Bomba Tetap Bantu Walau Rumah Perusuh Terbakar
Ketua Pengarah JBPM, Mohammad Hamdan Wahid menegaskan anggotanya tidak berdendam dengan perusuh di Kuil Sri Mariamman. – Foto Malaysiakini
Ketua Pengarah JBPM, Mohammad Hamdan Wahid, jika selepas ini ada kediaman atau harta perusuh yang menyerang mereka mengalami kebakaran, bantuan akan tetap diberikan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden anggota Bomba, Muhammad Adib yang kini sedang kritikal di hospital selepas dipukul perusuh berhampiran kuil Sri Maha Mariamman.
Mohammad Hamdan berkata anggota JBPM bertugas mengikut undang-undang dan pada masa sama orang ramai mesti mengawal emosi masing-masing.
Mengakui apa yang menimpa salah seorang anggota bomba Selangor sebagai amat mendukacitakan Mohammad Hamdan berkata petugas JBPM sentiasa berkorban masa dan nyawa demi menyelamatkan orang lain.
Terdahulu Mohammad Hamdan menjelaskan bagaimana salah seorang anggota bomba terbabit dalam operasi di kawasan kuil Sri Maha Mariamman awal pagi tadi cedera.
Katanya Muhammad Adib Muhammad Kasim tiba bersama yang lain dalam Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) melalui jalan belakang kerana mendapati ia adalah laluan lebih cepat untuk sampai ke kenderaan yang dibakar.
Apabila mereka memberhentikan kenderaan berhampiran sumber air dan kru di bahagian depan turun, kata Mohammad Hamdan, ada sekumpulan orang datang dan mula menyerang kenderaan bomba.
Atas arahan ketua operasi, katanya, petugas terbabit kemudian berundur. Namun kata pada ketika itu perusuh mula membaling batu dan memukul kenderaan bomba dengan kayu serta besi.
Pada ketika itulah kata Mohammad Hamdan, Muhammad Adib ditarik keluar dari kenderaan dan dibelasah namun tidak disedari oleh yang lain kerana keadaan kelam-kabut.
“Mereka tidak meninggalkan Adib di sana, tetapi tidak sedar kerana keadaan yang berlaku.
“Bomba juga percaya mungkin lebih ramai yang akan parah jika mereka menunggu lebih lama,” katanya dipetik Malaysiakini.
Muhammad Adib – yang dijadual akan melangsungkan perkahwinan akhir tahun ini – kemudian dihantar ke hospital oleh orang yang tidak dikenali.
Mohammad Hamdan berkata anggota bomba dfahamkan keadaan agak reda tetapi tidak lama selepas pasukan terbabit tiba tiba-tiba ada orang ramai datang.
Justeru beliau tidak menolak kemungkinan ia dirancang lebih awal, namun menegaskan JBPM tidak pasti mengenainya.
“Dan selepas ini kami akan bertugas bersama pasukan keselamatan yang lain khususnya pihak penguatkuasaan,” katanya.
Menurut Mohammad Hamdan paru-paru Muhammad Adib cedera dan terdapat kesan kecederaan serta lebam pada dada dan perut mangsa.
Katanya lima doktor pakar sedang merawat anggota bomba terbabit di unit rawatan rapi hospita itu.
Sementara itu Menteri Besar Selangor yang turut berada di hospital swasta itu berkata kerajaan negeri sedih dengan apa yang berlaku kke atas Muhammad Adib.
Pada masa sama Amirudin berkata kerajaan negeri akan menanggung semua perbelanjaan perubatan Muhammad Adib di hospital berkenaan.
KLIK BACA: Bomba Selangor nafi anggotanya Muhammad Adib mangsa rusuhan kuil meninggal dunia akibat dipukul
KLIK BACA: PM DR Mahathir: Perusuh dan dalang rusuhan KUIL akan terima hukuman tegas
KLIK BACA: Najib nak klentong siapa, buang maklumat Jho Low, OSA laporan audit?
KLIK BACA: Kalau tak faham ICERD batal ‘gari dan lokap’ saja ubatnya…jatuhkan Tun Mahathir
KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu
The post “Bomba tetap bantu walau rumah perusuh terbakar” appeared first on Malaysian Review.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysianreview.com/190447/bomba-tetap-bantu-walau-rumah-perusuh-terbakar/