Breastfeeding Gud For Baby Gud For Mom
Benarkah susu ibu adalah yang terbaik?
Benar, susu ibu atau susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi anda. Tanyalah mana-mana pakar kesihatan dan mereka akan mengatakan bahawa cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi baru lahir ialah dengan menyusukan bayi anda. Bayi yang diberi susu badan sejak lahir kurang berkemungkinan jatuh sakit dalam tahun pertamanya. Memberi bayi susu badan dapat membantunya mengelakkan penyakit seperti:
gastroenteritis;pneumonia & bronkolitis;jangkitan salur kencing;ekzema;jangkitan telinga.
Cara-cara nak breastfeed bayi dengan cara yang betul
korang klik kat pic tu then baca ye khasiat dan kelebihan yang terkandung dalam setiap vitamin. Semestinya ramai yang ingin menyusukan bayi sendiri sebab susu ibu adalah yang terbaik dan banyak lagi khasiat nya kan. Kebanyakan bayi yang minum susu ibu ni gebu montel je.''''''
Menyusu bayi juga baik untuk ibu. Antaranya ia akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:
Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi. Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi.Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.
Bagi yang tengah menunggu hari untuk menyambut kelahiran orang baru boleh lah rancang dari sekarang nak beli set menyusu yang sesuai dan mengikut bajet masing-masing. kalau tak nak ambik full set boleh ambik yang basic set ataupun medium set. Semua nya ikut kemampuan masing-masing. Yang penting semangat nak susukan bayi sendiri tu harus ada. Do your best for your baby. Tak ingin ke nak simpan dan buat stok susu banyak-banyak untuk bayi korang nanti? Gembira tau bila tengok air susu mengalir banyak sampai boleh buat stok banyak-banyak untuk disejukbeku. Kalau berminat nak cuba,berminat nak beli boleh emel sha macam biasa ye. (
[email protected])
yang ni budak kecik danish masa umur 4 bulan...Geram nya momy tengok.
~Love-sha~
~kadang-kadang allah sembunyikan matahari,DIA datangkan hujan dan petirKita tertanya ke mana hilanagnya matahariRupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi..salam jumaat semua.;-)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://shacha86.blogspot.com/2013/09/breastfeeding-gud-for-babygud-for-mom.html