Salahuddin Terimalah Kenyataan Harga Telur Mahal Kata Najib


Wartawan MalaysiaGazette Salahuddin Ayub
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mempertahankan dakwaannya bahawa harga telur sekarang jauh lebih mahal, walaupun jika dibanding pada tahun 2015.

Menerusi hantarannya di Facebook sebentar tadi, bekas Perdana Menteri itu mengakui memang betul harga pernah mahal pada awal tahun 2015 tetapi hanya untuk seketika sahaja iaitu selama satu setengah bulan dan turun tidak lama selepas itu.

Beliau turut melampirkan tiga data link Jabatan Veterinar untuk semakan:
2015: http://www.dvs.gov.my/index.php/pages/view/1831
2018: http://www.dvs.gov.my/index.php/pages/view/1825
2019: http://www.dvs.gov.my/index.php/pages/view/2164


Katanya, harga purata telur untuk tempoh Mei hingga Disember 2018 (selepas PRU14) adalah lebih mahal berbanding harga 2015.

Malah, harga purata telur bagi tahun 2019 setakat ini adalah lebih mahal berbanding harga 2015.

Menurutnya, harga purata telur bagi tempoh Mei hingga Disember 2018 dan harga telur bagi tahun 2019 adalah jauh lebih tinggi berbanding harga untuk tempoh Januari hingga April 2018 sebelum PRU14.

Manakala harga purata telur bagi bulan lepas (Ogos 2019) adalah antara 37% hingga 42% lebih tinggi berbanding bulan April sebelum PRU14.

“Ini bukan data Najib tapi data-data dari Jabatan Veterinar sendiri,” katanya.

Tegas beliau, menteri Kerajaan Pakatan Harapan terima realiti bahawa harga telur telah naik tinggi dan tetap tinggi sepanjang tempoh selepas PRU14.

“Dia patut terima kenyataan bahawa dia telah gagal mengawal harga telur walaupun dia pernah umum dalam satu sidang akhbar bahawa harga telur telah turun 2 sen pada akhir tahun lepas,” katanya dalam kenyataan itu.

Malah, Najib berkata, Datuk Salahuddin Ayub juga patut berhenti untuk memaksa pegawai-pegawai Jabatan Veterinar mengeluarkan kenyataan yang cuba memesongkan realiti dalam usaha mempertahankan dirinya.

Sabtu lalu, Najib berkata, meskipun pada tahun lalu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani memaklumkan harga telur turun 2 sen tetapi hakikatnya pada masa ini harga telur masih lagi tinggi.

Artikel berkaitan: Harga telur pun masih mahal, ada hati hendak kawal harga barang – Najib
Data terbaru harga telur di ladang yang diterbitkan oleh Jabatan Veterinar menunjukkan telur ayam gred AAA adalah 40 sen sebiji, gred C 37 sen dan gred E 32 sen.

Sedangkan, kata Najib, sebelum pilihan raya umum lalu, harga telur di ladang untuk telur gred AAA adalah serendah 27 sen, harga gred C 24 sen dan gred E 21 sen.

Hantaran Najib itu menarik perhatian Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan mengeluarkan kenyataan bahawa penggunaan maklumat serta data dalam membuat perbandingan yang tidak berasas akan mengelirukan masyarakat justeru ia harus dielakkan.

Menurut jabatan itu, harga telur di peringkat ladang bergantung kepada kos input iaitu makanan ayam, gaji pekerja, kos ubatan dan lain-lain.

Kos ini boleh dan akan berubah jika ada kejadian penyakit dan bencana lain seperti kemarau, jerebu dan banjir,” katanya. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/salahuddin-terimalah-kenyataan-harga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Telur Pun Masih Mahal Ada Hati Hendak Kawal Harga Barang Najib

Harga Telur Pun Masih Mahal Ada Hati Hendak Kawal Harga Barang Najib

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 411 hits
Telur ayam antara barangan keperluan yang didakwa masih mahal KUALA LUMPUR Meskipun pada tahun lalu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani memaklumkan harga telur turun 2 sen tetapi hakikatnya pada masa ini harga telur masih lagi tinggi D...
Harga Telur Gred E Masih Lebih Tinggi Najib Tegur Kerajaan

Harga Telur Gred E Masih Lebih Tinggi Najib Tegur Kerajaan

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 341 hits
PETALING JAYA Bekas perdana menteri mempersoalkan kemampuan kerajaan mengawal harga barang kerana harga telur gred E C dan AAA sekarang masih lebih tinggi berbanding sebelum pilihan raya umum ke 14 Najib Razak berkata harga telur masih 32 s...
Harga Telur Zaman Najib Lebih Tinggi

Harga Telur Zaman Najib Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 320 hits
Harga telur Zaman Najib lebih tinggiOleh September 18 2019HANTARAN Facebook bekas Perdana Menteri Najib Razak dilaman sosial peribadinya Sabtu lalu menerima kritikan dari Jabatan Perkhidmatan veterinar Malaysia Dalam satu kenyataan jabatan ...
New Daihatsu Sigra Tampil Lebih Safety Harga Lebih Mahal Rp 2 Juta

New Daihatsu Sigra Tampil Lebih Safety Harga Lebih Mahal Rp 2 Juta

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 324 hits
Setelah tiga tahun PT Astra Daihatsu Motor meluncurkan New Astra Daihatsu Sigra di Tangerang hari ini New Sigra tersedia dalam tujuh pilihan warna dengan tiga warna terbaru Harga jualnya mengalami kenaikan Rp 1 5 2 juta dari model lawas
Zuraida Kenapa Harga Unit Ppr Sarawak Mahal 10 Peratus

Zuraida Kenapa Harga Unit Ppr Sarawak Mahal 10 Peratus

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 277 hits
Kerajaan Persekutuan masih belum menerima maklum balas daripada kerajaan negeri Sarawak berkenaan harga rumah Projek Perumahan Rakyat yang dijual dengan harga lebih tinggi berbanding di Semenanjung Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zu...
Kalau Dah Macam Ini Punya Bukti Pun Najib Boleh Terlepas Tak Tau Nak Kata La

Kalau Dah Macam Ini Punya Bukti Pun Najib Boleh Terlepas Tak Tau Nak Kata La

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 501 hits
Bekas pegawai khas Najib terkejut ada US 884 996 dalam akaunnya Bernama Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sangat terkejut apabila dimaklumkan sejumlah US 884 996 78 ada di dalam akaun BSI Switzerland miliknya awal 2016 te...
Kit Sing Macam Dirasuk Hantu Kata Najib

Kit Sing Macam Dirasuk Hantu Kata Najib

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 291 hits
Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak kusyuk membaca doa pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR Penasihat DAP Lim Kit Siang dikatakan mengge...
Tiada Kenaikan Harga Minyak Setakat Ini Kata Lim Guan Eng

Tiada Kenaikan Harga Minyak Setakat Ini Kata Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 350 hits
Gambar sumber dari Sinar HarianMeskipun berlaku serangan loji minyak Aramco di Arab Saudi baru baru ini kerajaan tidak bercadang untuk nenaikkan harga minyak setakat ini walaupun kesan serangan berkenaan akan menyebabkan harga minyak dunia ...
1mdb Saksi Buat Pusingan U Kata Tia Bukan Baby Najib

1mdb Saksi Buat Pusingan U Kata Tia Bukan Baby Najib

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 312 hits
Perbicaraan kes berprofil tinggi 1Malaysia Development yang masuk hari ke 8 menyaksikan saksi Datuk Amhari Efendi Nazaruddin memberi keterangan balas melibatkan pertuduhan penyelewengan dana RM2 3 bilion oleh Datuk Seri Najib Tun Razak Pegu...
The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Continuous Learning In Business

Mma No May 6 Symbolic Walk Of Healthcare Practitioners Just Peaceful Gathering Of Mostly Gps

Xiaomi Dilapor Akan Bekerjasama Dengan Huawei Dan Bbk Lancar Os Bebas Google

Anaheim Car Owners Are Turning To This Hassle Free Option

Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Ea Raja Pips Layanan Sistem Manajemen Dalam Bisnis Trading Forex

5 Sebab Untuk Rebut Peluang Memiliki Kediaman Di Laman Sendayan 2


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Ketaksuban Terhadap Gen Ai Suatu Kebebalan

Petua Bawang Kisar Supaya Tak Cepat Rosak

Gani Famous Pasembur Pulau Pinang

Goreng Sekali Elok Gebu Tak Merekah Ini Tip Buat Bergedil Paling Menjadi

Danar Widianto Feat Gloria Jessica Nuansa Romansa Chord