Bpn Pelajar Belum Cukup Usia Punca Permohonan Di Tolak



KUALA LUMPUR: Pemohon berstatus pelajar dan tidak melepasi syarat kelayakan usia adalah antara alasan yang menyebabkan permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tidak diluluskan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN memaklumkan, terdapat 240,465 permohonan diterima daripada pelajar sepenuh masa sedangkan mereka tidak layak mendapat BPN, kerana layak mendapat RM200 menerusi bantuan pelajar institusi pengajian tinggi secara one-off.

Alasan lain yang menyebabkan permohonan BPN ditolak adalah semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon/pasangan melebihi RM8,000 atau melebihi RM4,000 bagi individu bujang, serta status kahwin dengan maklumat yang sama.

"Selain itu, permohonan juga ditolak kerana tidak layak disebabkan pemohon/pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).

"Bagaimanapun, pemohon boleh memohon Geran Khas Prihatin (GKP) melalui https://gkp.hasil.gov.my," kata LHDN dalam satu kenyataan, hari ini.

Hari ini, dalam perutusan khasnya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei ini.

Seramai 8.3 juta penerima akan menerima bantuan itu bagi fasa pertama dengan jumlah peruntukan RM9.3 bilion, manakala 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan BPN diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion.

LHDN menjelaskan, kerajaan menerima banyak aduan mengenai permohonan yang ditolak termasuk daripada pemohon yang hilang pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan yang ketara baru-baru ini.

"Justeru, pemohon boleh membuat rayuan untuk pertimbangan semula dengan mengemukakan dokumen sokongan yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan.

"Rayuan boleh dibuat melalui e-mel kepada LHDN ([email protected]) atau hadir di mana-mana pejabat LHDN," katanya.

LHDN memaklumkan, bagi permohonan yang ditolak atas alasan lain, termasuk pemohon/pasangan mempunyai syarikat yang berdaftar dengan SSM, pemohon juga boleh membuat rayuan dengan mengemukakan dokumen sokongan yang menunjukkan jumlah pendapatan terkini.

"Untuk memastikan hanya mereka yang betul-betul layak saja menerima BPN, semakan data dibuat dengan amat teliti bagi mengelak sebarang penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Rayuan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya bagi memastikan mereka yang

menepati syarat BPN akan menerima bantuan berkenaan," kata kenyataan itu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan BPN melalui portal rasmi LHDNM di https://bpn.hasil.gov.my. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/05/bpn-pelajar-belum-cukup-usia-punca.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
451 865 Permohonan Bpn Di Tolak Kerana Ada Rekod Ssm

451 865 Permohonan Bpn Di Tolak Kerana Ada Rekod Ssm

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 281 hits
CYBERJAYA Hampir separuh daripada 1 05 juta permohonan Bantuan Prihatin Nasional yang ditolak terdiri daripada individu yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Datuk Seri Sabin ...
Semak Lulus Bpn Bagi Permohonan Baru Mulai 09 Mei 2020

Semak Lulus Bpn Bagi Permohonan Baru Mulai 09 Mei 2020

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 596 hits
Semak LULUS BPN Bagi Permohonan Baru Mulai 09 Mei 2020 Semakan kelulusan permohonan baru bagi Bantuan Prihatin Nasional boleh dilakukan mulai hari ini 09 Mei 2020 Permohonan baru BPN ini melibatkan individu yang berpendapatan RM2000 hingga ...
Alasan Tidak Lulus Bpn Bagi Permohonan Baharu Rayuan

Alasan Tidak Lulus Bpn Bagi Permohonan Baharu Rayuan

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 474 hits
ALASAN TIDAK LULUS BPN BAGI PERMOHONAN BAHARU RAYUAN Semakan mendapati permohonan baharu atau rayuan BPN anda tidak lulus Apakah keterangan alasan berkenaan status tidak lulus tersebut Semakan kelulusan dikategorikan sebagai Tidak Lulus ber...
Agak Lemah Berat Badan Ustaz Kazim Susut Tapi Punca Penyakit Masih Belum Diketahui Abang

Agak Lemah Berat Badan Ustaz Kazim Susut Tapi Punca Penyakit Masih Belum Diketahui Abang

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 554 hits
Agak lemah berat badan Ustaz Kazim susut tapi punca penyakit masih belum diketahui AbangKELUARGA Datuk Mohd Kazim Elias gembira akhirnya pendakwah terkenal itu dibenarkan pulang ke rumah selepas tiga hari menerima rawatan di sebuah hospital...
Pembayaran Bpn Untuk Permohonan Baru Rayuan Akan Dibuat Mulai 15 Hingga 20 Mei Mygcc

Pembayaran Bpn Untuk Permohonan Baru Rayuan Akan Dibuat Mulai 15 Hingga 20 Mei Mygcc

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 446 hits
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional bagi permohonan baru dan rayuan akan dikreditkan ke akaun pemohon bermula pada 15 hingga 20 Mei 2020 Dalam pada itu pembayaran akan dilakukan secara sekaligus merujuk hebahan daripada Pusat Panggilan Ker...
Speaker Tolak Permohonan Usul Percaya Shafie Apdal Terhadap Dr M

Speaker Tolak Permohonan Usul Percaya Shafie Apdal Terhadap Dr M

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 588 hits
Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof menolak permohonan yang dikatakan daripada Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal memohon izin membawa usul dan mengemukakan resolusi terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad Surat yang dikata...
Kenapa 500 Jer Ramai Merungut Bpn Dapat Tak Cukup

Kenapa 500 Jer Ramai Merungut Bpn Dapat Tak Cukup

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 344 hits
Kita sedia maklum kini Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan lebih 2 3 juta permohonan baharu dan juga rayuan untuk BPN diluluskan berjumlah RM1 7 bilion Jumlah permohonan baharu dan rayuan BPN yang dibuka ...
Tahukah Anda Kenapa Status Permohonan Baharu Atau Rayuan Bpn Tidak Lulus

Tahukah Anda Kenapa Status Permohonan Baharu Atau Rayuan Bpn Tidak Lulus

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 735 hits
TAHUKAH ANDA KENAPA STATUS PERMOHONAN BAHARU ATAU RAYUAN BPN TIDAK LULUS Berdasarkan makluman daripada LHDN jika anda tidak lulus bagi permohonan baharu atau rayuan bagi Bantuan Prihatin Nasional anda tidak boleh membuat rayuan lagi KEPUTUS...
Permohonan Baru Rayuan Bagi Bpn Hendaklah Dibuat Selewat Lewatnya 30 April

Permohonan Baru Rayuan Bagi Bpn Hendaklah Dibuat Selewat Lewatnya 30 April

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 450 hits
Semua permohonan baharu dan rayuan bagi Bantuan Prihatin Nasional hendaklah dibuat selewat lewatnya pada 30 April ini kata Lembaga Hasil Dalam Negeri Menurut LHDN isi rumah atau individu bujang yang memenuhi kriteria yang ditetapkan tetapi ...
M Nasir Gemakan Axiata Arena Dengan Puisi Keinsafan Palestin

Sarapan Di Kedai Nasi Lemak Hussain Tukar Meter Elektrik Digital

Basmi Kemiskinan Perlu Kerjasama Semua Pihak Bukan Kerajaan Sahaja Nurul Izzah

Lirik Lagu Teristimewa Pu Fendi Ustaz Fadhil Abdul Rahman Ustaz Huri

Zakir Naik Tuntut Rm10 Juta Daripada Portal Wartawan Berhubung Dakwaan Hiv

Kalau Diberi Peluang Travel Mana Destinasi Korang Suka

Peranan Penting Rekod Pergigian Dalam Pengecaman Forensik

How Ai Agents Will Transform E Commerce In 2025 What Every Online Entrepreneur Must Know


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Karambusel Hydrothermal Field A New Frontier In Deep Sea Exploration

Mohon Doa Pembentangan Belanjawan 2026 Esok Berjalan Lancar Anwar

170 000 Tan Bantuan Kemanusiaan Sedia Dibawa Masuk Ke Gaza Pbb

Time To Fly Vietjet S Biggest Sale Of The Year Offers Malaysians Unbeatable Fares To Vietnam And Beyond

Ember Bath House By Studio Traces

Selangor Aims To House 70pc Of Nation S Aerospace Aviation Operations Drone Hub In Pipeline