Bolot Hasil Jualan Punca Remaja Dibelasah 7 Ditahan
                                Oleh Afiq Mohd. Shah                                                                                                                                                                                                                                             Tangkap layar insiden pergaduhan babitkan remaja yang tular dalam media sosial.              TINDAKAN seorang remaja ‘makan seorang’ hasil jualan barangan bundle  yang dijual telah menyebabkan dirinya dipukul rakan-rakannya.
      Insiden pergaduhan yang tular dalam media sosial itu telah membuatkan  tujuh remaja lingkungan 14 hingga 17 tahun termasuk mangsa sendiri bagi  membantu siasatan.
   Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Sabarudin Rahmat berkata,  polis telah menerima laporan daripada mangsa kira-kira pukul 4.08 petang  semalam selepas mangsa melihat video dirinya tular dalam Facebook.
          Menurut beliau, mangsa mendakwa kejadian berkenaan telah pun berlaku  pada 28 Disember lalu kira-kira pukul 12.30 tengah hari di kawasan Tapak  Pasar Tamu, Kunak.
   Sabarudin berkata, kejadian tersebut berlaku kerana mangsa telah  menjual barang bundle yang dibeli secara kongsi tanpa pengetahuan  rakan-rakan dan hasil jualan tidak dibahagikan sama rata.
   “Apabila kawan-kawan mangsa mengetahui perbuatan itu, mangsa sendiri  minta didenda dengan cara dipukul oleh kawan-kawanya sebagai hukuman  atas perbuatan sendiri.
   “Selepas kejadian tersebut, mangsa dan kawan-kawannya berkawan semula seperti sedia kala.
   “Menurut mangsa juga, dia tidak mengalami kecederaan parah semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.   
   Sehubungan itu, Sabarudin berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu  Pejabat Polis Daerah Kunak telah menahan tujuh remaja termasuk mangsa  bagi membantu siasatan.
   Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh di tempat awam.
   “Diharapkan ibu bapa memantau aktiviti anak-anak supaya tidak  terlibat dengan aktiviti yang boleh merosakkan masa depan mereka,” jelas  beliau.
   Semalam, video insiden pergaduhan melibatkan kesemua remaja berkenaan tular dalam media sosial.
   Dalam rakaman video tersebut menunjukkan mangsa telah dipegang dan dipukul hingga mangsa seolah-olah pengsan serta terbaring.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/bolot-hasil-jualan-punca-remaja.html