Breastfeeding Baby Koala Baby Bottle Label
Assalamualaikum
Sejak menjadi emak-emak ni, kita kalau boleh nak semua benda dapat buat dan settle secara cepat dan tangkas. Macam tu jugak la untuk labelling ni. Ya ampunn. Sungguh aku cakap, bila breastfeeding ni benda paling istiqomah yang wajib buat setiap hari adalah label timing susu
Bagus zaman sekarang ni dah ada botol label jenis silikon yang diperbuat dari silikon gred makanan yang berkualiti tinggi. Tak payah sesusah lagi guna masking tape ke, tempah order banyak-banyak tampal dekat botol ke, tulis dekat sticker ke tak pun tulis direct dekat permukaan botol.
Bila guna label botol Baby Koala ni jadi mudah kerja. Sebab sarung je ke botol dan boleh terus tulis atas permukaan silikon label tu. Nak cuci pun senang je. Guna wet tissue je dan terus lap. Jadi bersih macam baru balik
Baby Koala. Menjadikan hidup ibu lebih mudah!
Yess. Memang mudah. Bukan takat botol susu ke, botol storage ke, Baby Koala Bottle Label ni boleh digunakan dekat tupperware jugak or pape je la sebab sangat stretchable!
So, apa yang special sangat dekat Baby Koala Baby Bottle Label ni? Meh sini nak listkan untuk korang baca.
1. Boleh digunakan dengan mana-mana marker pen. Sebab mudah dipadam dengan air. Korang boleh guna pen marker Sharpie jugak untuk tulisan tu tahan lebih lama.
2. Sangat elastik dan fleksibel
3. Dibuat dari silicon gred makanan berkualiti tinggi yang bebas BPA, BPS, PVC dan Phthalate. Baby Koala label ni mesra alam dan tak bertoksik.
4. Memudahkan kerja mak mak dan semestinya menjimatkan duit.
5. Boleh masuk dalam sterilizer, dishwasher dan microwave
6. Sesuai untuk jadi label botol storage susu mak mak lepas mengepam ni. (macam aku ni la ha)
7. Sesuai untuk label barang anak hantar taska ke sekolah ke tadika ke.
8. Dan paling utama diluluskan FDA Amerika Syarikat
Soalan : Macam mana nak guna kalau dah beli nanti?
1. Masukkan Label Botol Baby Koala dekat botol.
2. Tulis dekat label tu guna pen marker yang dapat sekali masa beli tu atau marker Sharpie. Lepas tulis tu kena tunggu kejap bagi dakwat tu kering.
3. Kalau panaskan botol dalam air, make sure lap label tu slowly supaya tulisan dekat label tu tak hilang.
4. Lepas cuci label, kalau nak guna balik immediately, lap dengan tuala kering sampai label tu kering elok.
5. Kalau nak padam tulisan tu, just bilas dengan air dan gosok permukaan label tu atau lap guna wet tissue or span.
6. Untuk guna dekat chiller bag dengan ice pack, pastikan botol storage susu letak asing dalam ziplock bag untuk elak kelembapan buat tulisan dekat label tu hilang.
Label Botol Baby Koala ni berharga RM 49.90 dan setiap pek tu ada 4 keping label botol dan 1 pen marker. Kalau fikir balik total effort dan masking tape or sticker lebih mahal dari beli Baby Koala Bottle Label ni
Sesuai dengan tagline @BabyKoalaLand - Making mummy's life easier, botol label ni sangat lah dan amat lah sesuai dengan aku ni as breastfeeding mom untuk tulis label botol lepas tiap kali session mengepam.
Sebelum ni aku manually tampal sticker dan letak atas penutup botol tu. Gigih weiii! Cuba tengok gambar dekat bawah ni. Setiap hari pun kena cuci penutup botol dengan elok supaya kesan sticker tu tak melekat. Annoying kot!
Letak botol label ni senang tulis sesiap timing mengepam. Date je boleh tulis daily. Sebab tak payah cuci timing tu, just cuci dekat date tu je lah.
Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, tengok bawah ni ok?
Facebook : https://www.facebook.com/babykoalaland
Instagram : @babykoalaland
Shopee : https://shopee.com.my/babykoala2018
Online shopping platforom : motherhood.com.my
Dealers : Babyland SS2
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.hudaluna.com/2019/01/breastfeeding-baby-koala-baby-bottle.html