Bowling Dopsb 2019 Ulasan Dari Team Captain Yang Bottom Three
Assalamualaikum..
Sabtu haritu company I buat Bowling Tournament. Ni first time untuk tahun 2019 ni. I pon baru first time join and kalini jadik organiser as well. Semua went smooth alhamdulillah kecuali team I kalah teruk. Dapat number 6 dari 8 kumpulan. HAHAHAHA bongok giler kan? I tak boleh la tengok muka Zubair dengan Anas. I rasa nak gelak sebab kitorang kan masa cabut undi lepas tu dapat sama group, semua excited and happy giler tau? Paling best boleh cakap kat Anas, 'Boleh dapat number 1 ni Anas. Akak target best player woman. Pastu grouping kita lekat ni Johan or Naib Johan'. CONFIDENT. HAHAHAHAHA. Sekali first game, I dapat 70 je. MUAHAHAHHAHAHAHAH bangang giler kan? Adoi I cannot brain this. Memang kelakar habes rasa. Macam mana eh boleh terfikir nak menang sedangkan Daus tu satu game dah dapat 200. Sedang kitorang campur-campur semua pon markah tetap sedih dan sendu. Hahaha. Tapi takpe laaaaaaaa dapat No 6 out 8 group sebab Farhan dapat No last. HAHAHAHAHA. Team kitorang memang main banyak gelak je. Si Zubair time ni la nak practice baling hook. TIME NI LA KAN? Lepas tu dah la dia cute, masa nak baling tu dia macam lari-lari anak. Kekadang time baling kuat giler macam marah benar. Kedegangggg!! Tapi tak strike pooooooon. Ke kiri la, ke kanan la perginya. Yang I pulak lagi la, sebab dah banyak gelak and main-main so kelaut terus semuaaaaaa. Spare ada la dapat 2 3 kali tu pon naseb-naseb. Strike takde langsung. Ya Allah I sangat bangga dengan pencapaian I harini. Ni memang yang paling terrrrrbaik I pernah dapat. Ko tengok, time nak impressed team-mate, time ni la kepundek I main. Adoi. Tapi takpe, I rasa team kitorang menang bab baju la sebab kita semua pakai baju Batman. Tachiu En Shahril susah payah pergi belikan dekat Uptown Cheras. Doploh lima ringgit je satu... Anas pakai baju lain sebab dia ingat dia ketua la tu. Padahal overall markah dia sorang je tak kira sebab paling sikit. Anas, Anas dah keeewakan Akak. Dapat Top 5 dah kira OK dah. Ni bottom 3 OK? HAHAHAHAHA
Dari Kiri : En Shahril, Siti Nohaliza, Zubair and Anas. Team Batman! Bottom 3 and proud. Hahahaha.
I paksa Fifi main jugak.. Dah la degil taknak tukar kasut. Ni memang paling cute la. Average markah 30-40 satu game. Hehe.
All of us. Ada 8 team semua. Satu team ada 4 orang. Markah ambik 3 terbaik include 1 markah compulsory dari peserta wanita. Macam team I, I sorang je perempuan so I je la harapan. Tapi kerana meletakkan harapan yang tinggi dan over confident so yeah. Haha.
Nazri dapat Best Player Man. Main tipu boleh la. (Padahal dengki)
Illya dapat Best Player Woman. Tahniah Illya. Kali ni I kasik U chance. Next time jom la lawan Futsal kalau berani. (Hahahahahahah)
Kita bagi hadiah misteri untuk yang dapat markah terendah lelaki dan wanita. So untuk kategori lelaki, En Arif yang dapat. Naseb I tak sama team dengan dia. HAHAHAHA.
Kak Finaz dapat hadiah misteri untuk Woman Kategori. Memula grouping I sama team dengan dia, lepas tu Undi balik, dah tak sama team.
Johan - Team Ironman. Dari Kiri : Hajar, Illya, Daus and Naim. I yang buat undian team Illya dengan Daus ni tapi I rasa I tak puas hati. Illya dengan Daus ni sama-sama terror kot? Macam mana entah dapat satu team. E!
Naib Johan - Team Superman. Dari Kiri : En Zubir, Nazri, Kak Ruslina and Nurul. Kak Ruslina power OK? I rasa segan pulak kita muda remaja macam ni tapi markah lagi sikit dari kakak-kakak senior. I takpe la, tuwe jugak. Si Zubir dengan Anas tu. Kentot je. Bakal Johan konon. Pui!
Tempat Ketiga - Team Thor. Dari Kanan : Airin, Saiful and Yap. Tak sesia Airin bawak tukul besi kenonon Thor la kan? Naseb baik menang. I kasik U chance OK kali ni Airin. Okbye.
Ko tau la kan, Si Anas dengan Zubair.. Bila I baling masuk longkang kiri kanan dorang cakap dorang tak nampak apapa. Hahahha kongang. Lepas tu dorang cakap sebab I tak sanggul rambut laaaa apa la, sebab tu la main tak menjadi. Hahahaha. Masa memula datang tu, semua goyang tengok I ada kasut sendiri. Biasa la mind set kalau ada kasut sendiri, bola sendiri maksudnya pandai main, padahaaaaaaaaaal I beli dulu sebab kasut bowling yang ada dekat bowling center ni kekadang semua belacan habes. Sangkut sikit je dekat kaki. Pernah je I main, kasut tercabut. Dulu lagi power, bola perginya ke belakang, bukan kedepan. Konon ambik lajak la nak baling laju sekali kebelakang perginya. Anyways, I had fun. Really... Dekat office semua menunduk buat kerja.. Focus. Sebab company I ni memang semua orang busy. Bila sesekali ada masa nak bersama macam ni, baru boleh release tension. I dah kena plan for next activity ni. Takde idea lagi nak buat apa. Ada yang bagi cadangan buat hiking, ada yang bagi cadangan buat makan-makan dekat Air Terjun. See how
Thank you to Farhan sebab sponsor snacks untuk haritu. I doa U murah rezeki. InsyaAllah... So, until next time. Siapakah bakal juara? Nantikan
Yang Benar,Bakal Best Player Bowling Vol II (hahaha)
-eNd-
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://surayasulatin.blogspot.com/2019/08/bowling-dopsb-2019-ulasan-dari-team.html