Brotherhood Sisterhood Di Dunia Pekerjaan


 Assalamualaikum WRT..
Kadang-kadang, semangat persaudaraan di tempat kerja bukan datang daripada ramai orang, tapi daripada diri sendiri. Sebagai seorang secretary yang sentiasa mengurus dan memberi, SA belajar bahawa tidak semua kebaikan akan dibalas namun itu tidak pernah bermakna ia sia-sia.
Dalam dunia pekerjaan, kita sering dengar tentang semangat brotherhood dan sisterhood, erti kebersamaan, tolong-menolong, dan sokongan sesama rakan sekerja. Tapi kadang-kadang, realitinya tak seindah yang kita bayangkan.
Sebagai seorang secretary, SA selalu berada di tengah-tengah bukan di atas, bukan juga di bawah. SA jadi orang yang mengurus, menyusun, mengingatkan dan memastikan semuanya berjalan lancar. Tapi ironinya, SA lah juga yang sering menjadi orang terakhir tahu sesuatu perkara. Ada mesyuarat yang SA bantu sediakan, tapi tak dijemput hadir. Ada keputusan penting yang SA taipkan, tapi tak diberi peluang untuk faham maknanya. Setiap kali ada majlis sambutan hari lahir, SA lah yang akan sibuk mencari hadiah, menempah makanan, menghias meja, dan memastikan semua gembira. SA suka lihat rakan-rakan tersenyum bila diraikan  sebab bagi SA, itu sebahagian kecil kebahagiaan di tempat kerja.
Tetapi!!
Apabila tiba hari lahir SA sendiri, semuanya senyap. Tiada kad, tiada ucapan, tiada siapa yang peduli.

Tahun pertama SA kecewa. Tahun kedua, SA masih berharap. Tahun ketiga, SA sudah berhenti menunggu dan berharap. Perasaan tu sukar nak digambarkan bukan sebab SA nak diraikan dengan besar-besaran, tapi kerana terasa tidak dihargai. SA yang selalu merancang untuk orang lain, tapi tak ada seorang pun terfikir untuk lakukan hal yang sama buat SA. Lama-kelamaan, rasa kecewa itu jadi biasa. SA belajar untuk tidak berharap, dan mula menerima bahawa tidak semua orang akan menghargai dengan cara yang sama.
Itulah pengalaman paling pahit yang pernah SA hadapi selama beberapa tahun...sekarang SA x kisah dan dah lali...
Kadang-kadang rasa macam terpinggir. Bila orang lain ada “circle” masing-masing, SA cuma berdiri di sisi, tersenyum sambil buat kerja. Tak ada “kawan baik” di pejabat, tapi ada tanggungjawab yang perlu disempurnakan dan itu dah cukup untuk SA teruskan hari SA. Janji kerja jalan....
Lama-kelamaan SA belajar sesuatu..
Brotherhood dan sisterhood bukan semestinya tentang jumlah kawan, tapi tentang cara kita melayan orang lain. Walaupun SA tidak punya geng yang rapat, SA masih boleh jadi seseorang yang menyebarkan kebaikan  bantu tanpa berkira, senyum walau penat, dan jadi tempat orang lain bergantung bila mereka perlukan.
Mungkin SA bukan sebahagian daripada “inner circle”, tapi SA masih boleh jadi orang yang mencipta suasana positif. Dalam diam, SA belajar bahawa persaudaraan di tempat kerja tidak semestinya tentang siapa bersama kita, tapi siapa kita pilih untuk jadi setiap hari
Belajar Menghargai Diri Sendiri
Kadang-kadang kita terlalu sibuk mencari siapa yang akan memahami kita, sampai kita lupa kita pun boleh jadi orang yang memahami. Brotherhood dan sisterhood bukan selalu datang dari luar, kadang-kadang ia bermula dalam diri sendiri.

Bila kita belajar menghargai diri, bekerja dengan ikhlas, dan menyebarkan kebaikan tanpa mengharapkan balasan, lambat-laun orang akan nampak nilai itu. Mungkin bukan sekarang, tapi satu hari nanti.
Dan pada waktu itu, kita akan sedar walaupun perjalanan ini sunyi, kita tetap tak kalah. Sebab kita belajar untuk kuat dengan cara yang lembut, dan belajar untuk berdiri dengan cara yang tenang.
Ada hari-hari SA masih rasa sunyi. Tapi SA belajar untuk mencari makna dalam apa yang SA buat  bukan dalam penghargaan orang lain, tapi dalam keikhlasan diri sendiri. 
Brotherhood dan sisterhood bukan sekadar hubungan sesama manusia, tapi cerminan hati kita sendiri. Bila kita tetap memilih untuk berbuat baik, walau pernah dikecewakan, itu tanda kekuatan yang sebenar.
SA mungkin tidak diraikan, tapi SA tahu nilai diri SA tidak bergantung pada siapa yang ingat atau siapa yang lupa.
Kerana akhirnya, SA belajar.. kasih, keikhlasan, dan kebaikan yang datang dari hati, tak pernah sia-sia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.suriaamanda.com/2025/10/brotherhood-sisterhood-di-dunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemain Bass Limp Bizkit Sam Rivers Meninggal Dunia

Pemain Bass Limp Bizkit Sam Rivers Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 147 hits
Pemain Bass Limp Bizkit Sam Rivers Meninggal Dunia Pemain bass kumpulan Limp Bizkit Sam Rivers dilapor meninggal dunia pada usia 48 tahun pada 18 Oktober lalu lapor portal Variety Berita dukacita ini turut disahkan oleh kumpulan nu metal te...
Kopi Termahal Di Dunia Secawan Cecah Hampir Rm3 000

Kopi Termahal Di Dunia Secawan Cecah Hampir Rm3 000

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 292 hits
Kopi Termahal Di Dunia Secawan Cecah Hampir RM3 000 Secawan kopi yang dijual pada harga AS 680 di kedai minuman Roasters Specialty Coffee House di Dubai Emiriyah Arab Bersatu telah diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai yang termahal...
Pura Pura Baik Di Mata Dunia Dah Jadi Perkara Biasa Sekarang Uqasha Senrose

Pura Pura Baik Di Mata Dunia Dah Jadi Perkara Biasa Sekarang Uqasha Senrose

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 174 hits
Pelakon terkenal Uqasha Senrose telah berkongsi satu hantaran di Instagram seakan ditujukan kepada seseorang yang bersikap palsu dihadapan orang ramai Uqasha Senrose kongsi hantaran di IG Menerusi muat naik tersebut Uqasha Senrose atau nama...
Berbasikal Trek Para Dunia Mohamad Yusof Jaguh Pecut 200 Meter

Berbasikal Trek Para Dunia Mohamad Yusof Jaguh Pecut 200 Meter

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 215 hits
Berbasikal Trek Para Dunia Mohamad Yusof Jaguh Pecut 200 Meter KUALA LUMPUR 20 Okt Atlet para negara Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin membuktikan keunggulannya di pentas dunia dengan mengungguli pingat emas pada Kejohanan Berbasikal Trek Pa...
Dunia Sekarang Ramai Yang Sakit Dalam Diam

Dunia Sekarang Ramai Yang Sakit Dalam Diam

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 210 hits
Sekarang ni makin kerap kita dengar berita yang menyedihkan suami bunuh isteri isteri bunuh suami ibu bapa aniaya anak anak tikam mak ayah macam macam kisah tragis yang dulu jarang sangat kita dengar tapi sekarang jadi macam perkara biasa p...
Jojo Ghazali Anak Muda Malaysia Yang Menggegar Dunia Muay Thai

Jojo Ghazali Anak Muda Malaysia Yang Menggegar Dunia Muay Thai

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 190 hits
Nama Johan Jojo Ghazali kini semakin meniti di bibir peminat sukan tempur seluruh dunia Baru berusia 17 tahun tapi pencapaiannya dah jauh mengatasi usia Dari gelanggang kecil di Malaysia kini Jojo berdiri megah di pentas antarabangsa ONE Ch...
Kereta Api Terpantas Di Dunia

Kereta Api Terpantas Di Dunia

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 198 hits
Kereta api terpantas di dunia CR450 memulakan siri ujian pra perkhidmatan dengan merekodkan kelajuan maksimum 453km j lapor Xinhua Kereta api siri CR450 yang direka untuk kelajuan ujian maksimum 450km j dan kelajuan operasi komersial 400km ...
Lumrah Dunia Politik Bila Dipuncak Kuasa Lupa Yang Menolongnya Bila Jatuh Ianya Sudah Terlambat

Lumrah Dunia Politik Bila Dipuncak Kuasa Lupa Yang Menolongnya Bila Jatuh Ianya Sudah Terlambat

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 185 hits
MSODUNIA POLITIK TAK UBAH DUNIA SEMUTSelepas Umno dan BN hilang kuasa memerintah ekoran kekalahan dalam pilihan raya 2018 satu demi satu rakan kongsinya dalam BN bertindak meninggalkan gabungan itu Apa yang berlaku adalah lumrah dan satu su...
10 Bintang Bola Sepak Dengan Gaji Tertinggi Dunia 2025

10 Bintang Bola Sepak Dengan Gaji Tertinggi Dunia 2025

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 176 hits
10 Bintang Bola Sepak Dengan Gaji Tertinggi Dunia 2025 Dalam dunia bola sepak moden kejayaan di atas padang bukan lagi satu satunya ukuran kehebatan seseorang pemain Pengaruh di luar padang termasuk populariti di media sosial dan nilai kome...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025

Cara Mengelak Sihir Melalui Makanan Dan Minuman Amalan Dan Doa Pendinding Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kl East Mall Meraikan Ulang Tahun Ke 5 Penuh Aktiviti Menarik

Satu Hari Sebelum Hari Terakhir Di Kota Madinah

Ucapan Hari Lahir Buat Kak Long Tersayang Yang Ke 48 Tahun

Delicious Beef Tagine Recipe Bbc Good Food

Jbl Grip Grab Go Portable Bluetooth Speaker

Domino S Pizza Mempersembahkan Sentuhan Baharu Cita Rasa Klasik Itali