Buah Belimbing Buluh Yang Masih Anak Anak
Selamat pagi jumaat yang penuh berkat. Semoga terbuka segala pintu rezeki dan segala pintu kebaikan untuk kita semua serta dipermudahkan segala urusan. Aaaminn...
Seminggu berlalu terlalu cepat. Rasa macam baru je hari Isnin, sedar sedar dah jumaat dah.
Haritu balik kampung, tengok lah pokok buah belimbing kot kot ada buah. Tapi buah belimbing masih anak anak lagi. Saiz belum cukup matang untuk dipetik. Kalau besar dan cukup matang dapatlah saya petik buat stok kat rumah.
Bila dah saiz begini masih anak anak dan bunga pun masih banyak lagi. Tak jadi lah nak petik. Cuma besar sikit tu boleh lah ambil. Tapi sudahnya nak balik tak terambil pulak
Buah belimbing yang sedang tu memang masam menyengat. Tak sanggup haih nak gigit. Tapi ada sorang anak buah ni, dia makan buah belimbing macam makan buah yang manis je. Kita pulak yang buat muka berkerut kerut menahan rasa masam tu
Buah Belimbing BuluhBuah belimbing dari keluarga Oxalidaceae. Sejenis buah yang bermusim jugak. Datang musim buah belimbing meriah buahnya sampai jatuh jatuh kat tanah. Mak saya suka guna buah belimbing untuk hilangkan bau hanyir ikan sungai.
Mak mentua saya macam jarang guna belimbing buluh ni. Terbiar sepi, biasanya saya lah yang akan ambil
Enak juga dijadikan sebagai ramuan dalam masakan tradisional seperti :
sambal belacansambal ikan bilis belimbing buluhudang masak lemak cili apidaging salai goreng kunyitdaging salai masak lemak cili api
Dan macam macam lagi masakan. Belimbing buluh memang terkenal dalam masakan tradisional orang melayu. Kadang tu lebih suka gunakan belimbing buluh daripada asam keping.
Nama Saintifik buah belimbing buluh, Averrhoa bilimbi. Di Malaysia kita panggil belimbing asam, belimbing buloh, b’ling atau billing-billing. Buah belimbing buluh in english cucumber tree atau tree sorrel India bilimbi
Sri Lanka : bimbiriIndonesia : belimbing besu, balimbing, blimbing, or blimbing wuluh Thailand : taling pling, or kaling pring Vietnam : khế tàuTempat awak panggil nama apa pulak?
sumber : https://herbsinfoblog.wordpress.com/2017/08/23/belimbing-buluh/
Hari ni 10 September 2021 warga Selangor, Kuala Lumpur dan WP Persekutuan dah boleh main rentas negeri tiga tiga ni tanpa sekatan. Jaga diri semua.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/09/buah-belimbing-buluh-yang-masih-anak.html