Breakfast At Dunkin Donut Aeon Big Wangsa Maju
Breakfast at Dunkin Donut Aeon Big Wangsa Maju | Weekend morning breakfast routine mesti kami satu keluarga akan cari makan dekat luar. Rindu nak makan set breakfast Dunkin Donut jadi pergi ke Dunkin Donut Aeon Big Wangsa Maju untuk lepas rindu
Dah hari-hari masak jadi Weekend je lah hari aku berehat. Suami pun ok layankan saja. Anak-anak mestilah gembira asalkan dapat keluar berjalan.
Asalnya, nak beli alat lukisan untuk projek pendidikan seni Ikhwan di Kedai Eco, dan memang faham sangat orang akan beratur panjang di Kedai Eco ni jadi konon nak jadi antara pembeli terawal kena la brrekfast dekat luar.
Breakfast at Dunkin Donut Aeon Big Wangsa Maju
Aku pun tak faham kenapa setiap minggu Kedai Eco ni memang sesak dengan pengunjung. Ke sebab susun atur dia sempit, payah nak bergerak dan lepas tu barang harga RM2.10 yang buat orang hilang akal nak shopping?
Dulu aku antara pengunjung tetap kedai Eco ni, lepas suami ingatkan banyak barang dekat rumah terus dah tak masuk. Kalau aku masuk memang aku beli bukan-bukan termasuklah bekas makanan.
Geram nak beli je sebenarnya.
Set Breakfast Dunkin Donut
Dari dulu suka set breakfast dia sebab saiz dia cute lepas tu memang cukup-cukup untuk sorang makan. Memang kena dengan selera aku yang suka English breakfast punya style. Minum dengan kopi ais. Memang ngam.
Kopi dia antara kopi yang kaw buat mata aku terbeliak. Kami beli tiga set sebab Ikhwan sekarang dah makan banyak. Kalau dulu boleh lagi share, sebab selalu beli mesti membazir. Dah besar anak aku rupanya.
Sesekali duduk makan satu family memang seronok. Biasanya aku dan suami akan borak-borak santai sambil update our life progress. Borak tentang anak-anak ke.
Compare masak dan makan dekat rumah, aku dah habis tenaga nak berborak sebab sibuk prepare makanan. Maklumlah bab memasak aku memang over sebab kuat makan.
Bagi aku sesi makan-makan macam ni la yang mengeratkan lagi hubungan sesebuah keluarga. Tak kisah mahal atau murah, jauh atau dekat tempat dia yang penting kualiti masa bersama.
Kalau tanya anak-anak memang hari-hari nak makan dekat luar. Nak berjalan je kerjanya. Semoga ada rezeki lebih nak makan sedap-sedap lagi di masa hadapan. Aamiin.
Weekend breakfast korang pulak macamana?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2019/08/breakfast-at-dunkin-donut-aeon-big.html