451 865 Permohonan Bpn Di Tolak Kerana Ada Rekod Ssm



CYBERJAYA: Hampir separuh daripada 1.05 juta permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang ditolak terdiri daripada individu yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Seri Sabin Samitah, berkata mana-mana permohonan yang gagal mendapat BPN berikutan mempunyai rekod dengan SSM, boleh membuat rayuan dengan menghubungi LHDN dan datang sendiri ke cawangan LHDN di seluruh negara bagi memudahkan proses rayuan

Beliau berkata, jika ia dilakukan melalui komunikasi emel atau menghubungi pusat panggilan LHDN, pihaknya khuatir apa yang ingin disampaikan mungkin tidak dapat difahami pegawai di pejabat hasil atau dokumen yang dikemukakan bukan yang diperlukan dalam permohonan berkenaan

"Biarpun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini orang ramai tidak digalakkan datang beramai-ramai ke pejabat LHDN untuk mengelakkan penularan COVID-19, tetapi LHDN sudah membuat persediaan sebaik mungkin untuk memastikan mereka yang hendak merayu berpeluang bersemuka dengan pegawai LHDN dan memberikan penjelasan kepada pegawai kami dan membawa dokumen yang diperlukan

"Ia berikutan, antara isu yang ditimbulkan rekod SSM. Rekod SSM ini memang agak kritikal kerana dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan sebelum ini ialah, sekiranya seseorang itu mempunyai rekod dengan SSM, maka mereka tidak layak BPN

"Bagaimanapun, kelonggaran ini sudah diberikan dan kita akan menyemak sama ada syarikat itu masih aktif atau 'dormant' (tidak aktif)," katanya dalam wawancara khas bersama Bernama, BH dan New Straits Times di sini, hari ini

Sabin berkata, selain itu, LHDN juga akan melihat berapa pendapatan pemohon daripada syarikat atau pemilikan tunggal terbabit, sebelum membuat semakan sama ada mereka layak menerima BPN atau sebaliknya

Beliau berkata, pihaknya mendapati ramai antara pemohon yang mempunyai rekod dengan SSM yang membuat permohonan iaitu 451,865 individu daripada 1,056,860 yang ditolak permohonan mereka

Katanya, pihak yang mahu membuat rayuan perlu membawa penyata akaun syarikat untuk membolehkan LHDN melihat berapa banyak pendapatan yang diperolehi daripadanya

"LHDN tidak meletakkan sebarang tanda aras untuk pendapatan yang diperolehi daripada syarikat terbabit, namun jika jumlahnya besar dan melebihi paras ditetapkan kerajaan (untuk melayakkan mereka menerima BPN), sudah tentu mereka tidak boleh mendapat BPN

"Mereka perlu mengisi satu borang rayuan dan kami akan menerima dengan suci hati pengisytiharan mereka itu

"Jika mereka tidak mempunyai penyataan akaun tahunan, mereka boleh juga membuat pengisytiharan kendiri," katanya

Pun begitu, bukan semua yang yang mempunyai rekod dengan SSM yang ditolak permohonannya

Sabin berkata, walaupun permohonan daripada mereka yang mempunyai syarikat sendirian berhad akan terus ditolak kerana tidak layak, mereka yang berstatus pemilikan tunggal atau perkongsian dianggap layak oleh Kementerian Kewangan, namun berada bawah kategori M40

Dianggarkan kira-kira 70,000 pemohon yang berada dalam kategori ini layak menerima BPN setakat ini untuk pembayaran fasa kedua

Pada masa sama, Sabin menasihatkan individu yang mempunyai rekod SSM atau perniagaan sendiri untuk menyimpan rekod perniagaan dengan baik, kerana mereka berkemungkinan tidak perlu membayar cukai berikutan tidak layak, sebaliknya boleh pula membuat tuntutan terhadap pelbagai perbelanjaan syarikat

Menyentuh isu ada penerima yang menerima pembayaran kurang daripada bantuan yang diumumkan, Sabin berkata, selepas membuat semakan terperinci, pihaknya mendapati ada antara individu berkenaan mempunyai rekod dengan SSM, menyebabkan mereka hanya layak mendapat sebahagian daripada jumlah bantuan terbabit

Ditanya apa tindakan yang boleh diambil terhadap individu yang membuat penipuan dalam permohonan mendapatkan BPN, Sabin berkata, pihak terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu memberikan maklumat tidak benar atau palsu. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/05/451865-permohonan-bpn-di-tolak-kerana.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bpn Pelajar Belum Cukup Usia Punca Permohonan Di Tolak

Bpn Pelajar Belum Cukup Usia Punca Permohonan Di Tolak

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 344 hits
KUALA LUMPUR Pemohon berstatus pelajar dan tidak melepasi syarat kelayakan usia adalah antara alasan yang menyebabkan permohonan Bantuan Prihatin Nasional tidak diluluskan Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN memaklumkan terdapat 240 465 permoho...
Zahid Saran Bpn Diperluas Pada Peniaga Kecil Bawah Ssm

Zahid Saran Bpn Diperluas Pada Peniaga Kecil Bawah Ssm

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 301 hits
MALAYSIAKINI Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyarankan kerajaan supaya memperluaskan Bantuan Prihatin Nasional merangkumi peniaga kecil yang mendaftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia Zahid berkata beliau khuatir jika indi...
Bpn Sebanyak 2 3 Juta Permohonan Baharu Dan Rayuan Diluluskan

Bpn Sebanyak 2 3 Juta Permohonan Baharu Dan Rayuan Diluluskan

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 368 hits
Astro Awani Semakan status permohonan baharu dan rayuan boleh dibuat mulai 9 Mei 2020 Foto Astro AWANI KUALA LUMPUR Sebanyak 2 3 juta permohonan baharu dan rayuan bagi Bantuan Prihatin Nasional telah diluluskan melibatkan jumlah RM1 7 bilio...
Speaker Tolak Permohonan Usul Percaya Shafie Apdal Terhadap Dr M

Speaker Tolak Permohonan Usul Percaya Shafie Apdal Terhadap Dr M

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 470 hits
Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof menolak permohonan yang dikatakan daripada Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal memohon izin membawa usul dan mengemukakan resolusi terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad Surat yang dikata...
Pembayaran Bpn Untuk Permohonan Baru Rayuan Akan Dibuat Mulai 15 Hingga 20 Mei Mygcc

Pembayaran Bpn Untuk Permohonan Baru Rayuan Akan Dibuat Mulai 15 Hingga 20 Mei Mygcc

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 414 hits
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional bagi permohonan baru dan rayuan akan dikreditkan ke akaun pemohon bermula pada 15 hingga 20 Mei 2020 Dalam pada itu pembayaran akan dilakukan secara sekaligus merujuk hebahan daripada Pusat Panggilan Ker...
Cara Isi Borang Permohonan Rayuan Bpn

Cara Isi Borang Permohonan Rayuan Bpn

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 1025 hits
CARA ISI BORANG PERMOHONAN RAYUAN BPN Bagi individi atau isi rumah yang belum membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional anda borang mengisi borang permohonan BPN Manakala individu atau isi rumah yang gagal dalam membuat permohonan dan ra...
Permohon Gagal Bpn Berpunca Kerana Miliki Ssm Boleh Buat Rayuan

Permohon Gagal Bpn Berpunca Kerana Miliki Ssm Boleh Buat Rayuan

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 564 hits
Minggu ini kecoh di media sosial tentang rasa kekecewaan beberapa pihak dan individu apabila permohonan Bantuan Prihatin Nasional telah ditolak dengan alasan mempunyai rekod SSM Jumlah ini melibatkan seramai 451 865 pemohon yang telah ditol...
Pemohon Atau Pasangan Berdaftar Ssm Tidak Layak Bpn Fasa 2

Pemohon Atau Pasangan Berdaftar Ssm Tidak Layak Bpn Fasa 2

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 467 hits
PEMOHON ATAU PASANGAN BERDAFTAR SSM TIDAK LAYAK BPN FASA 2 Berdasarkan semakan status BPN anda berstatus lulus dan layak bayaran fasa pertama Walau bagaimanapun mengapakah semakan semula di Portal BPN mendapati status BPN anda telah bertuka...
Semak Lulus Bpn Bagi Permohonan Baru Mulai 09 Mei 2020

Semak Lulus Bpn Bagi Permohonan Baru Mulai 09 Mei 2020

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 559 hits
Semak LULUS BPN Bagi Permohonan Baru Mulai 09 Mei 2020 Semakan kelulusan permohonan baru bagi Bantuan Prihatin Nasional boleh dilakukan mulai hari ini 09 Mei 2020 Permohonan baru BPN ini melibatkan individu yang berpendapatan RM2000 hingga ...
Kari Udang Menu Lunch Hari Sabtu

Hiburan Hanya Ayam Dan Sambal Ramai Pertikai Kenapa Harga Ayam Gepuk Mahal Ini Sebabnya

Why The British Mini Still Captures Hearts Across The World

Koleksi Tumbuhan Spider Plant Dan Kaktus Di Laman Kecilku

Bandung Jadi Tuan Rumah Konferensi Internasional Untuk Palestina Perdana Di Era Genosida

Contoh Plan Aktiviti Mingguan Orang Pencen

Sinopsis Filem Gantung Musketeer Code

Sambal Nasi Lemak Legend


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Okcasino 4 November Okcasino Top 31 By Clair

Peria Sayur Pahit Yang Kaya Dengan Pelbagai Khasiat

Top Commentator Bulan Mei 2025

Banyak Betul Kedai Kopi Kat Janda Baik

Kalah Pemilihan Rafizi Bukan Hati Tisu

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn