Buah Betik Banyak Khasiatnya Makan 14 Minggu Berturut Turut Bantu Mudakan Kulit Wajah


Betik antara buah-buahan yang memberikan banyak manfaat untuk kesihatan. Memang sedap dapat makan betik terutama bila dimakan ‘sejuk-sejuk.’ Betik atau dikenali sebagai “pawpaw” di beberapa negara lain, mengandungi beberapa jenis karotenoid yang banyak memberi manfaat kepada kesihatan.
Menarik tentang betik, buahnya manis. Kebaikannya juga luar biasa. Jika tertelan biji betik, jangan risau sebab ia sebenarnya boleh dimakan. Kalau anda peminat makanan yang pahit mesti suka bijinya. Ada kebaikan utama betik yang ramai tidak tahu. Jangan tahu makan sahaja ya. Wajib tahu khasiatnya.
Kredit foto: Freepik Buah Betik Banyak Khasiatnya Betik ada banyak jenis. Ada betik kampung. Kalau yang kacukan nama dia betik Exotica. Exotica lebih berisi. Rasanya lebih manis dan lebih berwarna terang.
Banyak manfaat buah betik dalam kehidupan harian kita. Berikut dikongsikan faktanya:
Pelembut daging
Dalam betik ada papain. Tugasnya pecahkan molekul protein yang kuat pada daging. Cara untuk lembutkan daging mudah sahaja. Selalu orang guna untuk lembutkan daging kerbau. Guna betik yang mengkal. Yang belum ranum. Potong dadu sekali dengan kulit. Kisar. Masukkan jus betik ke atas daging. Gaul hingga rata dan sebati. Perap selama 2-3 jam. Jangan lebih kalau tak isi daging jadi kering.
Anti Oksidan
Betik bersifat anti oksidan dan ada caretonoids. Jenis spesifiknya ialah lycopene. Anti oksida ini perangi radikal bebas dalam tubuh. Apabila kita ambil junk food dan bergula, berlakulah radikal bebas.
Bahaya radikal bebas ia boleh sebabkan Alzheimer’s. Lycopene inilah yang akan bantu neutralize radikal bebas. Pendapat ini dirakamkan di jurnal saintifik Clinical Intervention in Aging.
Kredit foto: Freepik Anti Kanser
Bab ini memang power. Siapa sangka betik yang mudah tumbuh dan murah adalah anti kanser terutamanya breast cancer. Kajian tentang hal ini dibincangkan di jurnal saintifik International Journal of Food Sciences and Nutrition. Bahan utama yang menjayakan ‘watak’ anti kanser ini tidak lain adalah lycopene.
Sihatkan Jantung
Adakah anda tahu tahap kesihatan jantung? Kajian di The American Journal Medicine dapati vitamin C dan Lycopene dalam betik menghalang penyakit jantung. Bukan sahaja bagus untuk jantung, ia juga jaga prostat untuk lelaki dan halang tumor.
Makan 14 Minggu Berturut-turut Bantu Mudakan Kulit Wajah Anti Inflamasi
Satu perkara menarik tentang betik ialah ia bersifat anti inflamasi atau anti radang. Ia menurunkan jumlah C-Reactive Protein atau CRP – punca kepada inflamasi. Sekiranya anda cuba turunkan berat badan tetapi gagal, kemungkinan puncanya ialah CRP.
Antara kerja jahat CRP ialah ia baluti hormon kenyang Leptin sehingga otak tidak dapat kenalpasti hormon ini. Akhirnya anda akan terus makan sebab otak fikir anda belum kenyang. Puncanya otak tidak dapat kenal hormon leptin. Akibatnya, tanpa disedari anda dengan bangganya terus melahap makanan.
Halang Kerosakan Kulit
Bab ini penting untuk diambil tahu. Betik kaya vitamin A, C dan E. Tiga ini sekali dengan lycopene dalam betik menjaga kulit daripada berkedut, gelebeh, dan berbintik bintik. Ringkasnya keduanya adalah sistem sekuriti menjaga kulit dari dirosakkan.
Kajian dalam jurnal saintifik International Journal of Cosmetic Science mendapati bahawa individu yang mengambil betik 14 minggu berturut-turut berjaya memudakan kulit mereka. Photo by shiny-diamond from Pexels. Turunkan Kolesterol
Anti oksidan, fiber sekali dengan potassium membantu memastikan arteri tidak tersumbat. Ia juga membantu melancarkan aliran darah.
Redakan ‘Menstrual Pain’
Betik ini bukan buah sahaja yang berkhasiat, esktrak daun betik juga dilaporkan mampu kurangkan menstrual pain. Kaum wanita boleh amalkan ya!
*Kajian dalam International Journal of Scientific and Research Publications tahun 2020.
Sumber kredit: Dr Rizal Abu Bakar 
Kredit top image: Pexels 
 
The post Buah Betik Banyak Khasiatnya, Makan 14 Minggu Berturut-turut Bantu Mudakan Kulit Wajah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/buah-betik-banyak-khasiatnya-makan-14-minggu-berturut-turut-bantu-mudakan-kulit-wajah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pecah Rekod Psy Jungkook Bts Duduki Carta Tertinggi Billboard Selama 13 Minggu Berturut

Pecah Rekod Psy Jungkook Bts Duduki Carta Tertinggi Billboard Selama 13 Minggu Berturut

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 179 hits
Biar betul ARTIKEL BERKAITAN Pada 3 November Jung kook telah mengeluarkan album solo pertamanya GOLDEN Selepas hampir dua minggu dikeluarkan lagu utama bagi album solo tersebut iaitu Standing Next To You telah berjaya mencipta pelbagai reko...
Kulit Nanas Boleh Buat Baja Buah Tanaman Jadi Lebat Cantik

Kulit Nanas Boleh Buat Baja Buah Tanaman Jadi Lebat Cantik

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 472 hits
Selain kulit bawang kulit juga boleh dijadikan Menariknya baja organik dari kulit nanas ini boleh melebatkan dan mencantikkan buah Kalau biasanya kulit nanas kita anggap sebagai sampah dan dibuang begitu sahaja selepas ini jangan buang lagi...
Teh Haritaki Banyak Sekali Khasiatnya Terutama Membuang Angin Dalam Badan

Teh Haritaki Banyak Sekali Khasiatnya Terutama Membuang Angin Dalam Badan

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 267 hits
Memperkenalkan Teh Haritaki daripada Teh yang diperbuat darip da buah belimbing gunung iaitu Chebulic myrobalan yang telah digunakan lebih 2000 tahun oleh perubatan Ayurveda Dalam bahasa Cina iai di sebut He Zhi Manakala dalam bahasa Tibet ...
Jangan Makan Gula Banyak Fomca Kata Nanti Kena Kencin Maneh

Jangan Makan Gula Banyak Fomca Kata Nanti Kena Kencin Maneh

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 470 hits
Aku nak beritahu satu Statement ni bukan datang dari menteri Ini statement Timbalan SUA FOMCA Kena jelaskan sebab aku percaya walaun akan guna ini dan kata kerajaan yang keluarkan kenyataan ini Padahal yang pernah kata makan ayam banyak tak...
Buah Apa Boleh Makan Waktu Pantang Ini Senarainya Take Note Ibu

Buah Apa Boleh Makan Waktu Pantang Ini Senarainya Take Note Ibu

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 233 hits
Selepas melahirkan anak badan sudah semestinya kepenatan melampau kerana kehilangan banyak tenaga Selain rehat yang mencukupi pemakanan yang sihat dan segar juga antara yang diperlukan untuk cepat pulih Pun begitu ibu harus bijak memilih ma...
Sudu Boleh Diguna Urut Wajah Kulit Jadi Anjal Kedut Hilang Nampak Awet Muda

Sudu Boleh Diguna Urut Wajah Kulit Jadi Anjal Kedut Hilang Nampak Awet Muda

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 211 hits
harian pada wajah amat berkesan untuk membantu menghilangkan ketegangan dan tekanan pada tisu otot boleh dijadikan medium untuk mengurut wajah Urutan juga membantu untuk membuang toksin membantu menenangkan kulit wajah dan meningkatkan pere...
Wany Hasrita Kongsi Tip Jaga Kecantikan Penting Jaga Makan Konsisten Rawat Wajah

Wany Hasrita Kongsi Tip Jaga Kecantikan Penting Jaga Makan Konsisten Rawat Wajah

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 254 hits
dikenali dengan suara yang merdu dan bakat vokal yang memukau Pelantun lagu Menahan Rindu yang merupakan isteri kepada Mohd Al Adib Fahmi Harun ini selain berbakat dalam bidang nyanyian juga dikenali kerana penampilannya yang menawan Ternya...
Cycling 9 Februari 2025

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

How To Recover Lost Data From Your Smartphone


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan