Bonus Bantuan Pusat Calar Imej Sg4 Kata Penganalisis


 
Isu pemberian bonus menunjukkan negeri SG4 termasuk Terengganu gagal menggunakan peluang untuk membuktikan kemampuan mengurus negeri dan seterusnya negara. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Dua penganalisis mendakwa imej empat negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) atau SG4 ‘sedikit tercalar’ apabila Putrajaya membiayai bantuan khas kewangan (BKK) Aidilfitri kepada 14,000 penjawat awam Terengganu.
Tawfiq Yaakub dari Universiti Malaya berkata, sebelum ini pentadbiran PN diketuai PAS di Terengganu, Kedah, Kelantan dan Perlis sering digembar-gemburkan berupaya melonjakkan ekonomi selain dianggap model pemerintahan terbaik.
Namun, Tawfiq berkata pembayaran ‘bonus’ Aidilfitri kepada Terengganu oleh kerajaan pusat memperlihatkan kelemahan pentadbiran Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar, walaupun cuba menggunakan hujah ia adalah ‘wang royalti petroleum’ milik negeri.
“Samsuri bukan calang-calang latar belakangnya, dan digembar-gemburkan sebagai bakal calon perdana menteri daripada PAS. Negeri lain yang tidak bergantung kepada hasil petroleum pun masih mampu memberi sagu hati perayaan kepada kakitangan.
“Mereka perlu mengubah corak pentadbiran supaya lebih berkesan selepas ini,” katanya kepada FMT, mempersoalkan peranan GLC Terengganu menyumbang hasil kepada negeri untuk disalurkan semula kepada warganya.
Tawfiq berkata, anak syarikat kerajaan negeri seharusnya mampu memberi hasil kepada kerajaan negeri dan menjadi sumber kewangan kepada pentadbirannya.
“Tetapi kenapa keuntungan GLC tidak boleh membantu dalam hal ini?
“Jika (guna alasan bonus raya) itu duit royalti pun negeri sepatutnya mempunyai kekuatan kewangan daripada pelbagai sumber lain juga dan simpanan untuk pelbagai perbelanjaan masa depan,” katanya.
Kelmarin, Exco Terengganu Azman Ibrahim menafikan dakwaan kelemahan pengurusan kewangan negeri itu sehingga Putrajaya perlu membayar bonus penjawat awam kerajaan terbabit.
Beliau turut menegaskan pentadbiran Samsuri bukan bergantung sepenuhnya kepada hasil royalti minyak untuk membayarnya, sebaliknya hanya menuntut hak negeri.
Sementara itu, Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan yang senada dengan Tawfiq turut membangkitkan sama ada wujud kelemahan dalam pengurusan pentadbiran Terengganu atau kekurangan strategi oleh negeri SG4 untuk menambah pendapatan.
“Mungkin mereka tidak buat perancangan rapi atau tiada duit…ini mendukacitakan kerana sepatutnya peluang mentadbir harus digunakan membuktikan kemampuan mengurus negeri dan seterusnya negara.
“Tetapi, peluang itu tidak digunakan sehingga perkara semudah itu yang tidak memakan belanja besar pun mereka tak mampu,” katanya merujuk bantuan bonus raya kepada penjawat awam Terengganu membabitkan perbelanjaan RM7 juta. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/bonus-bantuan-pusat-calar-imej-sg4-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Federal Aid For Raya Bonus Reflects Badly On Pn S Sg4 Say Analysts

Federal Aid For Raya Bonus Reflects Badly On Pn S Sg4 Say Analysts

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 249 hits
Terengganu menteri besar Ahmad Samsuri Mokhtar has often been mooted as a potential prime minister candidate from PAS PETALING JAYA Putrajaya s help in funding Aidilfitri aid for 14 000 civil servants under the Terengganu government tarnish...
Tak Mustahil Syahredzan Boleh Tarik Melayu Sokong Dap Kata Penganalisis

Tak Mustahil Syahredzan Boleh Tarik Melayu Sokong Dap Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 19/3/2025 - jumlah : 241 hits
Penganalisis politik Bilcher Bala berkata Syahredzan Johan yang baru dilantik naib pengerusi DAP sedar cabaran dihadapi parti itu dalam menarik sokongan Melayu dan mempunyai keyakinan terhadap potensi perubahan PETALING JAYA Penganalisis po...
Kata Kata Sungkem Lebaran Bahasa Jawa Dari Singkat Hingga Panjang

Kata Kata Sungkem Lebaran Bahasa Jawa Dari Singkat Hingga Panjang

papar berkaitan - pada 25/3/2025 - jumlah : 341 hits
Sungkem merupakan tradisi yang sangat penting dalam budaya Jawa terutama saat Idulfitri Tradisi ini adalah bentuk penghormatan dan permohonan maaf kepada orang tua keluarga dan sesepuh Berikut adalah beberapa contoh kata kata sungkem lebara...
Ada Sebab Kenapa Orang Tua Tua Dulu Kata Buat Baik Berpada Pada

Ada Sebab Kenapa Orang Tua Tua Dulu Kata Buat Baik Berpada Pada

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 422 hits
Saya terjumpa hantaran tersebut di medsos Setelah direnung renung saya rasa ada betulnya kata2 penulis tu Saya sendiri pun pernah mengalaminya Nota kaki Kasih itu maksudnya beri
Suka Membela J Wartawan Terlanjur Kata Syarikat Media Mohon Maaf Pada Bella Astillah

Suka Membela J Wartawan Terlanjur Kata Syarikat Media Mohon Maaf Pada Bella Astillah

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 422 hits
Syarikat media mohon maaf terutamanya kepada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq dan pelakon Bella Astillah atas kekhilafan wartawan mereka yang keterlanjuran kata ketika bersiaran secara langsung di Mahkamah Rayuan baru baru ini Menerusi kenyat...
Bila Perut Tak Tenang

Pengasas Azmy Burger Azmy Bin Sanusi Meninggal Dunia

Anna Jobling Kena Seret 3 Kali Buat Stunt Sendiri Dalam Sukma

Kelantan Bapa Tiri Didakwa Tiga Pertuduhan Amang Seksual

Simple Yummy Beef Meatball Recipe

Cotton Candy Dreams A 1977 Harley Shovelhead Chopper From Wales

Donald Trump Mendarat Di Malaysia Lawatan Rasmi Menandakan Hubungan Diplomatik Yang Kuat

Malaysia Ready To Join Un Force In Gaza Says Anwar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rahsia Kucing Yang Kita Tak Pernah Diberitahu

Fam Sambut Kehadiran Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa

Operasi Penyelamatan Kapal Kabel Mackay Bennett Dalam Misi Mengembalikan Mayat Titanic

Hilang Tiba Tiba Trump Dijangka Tinggalkan Malaysia Esok Pagi

Maiwp Tv Alhijrah Meterai Memorandum Persefahaman Lahirkan Projek Bangkit Sebagai Platform Transformasi Usahawan

Caning Not A Complete Solution To Discipline Issues Said Rafizi Who Suggests Japan As An Example