Bonda Sharifah Mariam Kongsi 20 Resipi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu Dulu


Biarpun terdapat deretan biskut moden yang berwarna-wani serta rasa disajikan di meja hidangan, biskut tradisional seperti Biskut Bangkit, Biskut Buah Kana, Biskut Kacang Tanah dan sebagainya tetap menjadi pilihan. Khas buat anda, bonda Sharifah Mariam kongsikan aneka resipi biskut raya tradisional yang boleh dihasilkan sempena raya ni. Selamat mencuba!
 
1. BISKUT KACANG HIJAU

BAHAN-BAHAN:
110gm marjerin | dicairkan100gm tepung gandum | diayak75gm tepung jagung45gm gula halus1/2 cawan kacang hijau | tumbuk halus1 sudu teh esen vanila2 biji kuning telurSedikit pewarna hijauSedikit putih telur | hiasanCARA MEMASAK:
Pukul telur bersama gula. Apabila sebati, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan kacang hijau tumbuk. Gaul rata.Masukkan marjerin dan esen vanila sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan sebati dan tekstur doh seakan boleh dicanai.Canai adunan doh dan terap menggunakan acuan kegemaran. Susun biskut diatas dulang pembakar yang telah disapu sedikit marjerin.Bakar biskut dalam ketuhar pada suhu 160C selama 15-20 minit atau sehingga biskut masak.Info chef: Jika adunan terlalu lembik, tambah sedikit tepung. Jika adunan terlalu keras, tambah sedikit marjerin.
2. BISKUT BUNGA KACANG TANAH

BAHAN-BAHAN:
185gm marjerin250gm tepung gandum185gm tepung jagung95gm gula halus60gm kacang tanah tumbuk1 sudu teh esen vanila1 biji telur kuning | hiasanSedikit kacang tanah | digoreng untuk hiasanCARA MEMASAK:
Pukul telur bersama gula. Kemudian masukkan marjerin namun jangan dipukul hingga kembang.Masukkan tepung gandum, tepung jagung, kacang tanah tumbuk dan esen vanila. Gaul rata hingga sebati.Keluarkan doh dari mangkuk adunan dan canai sederhana tebal.Terap doh mengikut acuan kegemaran dan susun di atas loyang pembakar.Sapu telur kuning diatas biskut dan hiaskan dengan kacang tanah goreng.Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.Sejukkan dan simpan di dalam balang kedap udara.3. BISKUT BIJAN

BAHAN-BAHAN:
100gm marjerin120gm tepung gandum70gm gula kastor40gm tepung kastad1 biji kuning telur1 sudu teh esen vanilaBijan dan kuning telur secukupnya | hiasanCARA MEMASAK:
Satukan mentega, gula, kuning telur dan esen vanila. Kacau hingga rata.Masukkan kesemua tepung. Uli hingga sebati.Canai dan terap dengan acuan yang bersesuaian.Sapu kuning telur dan taburkan bijan sebagai hiasan.Bakar di dalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 160C.Info chef: Biskut hendaklah disejukkan sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam balang bagi mengelakkan ia menjadi lemau.
4. BISKUT DURIAN BELANDA

BAHAN-BAHAN:
375gm tepung gandum200gm marjerin75gm gula halus1 biji telur1 sudu teh esen vanilaSedikit pewarna hijauJem nanas secukupnya CARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Setelah itu masukkan telur serta esen vanila. Pukul hingga sebati.Masukkan pewarna hijau. Serta tepung gandum. Gaul lagi sehingga adunan rata.Ambil adunan dan leperkan. Kemudian isikan jem nanas didalamnya. Bentukkan seperti bentuk buah durian belanda.Sapu permukaan biskut yang telah dibentuk tadi dengan kuning telur. Sususn di atas dulang pembakar dan biarkan selama 20 minit.Dengan menggunakan gunting bermuncung tirus, gunting permukaan kuih membentuk seakan duri buah durian belanda.Bakar biskut pada suhu 160C selama 20-25 minit.Info chef: Jika suka, boleh mencucuk bunga cengkih pada kuih bagi membentuk tangkai buah durian belanda.
5. BISKUT BUAH KANA

BAHAN-BAHAN:
150gm gula halus175gm marjerin300gm tepung gandum1 biji kuning telur1/4 sudu teh serbuk penaikSedikit esen vanila2 sudu makan serbuk kokoSedikit jemCARA MEMASAK:
Ayak tepung bersama serbuk penaik. Ketepikan.Pukul mentega bersama gula sehingga putih. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga kembang.Masukkan esen vanila dan serbuk adunan. Pukul hingga rata sambil dimasukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli hingga sebati.Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan buah kanan. Ketuk acuan bagi mengeluarkan kuih dan susun di dalam dulang pembakar.Bakar pada suhu 160C selama 15-20 atau sehingga masak.Apabila biskut telah sejuk, sapukan jem dan cantumkan. Sedia untuk dinikmati.Info chef: Pastikan acuan buah kana ditabur sedikit tepung bagi memudahkan kuih dikeluarkan dari acuan.
6. BISKUT BUNGA CINA

BAHAN-BAHAN:
185gm tepung gandum190gm gula halus95gm marjerin30gm tepung jagung1 sudu teh esen vanilaSedikit kismis hitam | hiasanCARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula halus sehingga berkrim. MAsukkan esen vanila dan kacau rata.Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan gaul sehingga adunan sebati.Isi adunan ke dalam acuan. Terapkan bentuk bunga di atas dulang pembakar. Hiaskan dengan kismis.Bakar dalam ketuhar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga masak.7. BISKUT SUJI

BAHAN-BAHAN:
125gm minyak sapi125gm gula halus250gm tepung gandumCeri merah secukupnya | dipotong kecilCARA MEMASAK:
Pukul gula halus dan minyak sapi sehingga hancur dan putih.Setelah itu masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan tidak melekat.Bentukkan adunan menjadi bulat dan hiaskan ceri merah diatasnya.Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160C selama 15-20 minit.Info chef: Waktu membakar mungkin berbeza bergantung kepada jenis ketuhar. Tambah waktu membakar jika biskut anda kelihatan belum masak dan begitu juga sebaliknya.
8. BISKUT BINTANG

BAHAN-BAHAN:
100gm marjerin | dicairkan90gm tepung gandum20gm tepung kastad90gm tepung jagung40gm gula halus1 sudu teh esen vanila2 biji kuning telur1 biji kuning telur | hiasanCeri hijau secukupnya | hiasanCARA MEMASAK:
Pukul gula dan telur sehingga sedikit kembang. Kemudian masukkan kesemua tepung. Gaul rata.Kemudian masukkan marjerin sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang boleh dicanai.Terap doh menggunakan acuan berbentuk bintang dan susun diatas dulang pembakar.Sapukan kuning telur dan hiaskan dengan ceri  hijau.Bakar dalam ketuhar bersuhu 155C selama 20 minit.9. BISKUT BUAH GAJUS

BAHAN-BAHAN:
100gm tepung gandum120gm marjerin | dicairkan110gm tepung jagung45gm gula halus2 biji kuning telur50gm kacang gajus | ditumbuk hancur1 sudu teh esen vanila1 biji kuning telur | hiasanSedikit biji gajus panggang | hiasanCARA MEMASAK:
Pukul gula bersama kuning telur sehingga larut. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung  jagung, gajus tumbuk dan esen vanila. Gaul hingga sebati dan rata.Masukkan marjerin sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan boleh dicanai.Terap doh menggunakan acuan berbentuk buah gajus.Hiaskan dengan biji gajus dan sapukan kuning telur dipermukaan biskut.Bakar selama 20 minit menggunakan suhu 160C.Info chef: Pastikan biskut mempunyai ketebalan yang sama bagi memastikan ia masak sekata.
10. BISKUT MILO

BAHAN-BAHAN:
125gm tepung agndum105gm tepung jagung50gm gula halus2 biji kuning telur1 sudu teh esen vanila40gm milo95gm marjerin | dicairkanCARA MEMASAK:
Ayak tepung gandum, tepung jagung dan milo hingga rata.Pukul gula dan telur secara sederhana kemudian masukkan esen vanila dan juga tepung dan milo yang diayak bersama tadi. Gaul sebati.Masukkan marjerin sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan boleh diterap.Terap menggunakan acuan pilihan dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.11. BISKUT SARANG SEMUT

BAHAN-BAHAN:
185gm tepung gandum95gm gula125gm marjerin86gm tepung kastad1/2 sudu teh vanilaCoklat urai secukupnyaCawan kertas secukupnyaPemarut berlubang kecilCARA MEMASAK:
Pukul marjerin, gula dan esen vanila hingga hancur dan sedikit kembang.Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung kastad. Uli hingga sebati.Ambil sedikit adunan, kepalkan dan parut menggunakan pemarut ke dalam dulang.Isikan parutan doh ke dalam cawan kertas dan taburkan coklat urai dengan secukupnya.Bakar selama 29-25 dengan suhu 160C.Info chef: Bagi memudahkan proses memarut, doh boleh dikepal, dibalut plastik dan disimpan seketika di dalam peti sejuk. Doh yang sedikit keras mudah diparut dan tidak lembik.
12. BISKUT TAT NANGKA

BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum135gm marjerin sejuk180ml air berais1/2 sudu teh garamJem nangka secukupnyaKuning telur secukupnyaCARA MEMASAK:
Ramas marjerin di dalam tepung gandum sehingga menjadi seakan serbuk roti.Tambah air berais sedikit demi sedikit dan uli tepung sehingga menjadi doh. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.Ambil sedikit doh dan terapkan ke dalam acuan tat yang telah disapu dengan sedikit marjerin.Sudukan sedikit jem dan tutup permukaan tat dengan lebihan doh yang diterap mengikut kreativiti anda. Sapukan sedikit kuning telur di permukaan tat.Bakar pada suhu 190C selama 40-45 minit atau sehingga masak.13. BISKUT MAKMUR

BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum50gm gula aising1/2 tin kecil minyak sapiBAHAN INTI:
100gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak65gm gula aisingBAHAN SALUTAN:
Gula aising secukupnyaCARA MEMASAK:
Masukkan tepung ke dalam kuali. Sangai seketika kemudian ayak bersama gula aising.Gaul campuran tepung bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.bagi menyediakan inti, kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula aising.Ambil doh, leperkan dan sudukan inti kacang di tengahnya. Bentukkan doh menjadi bentuk bujur.Susun biskut di atas loyang dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.Sejukkan biskut seketika dan salutkan dengan gula aising.Sedia untuk dinikmati.14. BISKUT BANGKIT KELAPA

BAHAN-BAHAN:
160gm tepung ubi30gm tepung gandum100gm gula halus1 biji kuning telur90gm santan pekat1/4 sudu teh serbuk penaikCARA MEMASAK:
Goreng tepung ubi dan tepung gandum seketika.Kemudian campurkan tepung tadi bersama gula dan juga serbuk penaik.Pukul kuning telur sehingga kembang lalu dimasukkan ke dalam bekas berisi tepung. Masukkan juga santan sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh lembut.Canai doh dan terap mengikut acuan yang digemari.Bakar pada suhu 160C lebih kurang selama 20-25 minit.Info chef: Tepung digoreng bagi mendapatkan tekstur yang ringan.
15. BISKUT TAT RAGA NANAS

BAHAN-BAHAN:
125gm marjerin185gm tepung gandum100gm gula86gm tepung kastad1/2 sudu teh esn vanilaJem nanas secukupnyaSedikit kuning telur | hiasanCARA MEMASAK:
Pukul gula dan marjerin sehingga sedikit kembang. Masukkan tepung gandum, tepung kastad dan esen vanila. Gaul hingga sebati.Canai dan terap doh menggunakan acuan tat. Letakkan jem nanas di tengahnya.Potong sedikit doh menjadi bentuk memanjang dan letakkan di atas jem. Sapu sedikit kuning telur.Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.Info chef: Simpan di dalam bekas kedap uadar bagi memastikan biskut kekal rangup dalam tempoh yang lama.
16. BISKUT BUAH CAMPUR

BAHAN-BAHAN:
95gm marjerin125gm tepung gandum105gm tepung jagung60gm gula1/2 sudu teh esen vanila2 biji telur80gm buah-buahan kering campuranSedikit kuning telur | hiasanCARA MEMASAK:
Putar mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur dan pukul seketika. Kemudian masukkan esen vanila dan buah-buahan kering.Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Uli hingga sebati.Ambil sedikit adunan, bulatkan dan susun di atas dulang pembakar. Tekan sedikit menggunakan garfu dan sapu sedikit kuning telur.Bakar biskut selama 20 minit dengan suhu 160C.Info chef: Guna buah-buahan kering yang berlainan warna untuk mendapatkan warna biskut yang menarik.
17. BISKUT ULAS LIMAU

BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum210gm tepung jagung185gm marjerin95gm gula halus1 sudu teh esen vanila50ml jus limau SunkistSedikit pewarna kuning4 biji telur kuning1 biji telur | sapuan pada biskutCARA MEMASAK:
Pukul marjerin dan gula sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila. Gaul rata.Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul dan masukkan jus limau Sunkist. Uli hingga sebati.Titiskan sedikit pewarna kuning untuk mendapatkan warna yang cantik.Canai doh dan terapkan acuan berbentuk ulas limau.Bakar pada suhu 160C selama 20 minit.Info chef: Jika suka, boleh ditambah sedikit parutan kulit limau di dalam doh.
18. BISKUT BEBOLA CORNFLAKES

BAHAN-BAHAN:
95gm marjerin105gm tepung jagung90gm tepung gandum95gm gula kastor1 sudu teh esen vanila2 biji kuning telur80gm cornflakes | dikisar kasar100gm conflakes | salutanCARA MEMASAK:
Pukul mentea, gula, telur dan esen vanila sehingga sebati.Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung dan cornflakes kisar. Uli hingga semua bahan sekata.Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan. Golek di dalam mangkuk berisi conflakes dan susun diatas dulang pembakar.Bakar pada suhu 160C selama 20 minit.Info chef: Jika mahukan rasa biskut yang lebih rangup dan lemak, boleh ditambah sedikit hirisan badam panggang.
19. BISKUT MAHKOTA PERMATA

BAHAN-BAHAN:
140gm marjerin125gm tepung gandum105gm tepung gandum80gm gula halus2 biji kuning telur1 sudu teh esen vanilaCeri merah dan ceri hijau secukupnyaKuning telur untuk hiasanCARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula hingga agak kembang.Masukkan telur dan esen vanila. Gaul sebati.Tambahkan tepung agndum dan tepung jagung. Uli sehingga menjadi doh.Canai dan terapkan dengan acuan berbentuk mahkota. Sapu kuning telur dan atur ceri merah dan hijau di atasnya.Bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit.20. BISKUT KELAPA

BAHAN-BAHAN:
230gm marjerin125gm tepung gandum60gm gula halus105 tepung jagung1 sudun teh esen vanila2 biji kuning telur50gm kelapa parut kering | dalam tin50gm kelapa kering | hiasanPutih telur secukupnya | hiasanCARA MEMASAK:
Pukul gula dan marjerin sehingga hancur dan sebati. Masukkan telur serta esen vanila.Ayak tepung gandum dan tepung jagung. Masukkan ke dalam adunan marjerin tadi. Tambah kelapa parut. Gaul sebati.Canai doh dan terapkan dengan acuan yang bersuaian. Sususn di atas dulang pembakar.Sapukan putih telur dan tabor kelapa kering sebagai hiasan.Bakar pada suhu 160C selama 20 minit.Info chef: Jika menggunakan kelapa parut kering yang dihasilkan sendiri, pastikan tumbuk sedikit untuk menghaluskan teksturnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/05/bonda-sharifah-mariam-kongsi-20-resipi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Puan Selvi Kongsi Resipi Muruku Sedap Sesuai Untuk Raya

Puan Selvi Kongsi Resipi Muruku Sedap Sesuai Untuk Raya

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 812 hits
Bila tibanya perayaan seperti Deepavali muruku antara kudapan ringan yang dicari ramai Malah ia juga turut dihidangkan buat tetamu ketika Hari Raya Rasanya yang rangup pedas dan berempah memang menepati citarasa ramai Jom cuba Muruku adalah...
Senarai 13 Biskut Raya Popular Resepi Membuatnya

Senarai 13 Biskut Raya Popular Resepi Membuatnya

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 987 hits
Raya dah nak dekat kan Saya pasti ada di antara anda yang dah mula buat kuih dan biskut raya Mana satu pilihan anda biskut tradisional atau biskut moden Sekarang dah ada pelbagai jenis biskut raya dan nama Kadang tu nama je berlainan tetapi...
Resipi Isitmewa Hari Raya Kentang U S Sambal Goreng Jawa Fusion

Resipi Isitmewa Hari Raya Kentang U S Sambal Goreng Jawa Fusion

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 485 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Selalu di pagi Raya apa masakan yang korang suka makan Ada setengah orang suka makan Rendang bersama dengan Lemang Maha pula suka satu masakan yang...
Ibu 7 Anak Kongsi Nasi Berlauk Air Garam Sentuh Hati Aliff Syukri Hajat Bagi Bantuan Raya

Ibu 7 Anak Kongsi Nasi Berlauk Air Garam Sentuh Hati Aliff Syukri Hajat Bagi Bantuan Raya

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 372 hits
Beberapa hari lepas tular mengenai seorang wanita beserta tujuh orang anak yang hanya cukup cukup makan dan mengharapkan ihsan jiran untuk menampung hidupnya sekeluarga Menerusi laporan dari Malaysia Gazette wanita yang dikenali sebagai Mar...
Biskut Raya 2 Bahan Tak Guna Oven

Biskut Raya 2 Bahan Tak Guna Oven

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 1075 hits
Biskut Raya 2 Bahan Tak Guna OvenHaa mo satu lagi resepi biskut raya yang TB nak cuba sebab senang je buatnya cuma bahan dia jela agak mahal juga Badam tu yea huhu 1 kilo dalam rm40 lebih jugak Tapi untung buat sendiri dari beli biskut ni s...
Resipi Biskut Ala Famous Amos Yang Mudah Dan Ringkas Tanpa Guna Pengadun

Resipi Biskut Ala Famous Amos Yang Mudah Dan Ringkas Tanpa Guna Pengadun

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 492 hits
Tinggal beberapa hari umat Islam akan menyambut Aidilfitri dan semestinya beberapa jenis biskut raya akan membarisi meja meja di kediaman sebagai hidangan ketika menyambut kedatangan tetamu Jika ada suka menyediakan sendiri ini mungkin pelu...
2 Biskut Badam Paling Enak Rangup Biskut Raya Betul Betul Yummy

2 Biskut Badam Paling Enak Rangup Biskut Raya Betul Betul Yummy

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 725 hits
Kacang badam atau almond adalah kacang yang kaya dengan pelbagai nutrisi dan khasiat dan dipercayai bermanfaat untuk kesihatan mahupun kecantikan Badam mengandungi protein serat kalsium magnesium kalium zinc selenium kuprum phosphorus bioti...
15 Gambar Nostalgia Raya Atuk Nenek Zaman Dulu Sewaktu Gambar Masih Hitam Putih Dunia Tanpa Smartphone Canggih

15 Gambar Nostalgia Raya Atuk Nenek Zaman Dulu Sewaktu Gambar Masih Hitam Putih Dunia Tanpa Smartphone Canggih

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 2842 hits
Pernah tak anak muda zaman sekarang terbayang bagaimanakah agaknya raya zaman dulu bagaimana atuk dan nenek mereka beraya Ketika dunia tanpa gajet canggih dengan nilai matawang sepuluh ringgit ibarat RM100 gambar masih lagi hitam putih Suat...
Resepi Biskut Raya Tart Cadbury

Resepi Biskut Raya Tart Cadbury

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 1409 hits
Bahan bahan250gram Butter Jenama Anchor nbsp 2sudu besar Gula Icing1 sudu besar Minyak Sapi2 sudu besar Susu Tepung1 bji Kuning Telur3 sudu besar Tepung Jagung2 sudu besar Tepung Kustard1 sudu kecil Esen Vanila3 cawan Tepung GandumBahan unt...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Taman Tema Genting Highland

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Asan Lembu The Movie

Hospital Kuala Pilah

Potong Ikan Keluar Api

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

Swaylin Bechuanka Nuan Chord

Sanusi Henti Retorik Kxp Tumpu Projek Loji Rawatan Air

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid