Bot Pelancong Bawa Penumpang Lebih Berlanggar Di Kuala Besut


AGENDA DAILY
Bot pelancong dan bot nelayan bertembung berdekatan Jeti Pelancongan Kuala Besut petang semalam, menyebabkan dua kritikal dan lapan separa kritikal.
Siasatan awal insiden pelanggaran dua bot di muara Sungai Besut di Jeti Pelancongan Kuala Besut petang semalam mendapati, lesen bot pelancong itu tamat tempoh 10 Jun lalu, selain nakhodanya berbeza daripada yang didaftarkan.
Ketua Unit Komunikasi Korporat Ibu Pejabat Laut, Jabatan Laut Malaysia (JLM) Muhammad Shuhaimi Abd Rahman berkata pemilik bot itu juga menanggalkan nombor pendaftaran selepas kejadian, lapor Bernama.
Beliau berkata siasatan awal juga mendapati nakhoda bot yang didaftarkan di dalam lesen, adalah berbeza dengan nakhoda semasa kejadian dan lesen bot tersebut dilaporkan telah tamat tempoh pada 10 Jun lalu.
“Pemilik bot juga telah mengalihkan bot yang terbabit kemalangan dan menanggalkan nombor pendaftaran, bagi mengelirukan pihak Pejabat Laut Kuala Besut,” katanya.
Menurutnya penumpang juga dilaporkan menaiki bot di jeti pendaratan persendirian yang tidak sah, dan bukan di bawah seliaan JLM, selain jeti tersebut juga jauh daripada kawalan JLM.
Katanya antara jeti persendirian tidak sah yang sering digunakan pelancong untuk ke Pulau Perhentian dan Pulau Redang dari Besut adalah seperti di tepi pesisir pantai, Bukit Kluang, Pulau Rhu, dan di Sungai Kampung Raja.
“Jeti Penumpang Jabatan Laut Malaysia masih ditutup ekoran Fasa Monsun Timur Laut 2021/2022 yang bermula 3 Nov lepas, dan dijangka berterusan sehingga Mac ini. Hujan berterusan, angin kencang dan laut bergelora berisiko mengancam keselamatan bot-bot untuk beroperasi di laut,” katanya.
Muhammad Shuhaimi berkata bot pelancong itu juga didapati membawa penumpang berlebihan iaitu seramai 29 orang, berbanding 12 yang dibenarkan.
Menurutnya siasatan lisan turut mendapati, penumpang bot yang terdiri daripada 15 dewasa, 13 kanak-kanak dan seorang bayi serta dua kru bot, tidak memakai jaket keselamatan ketika kejadian kira-kira pukul 3.30 petang semalam.
“Akibat pelanggaran tersebut, kesemua penumpang serta kru bot pelancong dan bot nelayan jatuh ke dalam air, dan telah diselamatkan oleh anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta orang awam.
“Seramai 22 orang dibawa ke Klinik Kuala Besut untuk mendapatkan rawatan susulan, dengan 11 orang daripadanya iaitu dua kritikal, lapan separa kritikal dan seorang cedera ringan, telah dirujuk ke Hospital Besut,” katanya.
Dalam pada itu, Muhammad Shuhaimi berkata pengusaha bot terbabit boleh dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan tindakan saman di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (OPS) 1952, jika didapati bersalah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/02/bot-pelancong-bawa-penumpang-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuala Besut Boat Collision Association Says Ready To Cooperate In Probe

Kuala Besut Boat Collision Association Says Ready To Cooperate In Probe

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 256 hits
In the 3 30pm incident on January 31 a tourist boat from Pulau Perhentian ferrying 29 passengers collided with a boat carrying three fishermen at the Besut River estuary near the Kuala Besut Jetty Bernama photo JERTIH While admitting weakne...
10 Injured As Two Boats Collide At Kuala Besut Jetty

10 Injured As Two Boats Collide At Kuala Besut Jetty

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 328 hits
Ten individuals were injured when a tourist boat they were travelling on collided with a fishing boat at the Besut River estuary near the Kuala Besut Jetty yesterday Besut police chief Abdul Rozak Muhammad said 21 others who were on the tou...
Sudah Lebih 21 Tahun Tak Makan Nasi Akhirnya Gadis Melayu Ini Dedah Perkara Yang Mengejutkan

Sudah Lebih 21 Tahun Tak Makan Nasi Akhirnya Gadis Melayu Ini Dedah Perkara Yang Mengejutkan

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 302 hits
January 27 2022 Kebiasaanya dalam sehari kita mesti akan ada makan nasi sama ada untuk sarapan makan petang ataupun makan malam Tapi tahukah anda bahawa ada juga orang yang tidak boleh makan dan menelan nasi Tak dinafikan memang ada orang s...
Hiburan Poligami Itu Lebih Indah Pinangkan Madu Untuk Suami Isteri Pertama Akui Seronok Ada Kawan

Hiburan Poligami Itu Lebih Indah Pinangkan Madu Untuk Suami Isteri Pertama Akui Seronok Ada Kawan

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 423 hits
Apabila bercakap soal poligami ini kebanyakkan yang kita selalu dengar adalah kesedihan dan kepahitan yang dilalui si isteri sepanjang tempoh berkongsi kasih hati Biarpun ada sesetengah yang rela bermadu dan diri sendiri yang pergi meminang...
Garmin Malaysia Dan Myfundaction Menderma Lebih Rm30 000 Kepada Mangsa Banjir

Garmin Malaysia Dan Myfundaction Menderma Lebih Rm30 000 Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 373 hits
Kuala Lumpur Malaysia 17 Januari 2022 Garmin Malaysia bergabung tenaga dengan MyFundAction sebuah pertubuhan amal yang dikendalikan belia dalam menyediakan barangan keperluan bernilai RM 36 551 90 untuk menyara 45 keluarga yang terjejas aki...
Sabah Jangka Lebih Banyak Kluster Baharu Babitkan Institusi Pendidikan

Sabah Jangka Lebih Banyak Kluster Baharu Babitkan Institusi Pendidikan

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 431 hits
Masidi Manjun berkata saringan kontak rapat dalam kalangan penghuni asrama di enam sekolah dan ia menunjukkan akan berlaku peningkatan kluster KOTA KINABALU Lebih banyak kluster Covid 19 membabitkan institusi pendidikan dijangka muncul di S...
Kes Hilang Kerja Tahun 2020 Lebih Tinggi Berbanding 2019

Kes Hilang Kerja Tahun 2020 Lebih Tinggi Berbanding 2019

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 431 hits
Tahun 2020 mencatatkan jumlah kes kehilangan pekerjaan yang tinggi berbanding tahun 2019 Antara sebab utama kes kehilangan pekerjaan adalah penutupan operasi syarikat VSS MSS dan juga faktor kewangan syarikat Jika anda salah seorang daripad...
Ajak Anak Muda Lebih Peduli Gizi Hipwee Jalankan Campaign Hari Gizi Nasional

Ajak Anak Muda Lebih Peduli Gizi Hipwee Jalankan Campaign Hari Gizi Nasional

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 354 hits
Banyak dari anak muda yang menjadikan karier atau studi sebagai prioritas utama sehingga kepedulian terhadap gizi yang kerap terlupakan penting untuk digalakkan
Nasa Dedahkan Letupan Gunung Berapi Tonga 100 Kali Lebih Kuat Daripada Bom Atom Video

Nasa Dedahkan Letupan Gunung Berapi Tonga 100 Kali Lebih Kuat Daripada Bom Atom Video

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 316 hits
IMEJ satelit menunjukkan letusan gunung berapi dasar laut Hunga Tonga Hunga Ha apai di Tonga AFP NASA dedahkan letupan gunung berapi Tonga 100 kali lebih kuat daripada bom atom VIDEO NUKUALOFA Tonga Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas ...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Rafizi Anwar Abai Sentimen Rakyat Hantar Isyarat Salah

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kali Pertama Memancing Ikan

Japan Keperluan Pakaian Musim Sejuk

Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Ikan Patin Masak Tempoyak

Thank You John Cena Bersara Selepas 24 Tahun

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs