Borneo Fashion Week 2025 Berlangsung Dengan Penuh Meriah


Borneo Fashion Week 2025 Berlangsung Dengan Penuh Meriah Borneo Fashion Week (BFW) 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang dan bergaya selepas dua hari diraikan pada 10 dan 11 Oktober lalu. Bertemakan “Fashion With Purpose”, acara berprestij ini bukan sahaja menghidupkan aura glamor fesyen moden, tetapi turut meraikan semangat kelestarian, warisan dan komuniti kreatif yang menjadi nadi kepada Borneo.
Diasaskan oleh Stephanie Alcantara, bekas ratu cantik dan personaliti fesyen berpengaruh yang juga penggerak utama platform ini, BFW sekali lagi membuktikan keupayaannya menyatukan pereka, model, artis dan pencinta fesyen di bawah satu visi iaitu memperjuangkan keindahan yang beretika dan beridentiti.
Hari Pertama: Tradisi Bertemu Moden, Gaya Bertemu Jiwa
Acara dimulakan dengan penuh meriah menerusi sesi pemotongan reben, ucapan pembukaan dan persembahan tarian tradisional, sebelum pentas diserahkan kepada barisan pereka yang memukau dalam pertunjukkan fesyen pembukaan oleh GC Jade, Bilang, Clarissima, Even Ong, Aldrin Artistry dan Hayden Ng.

Setiap rekaan membawa naratif unik, menggabungkan elemen tradisi dan inovasi moden dalam palet warna, tekstur dan struktur yang mencerminkan kepelbagaian Borneo.
Menjelang malam, pertunjukkan fesyen bagi sesi kedua menghangatkan suasana dengan koleksi penuh dramatik dan berkarakter daripada Nasha Prive, Barzwang, Inayad, Wan Bynun, Jay K, Maswira Majid dan Ocely, menjadikan Pavilion Damansara Heights bergema dengan tepukan dan sorakan kagum para tetamu serta media.
Hari Kedua: Penghargaan, Anugerah & Perayaan Kreativiti
Keesokannya, BFW 2025 bermula dengan sesi Sponsor Appreciation, simbol penghargaan kepada barisan penaja yang memperkukuh ekosistem BFW 2025, antaranya Cavu Fragrance, NADI Clinic, Pensonic, Esperer Cosmetiques, Laurastar, Felix Relocations, Jambo BSC, Kai Academy, Go Viral Labs, Music Force, ROGUES Café dan Pavilion Damansara Heights.
Selain itu, Stephanie Alcantara sendiri turut menitipkan ucapan terima kasih kepada pihak ASEAN Fashion Designers Showcase (AFDS) yang terdiri dari negara Brunei, Singapura, Vietnam dan Malaysia sendiri di atas penglibatan mereka di BFW 2025.

Pertunjukan petang diteruskan dengan persembahan koleksi fesyen oleh Indra Murak, December Teo, Bianca, Saerah R. Kunjan dan Angelique, membawa penonton menyusuri pelbagai genre rekaan dari elegan moden hingga avant-garde etnik.
Kemuncak malam hadir dengan Awards Night BFW 2025 yang diserikan dengan persembahan tarian tradisional dan artis jemputan serta pertunjukan fesyen oleh Calvin Thoo, Nasha Prive, Heritage Wear dan Yacutha yang mempersonakan.
Antara kategori anugerah yang diumumkan termasuk:
Green Thread Award – Saerah R. Kunjan BFW25 Most Promising Designer – Ocely BFW25 Emerging Designer of The Year – Barzwang BFW25 Designer of The Year – Nasha Prive BFW25 Model of The Year (Female) – Rania BFW25 Model of The Year (Male) – Ariq Malam anugerah ini menjadi simbol pengiktirafan buat mereka yang berani bereksperimen, berfikir di luar batas dan menjadikan fesyen sebagai platform untuk berekspresi.

“Fashion With Purpose” Mencipta Naratif Baharu Fesyen Asia
Menurut Stephanie Alcantara, kejayaan edisi 2025 ini membuktikan bahawa Borneo kini bukan sekadar pemerhati dalam dunia fesyen tetapi pemain penting yang membawa nilai, jiwa dan keaslian.
“Tahun ini adalah refleksi kepada impian kami untuk melihat fesyen bukan sekadar cantik, tetapi bermakna. Setiap helaian yang diperagakan di BFW 2025 membawa mesej tentang kelestarian, warisan dan kasih kepada bumi serta budaya kita,” ujar Stephanie.
“Saya amat berterima kasih kepada semua pereka, model, pasukan produksi, penaja dan rakan media yang telah menjayakan acara ini. Sokongan anda menjadikan BFW lebih daripada sekadar pertunjukan… ia adalah sebuah pergerakan.”

Menutup Tirai Dengan Harapan Baharu
Kemeriahan BFW 2025 menjadi saksi bagaimana industri fesyen Malaysia, khususnya dari Borneo, semakin bersedia untuk menakluk pasaran global. Gabungan profesionalisme, kreativiti dan semangat komuniti menjadikan edisi kali ini antara yang paling berimpak sejak penubuhannya.
Dengan kehadiran penggiat industri antarabangsa, pempengaruh fesyen dan rakan media dari pelbagai negara, BFW 2025 berjaya mengangkat jenama tempatan ke pentas dunia, sekaligus meletakkan Borneo sebagai pusat fesyen baharu Asia.
“Kami akan terus bergerak ke hadapan. Borneo Fashion Week bukan lagi sekadar acara tahunan, ia adalah suara, jiwa dan identiti yang akan terus hidup,” kata Stephanie menutup bicara.
The post Borneo Fashion Week 2025 Berlangsung Dengan Penuh Meriah appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/13/borneo-fashion-week-2025-berlangsung-dengan-penuh-meriah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salam Jumaat Penuh Barakah 17 Oktober 2025

Salam Jumaat Penuh Barakah 17 Oktober 2025

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 249 hits
Assalamualaikum wbtSalam Jumaat Penuh Barakah Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad wa ala ali Sayyidina Muhammad Ya Allah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang di pagi Jumaat yang tenang ini kami datang sujud memohon rahmat dan kea...
Konsert Di Sebalik Aku Hafiz Suip Tetap Berlangsung 1 November 2025 Mendapat Tiga Syarikat Tajaan

Konsert Di Sebalik Aku Hafiz Suip Tetap Berlangsung 1 November 2025 Mendapat Tiga Syarikat Tajaan

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 220 hits
Hi Korang Penyanyi Hafiz Suip mengumumkan berita gembira buat peminat setianya apabila harga tiket konsert Di Sebalik Aku Hafiz Suip diturunkan selepas mendapat tajaan daripada tiga syarikat lokal iaitu Bienz Solustra Perfum dan Finura Peng...
Foto Kenangan Terindah Jpn 2025

Foto Kenangan Terindah Jpn 2025

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 253 hits
Berita baik yang ditunggu tunggu orang ramai Ramai yang asyik tanya bila boleh mohon Foto Kenangan Terindah jawapannya sekaranglah masanya Permohonan dibuka dari 1 hingga 31 Oktober 2025 Kalau pertama kali dengar Foto Kenangan Terindah JPN ...
Top Commentators Of September 2025 Tahniah Blogger Rawiwa

Top Commentators Of September 2025 Tahniah Blogger Rawiwa

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 260 hits
Assalamualaikum dan hai semua Dah pun masuk 4 hari bulan Oktober baru hari ni CCL sempat umumkan juara Top Commentators untuk bulan September Hehe walaupun agak terlambat sikit jangan risau sebelum September berakhir CCL dah sempat screensh...
Senarai 10 Negara Paling Bahagia Di Asia 2025

Senarai 10 Negara Paling Bahagia Di Asia 2025

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 185 hits
Senarai 10 Negara Paling Bahagia Di Asia 2025 Kebahagiaan sesebuah negara bukan hanya bergantung pada wang ringgit atau jangka hayat yang panjang World Happiness Report 2025 mendedahkan bahawa faktor bukan ekonomi sebenarnya memainkan peran...
Baucar Skim Mesra 2025 Permohonan Semakan Tuntutan

Baucar Skim Mesra 2025 Permohonan Semakan Tuntutan

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 181 hits
Penerima Skim Mesra 2025 boleh membuat tuntutan baucar di Pusat Khidmat Masyarakat DUN bermula 1 Oktober 2025 Mereka juga dinasihatkan untuk membuat semakan tempat tuntutan baucar terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan Berikut adalah makl...
Rezeki Mazleen Juara Kilauan Emas 2025

Rezeki Mazleen Juara Kilauan Emas 2025

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 287 hits
Rezeki Penyanyi Pancaragam Askar Timbalan Setia Negeri Johor Mazleen dinobatkan sebagai juara Kilauan Emas 2025 Sekali gus membawa pulang wang tunai RM30 000 dan trofi Mazleen menyampaikan lagu Bertamu Di Kalbu nyanyian asal Jaclyn Victor U...
Utm Menang Dua Anugerah Ideers 2025 Di Taiwan

Utm Menang Dua Anugerah Ideers 2025 Di Taiwan

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 164 hits
UTM Menang Dua Anugerah IDEERS 2025 Di Taiwan JOHOR BAHRU Universiti Teknologi Malaysia meraih dua anugerah berprestij pada pertandingan antarabangsa Introducing and Demonstrating Earthquake Engineering Research 2025 yang berlangsung di Nat...
Lirik Lagu Jamilah Jamal Mirdad

4 Cara Unlock Jaringan Hp Samsung Dari Luar Negeri Mudah Dan Dijamin Work

Delicious Authentic Indian Beef Curry Recipe With Coconut Milk

Aktiviti Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025 Ppim 09 11 2025

Cabinet Reshuffle More Than Likely With Ewon Out And Zafrul S Term Ending

Adakah Selamat Makan Coklat Putih Rahsia Di Sebalik Fenomena Chocolate Bloom

Lorong Seni Dan Pelancongan Kkb

Taman Awam Seroja Bukit Sentosa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Minggu Bahasa Arab Sk Ijok 2025

Pengalaman Glamping Berhawa Dingin Di Rare Hut Glamz Johor

Dressing The Shift Why Nurses Are Loving Graphic Tees Holiday Prints Cozy Sweatshirts

Lamborghini Jutawan Kripto Terbalik Wang Bertaburan Di Lebuh Raya

Kelantan Pga Tumpaskan Perlombongan Emas Haram Tahan 5 Lelaki

Lebih Sudu Dari Kuah Perangai Suami Jaga Isteri Pantang Buat Ramai Terhibur