National Institute of Health dapati kanak-kanak yang kekurangan vitamin A apabila terkena demam campak, keadaan mereka lebih kritikal.
Gambar Hiasan
4. Vitamin K pula 5 ganda berbanding pisang, 2.5 lebih tinggi berbanding tembikai and 4 kali ganda ekstra dari nenas.
Vitamin K bantu bekukan darah. Halang dari pendarahan berterusan. Penting untuk metabolisme tulang, stabilkan tekanan darah dan kesihatan jantung. Kekurangan vitamin K juga dikaitkan dengan eoteoporosis.
5. Carotenoids yang terdapat betik penting untuk kesihatan mata termasuklah jenis carotenoids seperti lycopene, beta-carotene, lutein dan zeaxanthin. Jumlah terkumpulnya adalah 2000 lebih tinggi dari kiwi, epal, cherry dan nenas. Pisang tidak mengandungi carotenoids
Bagusnya carotenoids ini ialah ia bersifat anti kanser. Ia juga bertindak sebagai anti oksida bantu tangani radikal bebas.
Gambar Hiasan
6. Selain itu, betik mengandungi zat besi, magnesium, Phosporus, Potassium, zinc, Thiamin, riboflavin, Niacin, Vitamin B6, B12, Folate, dan Vitamin E.
Kesuruhan nutrien adalah 33 seperti yang dilaporkan oleh US Department of Agriculture (USDA).Untuk dapatkan 33 nutrien penting untuk tubuh makanlah betik.
Kalau tidak dapat beli sebiji sekurang-kurangnya jamah sepotong sebelum sarapan, makan tengahari atau makan malam. Masukkan nutrisi penting dalam tubuh. Betik juga snek yang baik untuk minum petang. Jom membetik! Sihat itu jihad! Jom!
Rujukan
[1] Sobir (2010). Bertanam Durian Unggul. Jakarta: PT Niaga Swadaya. m/s. 7. ISBN 9790024444. Dicapai pada 20 Jun 2019
Sumber : Dr. Rizal Abu Bakar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/06/20/ingatkan-durian-ramai-tak-tahu-who-dah-nobatkan-betik-raja-segala-buah-ini-sebabnya/