Bonda Fiesta Vaganza 2022 Cipta Fenomena Baru
BONDA FIESTA VAGANZA 2022: CIPTA FENOMENA BARU
RUMAH HUTAN TERAPI ALAM
Untuk kedua kalinya, Bonda Fiesta Vaganza 2022 (BFV22) telah diadakan secara besar-besaran di Rumah Hutan Terapi Alam. Peluang ini turut tidak disia-siakan oleh AlongMurni (AM) untuk turut sama memeriahkan penganjuran BFV22 kali ini. AM dapat melihat sendiri ramai orang berduyun duyun datang ke BFV untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang diadakan dan booth jualan dengan harga paling runtuh bagi menghargai semua follower Bonda Rozita, pengguna produk JRM dan Rumah Hutan. Pengunjung yang datang bukan sahaja dari Semenanjung Malaysia malahan dari Sabah, Sarawak dan juga Brunei.
Pengasas Sendayu Tinggi serta pemilik Rumah Hutan iaitu Puan Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita telah menganjurkan Bonda Fiesta Vaganza (BFV) pada 1 dan 2 Oktober 2022. Karnival BFV yang akan berlangsung selama dua (2) hari berturut-turut ini dianjurkan bagi membolehkan pengunjung mendekati keindahan alam semulajadi Rumah Hutan dengan percuma.
AM berada di Barista Cafe
Pengunjung yang datang bakal didedahkan dengan keindahan alam semulajadi Rumah Hutan disamping dapat membeli belah produk Jamu Ratu Malaya (JRM), DeRatu yang mana juga merupakan produk keluaran Bonda Rozita pada harga istimewa.
Menariknya, pelbagai promosi pakej, potongan harga diskaun sehingga 50 % untuk pakej penginapan, potongan diskaun untuk pakej urutan, produk-produk JRM, produk De’Ratu termasuk juga booth yang menjual makanan-makanan signature, berkonsepkan kemelayuan, barat dan fusion seperti Warung Bonda, Istana Ratu dan Barista Café.
Disamping itu, pelbagai program berkonsepkan perkongsian ilmu bersama personaliti-personaliti terkenal seperti Ustaz Amin, Ustazah Asni, Shiera Ijoy, Rita Rudaini dan ramai lagi akan diadakan.
Bagi yang berminat untuk menginap atau melihat sendiri keindahan alam di sekitar Rumah Terapi Alam ini juga boleh menaiki kenderaan yang disediakan.
PERIHAL BONDA ROZITA IBRAHIM
AM berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama dengan Bonda Rozita. AM rasa kagum dengan gaya hidup Bonda Rozita yang mengamalkan gaya hidup sihat dari segi pemakanan dan aktiviti harian malahan menjadi usahawan wanita yang disegani ramai. Setelah beliau berjaya mengusahakan produk kosmetik Sendayu Tinggi pada tahun 1998, beliau kini memberi tumpuan dan fokus pada produk Jamu Ratu Malaya (JRM) dan Rumah Hutan Terapi Alam.
AM masih terngiang-ngiang pesan beliau ketika berkongsi Tips dan Rahsia beliau untuk kekal fokus dalam perniagaan yang beliau ceburi sehingga sekarang. Beliau berkata, “berniaga bukan sekadar duit semata-mata tapi harus datang dengan niat untuk membantu dan kejujuran. Saya rasa puas hati bila pengguna yang menggunakan produk saya dapat pulih dan sihat. Itulah kepuasan yang amat besar bagi saya”.
Mengulas tentang Rumah Hutan Terapi Alam yang dibangunkan oleh beliau, beliau menyatakan bahawa minat terhadap dekorasi yang cantik dan eksklusif menjadi sumber inspirasi di samping mengekalkan kehijauan dan keindahan alam. Beliau juga turut bekerjasama dengan masyarakat Asli setempat dalam membangunkan dan memastikan kehijauan alam terpelihara. Usaha yang dimulakan dengan seluas 3 ekar kini bertukar wajah menjadi tempat penginapan mewah, cantik dan eksklusif. AM rasa kagum dengan Wanita hebat ini yang begitu gigih ingin membangunkan usaha walaupun berdepan dengan pelbagai rintangan dan halangan.
Apa tunggu lagi?? Jom sama-sama meriahkan Bonda Fiesta Vaganza 2022 di samping dapat melawat dan menikmati keindahan alam di kawasan Rumah Hutan Terapi Alam ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://alongmurni.blogspot.com/2022/10/Bonda-Fiesta-Vaganza-2022-Cipta-Fenomena-Baru.html