Braces Part 1 Kena Tahu Dulu Info Baru Start Dengan Journey Ok




Hi Korang. Lama nya tak borak pasal hal diri sendiri ni. yela sejak jadi mak mak ni. macam ni lah life. banyak benda ditumpukan sepenuhnya untuk menguruskan anak. Yer urusan sendiri pun ada. cuma tak diceritak dalam ruangan ni macam kebiasaan aku buat.

Korang yang lama dulu yang setia tegar terjah blog aku ni, mesti ingat macam mana rupa gigi (stuktur dan susunan ) gigi asal aku kan? Huh yer.. memang tak cantik lah. bersiong sana sini. Belum senyum dah terjulur si taring. Senang cakap bila nak borak dengan orang atau nak ketawa, tangan aku dah get ready nak tutup mulut. Takut diorang terkejut tengok Predictor senyum

Aku ni kalau nak diikutkan tak takut lansung dengan doktor gigi ni. Tapi kalau doktor kesihatan tu yang mula nak merangkak panggil makpak atok nenek sebab takutkan jarum yang tiba-tiba menusuk kat liang urat dengan tak rela. (ishh tak suka betul masa tu) sakitt!! Ok jom berbalik kisah pasal gigi aku ni

Ok tengok je awek cun senyum dengan senyuman yang membuatkan semua melting dengan susunan gigi yang cantik tu, buatkan aku jadi semangat nak menceburkan diri dalam sesi menyiksa detik mengunyah makanan. Paham tak maksud aku? Maksudnya nak pakai BRACES lah. Hurm lama juga buat research pasal braces ni. consiqueces yang kena hadap bila gigi dipagarkan. Brapa batang gigi kena cabut. Cara penjagaan. Klinik mana. Doctor jenis yang lembut atau jenis lasak. Ehh.. macam macam lah. Dan paling penting kos rawatan lah. Most of the topic is Costing lah. Yela bila ko mentioned je BRACES, automatic orang terus slow down sebab masing-masing tahu cost untuk BRACES ni,  macam bayaran untuk hantaran khawen kan. Kesian juga kalau nak cantik sampai perlu spend sebanyak tu. Tapi ada je yang tak kisah dan memang jenis orang hado-hado

Akhirnya aku bersetuju untuk pasang braces dengan bangganya. Tapi kan korang, sebenarnya, kalau betul info yang korang dapat dan klinik serta doctor yang genuine especially. Korang mampu je. Lagipun bayaran pun secara ansuran. lain daerah lain deposit amounts yang korang kena pump in. Macam aku, aku buat kat Gombak je. Deposit RM2500. total RM5520. Ada juga kalau klinik private lain more than aku stated tu. Yang cecah 10K pun ada yer. Tapi tengok klinik mana yang korang pergi lah. Kalau klinik yang korang pergi tu ada ramai artis atau celebriti memang waras lah diorang pump harga macam tu. Tapi aku ada dapat tahu yang package kat Kajang lagi bapak murah. RM700 je deposit. Tapi tahu tak korang untuk monthly treatment biasanya RM200 sebulan. Yela have too lah  standby duit tepi every month untuk cost treatment ya. Kira takda lah struggle sangat korang nak bayar monthly. Ada je klinik kat luar sana siap boleh nego ansuran. Tengok doctor juga lah

So ok meh kita borak bab step by step treatment for getting braces. 
Hah bukan boleh main redah je u alls, korang kena lah pilih klinik mana yang sesuai dengan cost korang paling penting. Sekali lagi aku ingatkan yer. Pilih doctor yang genuine bukan doktor lakon lakon ni. Yela sekarang aku dapat tau bersepah kat internet jual fake braces. End up, dawai tu sangkut gigi sampai kene infection pada gusi n melarat sampai kena cancer mulut. Oit jangan nak buat muka sangat. Aku bercakap ni berdasarkan pengalaman bila ada satu patient yang datang klinik tempat aku buat braces ni. Dia punya mulut dah buruk. Bila doctor interview katanya beli fake braces kat internet. pakai dekat 7 bulan dah. Tapi dawai tu macam tercucuk kat gusi geraham. Bila pergi klinik lain semua taknak rawat dia. Termasuklah doktor aku ni. Korang nak tahu satu info lagi tak? kalau buat braces kat mana mana klinik. Kena bare in mind yang Klinik tulah yang akan jadi panel korang yang PERTAMA dan TERAKHIR sampai lah braces korang ditanggalkan yer. Sebab apa? Sebab risiko tentang picagari darah didalam saluran gigi bukan boleh buat main-main yer. Pernah dengar Kes anak menteri meninggal sebab cabut gigi tak? Nah reference untuk di rujuk https://www.malaysiakini.com/news/397778 So ingat hal gigi bukan boleh buat main. So kesudahannya patient tadi dinasihatkan ke GH untuk refer case dia. Doctor takkan ambil risiko yer bab ni. Gigi punya pasal, lesen kena gantung , klinik kena tutup dan semua orang hilang mata pencarian


Ok keadaan gigi masa pkai braces. gmbar paling mula-mula dah skip (gambar hilang) huhu.. Tapi gigi aku memang cabut 4 batang. tepi 2 atas dan tepi 2 bawah. Nagis tepi bucu.. sebab first time experienced gigi ronggak. hahahahah

Ok dah jom mulakan dengan step step pasang braces ya. 
1. Pra-pendakap gigi

Pakar Orthodontik akan mengenal pasti jenis rawatan yang diperlukan. Sekiranya masalah serius, bebarapa batang gigi perlu dicabut. Doktor akan melakukan ujian Xray gigi untuk menentukan pelan jenis rawatan. Seterusnya acuan gigi akan dihasilkan bagi kajian modul. Ok yang nilah menyedihkan untuk pertama kali sebab 4 batang gigi aku yang sihat walalfiat dicabut. Sebab dentist akan kaji bentuk muka, rahang dan kesihatan gigi sebelum mulakan procedur pemasangan braces.
2. Pendakap gigi dipasang 
Pemakai perlu menjalani rawatan berskala setiap empat hingga enam minggu untuk melihat perkembangan rawatan. Doktor akan melakukan penyenggaraan pendakap gigi setiap kali rawatan. Ada pemakai menunjukkan perkembangan yang baik dan mereka tidak memerlukan rawatan yang lama (tidak sampai dua tahun)

Time ni lah memula separator dipasang sebab nak bagi ruang antara gigi untuk molar band plak sebelum bracket diikat bersama.

Ada juga pemakai yang tidak mengambil berat menyebabkan rawatan tidak berkesan dan mengambil masa yang lebih panjang. Setiap rawatan hanya mengambil masa 10 hingga 15 minit.

Ketika pemakaian pendakap gigi, pemakai perlu menjaga kebersihan mulut dengan baik. Mereka perlu memberus setiap kali selepas makan dan mengamalkan diet rendah gula

Ini aku nak nasihatkan juga. Lepas dentist pasang braces tu. Kena tahu tak boleh makan sejuk, panas, benda keras atau seangkatan dengannya dalam kurang lebih empat hari. Elok bubur ayam lah. Sebab masa 1st phase pemasangan tu. Gam pada bracket still tak lekat betul, so kadang boleh jadi punca kalau korang langgar pantang makan yang tak boleh tu

Hah harus di ingat juga yer. jangan di sangka panas hingga ke petang yer. Kesiksaan akan beransur singgah secara slowly. Hahahah (ok taknak gelak). Korang akan mengalami kemurungan bagi yang kuat makan dan sebelum ni makan apa saja. Lagi pulak buat pengetahuan korang Kesakitan, sengalan, terasa imflamation on gusi mula lah bila tiba senja. Senang cakap. Bila korang nampak orang macam duk usha korang, padahal orang tu tengok sebab maybe korang haritu nampak menyerlah (tiber) tapi pada korang macam nak tumbok!! je muka orang-orang tu. Bukan ape, sebab menahan kesakitan gigi n gusi kan

Sedih weii.. Bila makan plak, ada plak hazab lain yang korang kena tempuh. Dimana, sebelum ni korang bebas mngunyah kan? lepas tu minum air dan sekali bilas gigi kan? hahahah untuk #bracesgang maaf yer. Ini tidak akan terjadi. Sebab walau korang hanya makan bubur ayam, mula lah food tu nak selit sana sini. Dahtu korang akan rase tak selesa. Mula lah mulut tu herot je sebab guna lidah kluakan sisa makanan. Tak feel weii makan dan bercakap dengan orang. So aku memilih setiap kali meeting aku hanya minum. Hahaha.. kalau makan mau gantung diri, 5 minit sekali pergi toilet sebab nak gosok gigi lah. WAX Sangat penting sebab bila pakai braces, dalam mulut tu (dinding dalam mulut)  bibir akan bergesel dan kadang-kadang menyebabkan ulser so kalau ada ulcer kita kena letak wax ni kat bracket yang bergesel dengan ulser so takde la perit sangat. Memang akan semua alami untuk tempoh 6 bulan pertama, sementara mendapatkan susunan gigi yang dentist nak lah

3. Selepas pemakaian

Apabila doktor menentukan susunan gigi telah rata, pendakap gigi akan dibuka. Ada pemakai memerlukan masa tidak sampai dua tahun dan ada juga sehingga tiga tahun bergantung juga kepada umur. Selepas pendakap gigi ditanggalkan, mereka perlu memakai retainer. kebanyakkan dentist menyarankan pemakaian retainer 24 jam untuk enam bulan pertama. Selepas itu, mereka hanya perlu memakai pada waktu tidur.
 info ni korang boleh rujuk ke : http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1205&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm (ringkasan rujukan untuk korang).
 Aku start pakai braces ni hujung tahun 2016 last last month 15 Decemeber 2018 aku baru start dengan power chain. Tu dia cerita power chain tak mampu digambarkan weii. Cukup dulu celoteh pertama pasal braces aku ni. Next story will be topic pasal power chain ok. Tggu lah next appoinment dan bila aku free aku akan cerita lebih lagi. Untuk yang nak tahu lah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://comot-pink.blogspot.com/2019/01/braces-part-1-kena-tahu-dulu-info-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mencecah 2 Tahun Anak Mengamuk Dan Merengek Normal Faham Dulu Sebabnya Baru Mudah

Mencecah 2 Tahun Anak Mengamuk Dan Merengek Normal Faham Dulu Sebabnya Baru Mudah

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 418 hits
Di usia anak yang mencecah dua tahun daya analisis perkembangan mental dan fizikal anak sedang berkembang Tidak hairanlah ketika ini anak sedang belajar melalui apa yang dia lihat dan mencontohinya Jika anak buat sesuatu yang diluar jangkaa...
Buat Keputusan Dulu Baru Kaji Kerajaan Tergesa Akhirnya Uturn

Buat Keputusan Dulu Baru Kaji Kerajaan Tergesa Akhirnya Uturn

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 243 hits
Semua rakyat tahu operasi UTC untuk apa dan kebanyakkan daripada kita bersetuju dengan cara operasi UTC Malah sexara tak langsung memberi impak positif kepada ekonomi tempat tersebut Walaupun ia dilaksanakan pada era najib tetapi ia memberi...
Jangan Menangis Malulah Faham Dulu Perasaan Anak Pertama Kali Ke Sekolah Baru Senang Pujuk

Jangan Menangis Malulah Faham Dulu Perasaan Anak Pertama Kali Ke Sekolah Baru Senang Pujuk

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 482 hits
Kanak kanak menangis pada hari pertama persekolahan disebabkan oleh SEPARATION ANXIETY Ini berlaku apabila anak resah kerana perlu berpisah dengan individu yang paling dia percayai untuk berada dalam persekitaran yang asing Menurut Konsulta...
Penduduk Kulim Berzikir Beramai Ramai Halang Konsert Tahun Baru

Penduduk Kulim Berzikir Beramai Ramai Halang Konsert Tahun Baru

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 407 hits
RATUSAN penduduk memakai jubah dan kopiah putih berdiri sambil berzikir di Desa Aman Kulim katanya bagi menghalang penganjuran konsert tahun baru 2019 difahamkan oleh sebuah premis milik syarikat dari China SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VI...
Anggota Brimob Dan Satu Warga Ditebas Parang Saat Pesta Tahun Baru Di Makassar

Anggota Brimob Dan Satu Warga Ditebas Parang Saat Pesta Tahun Baru Di Makassar

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 313 hits
Belum ada keterangan resmi dari kepolisian baik dari Kapolsek Tallo Kompol Amrin AT dan Kapolrestabes Makassar Kombes Polisi Wahyu Dwi Ariwibowo
Jangan Tunggu Lama2 Nanti Sambut Tahun Baru 2019 Gambar Pasangan Selebriti Ini Curi Perhatian Netizen

Jangan Tunggu Lama2 Nanti Sambut Tahun Baru 2019 Gambar Pasangan Selebriti Ini Curi Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 530 hits
Bagi sambutan malam tahun baru 2019 diantara pasangan selebriti yang mencuri perhatian ramai adalah Zahirah MacWilson bersama Aiman Hakim Ridza Kisah cinta mereka menjadi berita hangat yang diperkatakan ramai apatah lagi keduanya merupakan ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner